Lima Tempat Menarik Di Pulau Pangkor Wajib Singgah



Dua Tempat Menarik Di Pulau Pangkor Wajib Singgah Assalamualaikum dan Selamat Malam, Entri bersambung lagi... Kali ni, Bonde nak kongsikan dua tempat menarik yang Bonde dah masukkan dalam intenary untuk singgah ialah Kota Belanda dan Masjid Al-Badr Seribu Selawat.  Alhamdulillah cuaca sangat cantik pagi tu, panas dan sangat sesuai untuk ambil gambar pemandangan.

Lima Tempat Menarik Di Pulau Pangkor Wajib Singgah


1. Kota Belanda

Info berkaitan Kota Belanda

Kalau di Malaka ada Kota Afamosa, di Pulau Pangkor pula terdapat sebuah lokasi bersejarah peninggalan Belanda. Pihak Belanda yang datang ke sini telah membina gedung atau kubu yang bertujuan untuk menyimpan bijih timah pada tahun 1670.


Jadi dah alang-alang sampai sini, Bonde ambil peluang jalan-jalan dan bergambar dekat sini.  Memang cantik dan masih teguh binaan yang tinggal untuk tatapan generasi akan datang.  Tidak heranla ramai juga yang singgah sini masa kami sampai.  Memang cantik pemandangan dekat sini.



 




sweet couple

family photo



Fatin and geng

Kedai warna-warni nampak sangat menarik bukan?  disini ada jual makanan dan minuman ringgan, jika anda haus atau lapar bolehlah anda beli untuk basahkan tekak.

Aishah Craft

Kalau anda nak beli cenderahati untuk dibawa pulang, anda jangan lupa singgah dekat Aishah Craft ni, dekat sini ada menjual pelbagai cenderahati unik dan menarik.

2. Masjid Al-Badr Seribu Selawat

Info berkaitan Masjid Al-Badr Seribu Selawat

Pembinaan Masjid Al-Badr Seribu Selawat di Pulau Pangkor, Perak bukan saja boleh diibaratkan sebagai monumen baru yang melambangkan martabat seni bina dalam pembinaan masjid di negara ini, malah ia membawa kepada penambahan produk pelancongan di Pulau Pangkor.


Masjid Al-Badr Seribu Selawat bukan saja menjadi tempat beribadat, masjid terapung di Kampung Teluk Gedong itu menjadi salah satu lokasi kunjungan wajib pelancong dalam dan luar negara.

Masjid Al-Badr Seribu Selawat dibina pada 7 Mac 2014 menggunakan unsur kesenian beridentitikan Perak dalam setiap hiasan dengan keluasan 1708.8 meter, masjid itu siap sepenuhnya pada Oktober tahun 2017.

Masjid terapung yang dibina dengan kos bernilai RM11.7 juta itu turut mengetengahkan identiti Perak pada setiap geometri hiasan dalaman pada dindingnya.


Masjid yang mampu memuatkan 1,500 orang dalam satu masa itu dirasmikan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 8 Jun 2017.

Istimewa Masjid Al-Badr Seribu Selawat itu bukan saja menjadi masjid terapung pertama di Perak, malah ia diilhamkan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang juga anak jati pulau peranginan itu.

Pengerusi masjid merangkap Ketua Kampung Teluk Gedong Norazamai Abu Bakar berkata, bersesuaian dengan namanya, setiap bahagian dinding di dalam dan luar masjid dipenuhi ukiran seni halus Islam dan kaligrafi 1,000 selawat.

                          

Menurutnya, ukiran bunga yang menyerikan setiap ruang di masjid ini diilhamkan daripada bunga tekat atau lebih dikenali sebagai bunga Perak yang juga bunga warisan dan simbol bagi negeri ini.


“Ukiran seni kerawang dan bunga yang menghiasi masjid ini adalah yang terdapat di Perak seperti bunga tekat dan ia menjadi tarikan.

“Selawat yang memenuhi ruang masjid ini ada yang dicetak dengan mesin cetak dan ada ayat al-Quran yang ditulis tangan sepenuhnya pada marmar di bahagian mimbar.

“Ini menunjukkan kehalusan hasil kesenian tangan dan kaligrafi Islam yang sangat menarik,” 

sumber : Harian Metro

Disebabkan hari ini adalah hari Jumaat dan musim PKPB Bonde tak masuk dekat dalam masjid, Sebagai yang patuh SOP cukuplah menikmati pemandangan diluar.  InsyaAllah di lain masa ada rezeki Bonde datang Pulau Pangkor dan melawat Masjid ni lagi.


Intenary :

2.45 ptg  - Check In Chalet Rumah Peranginan Pulau Pangkor 

              Solat Zohor/Jamak 

              Rehat 
                        
5.00 ptg  - Minum petang/makan2 

5.30 ptg  - Mandi Manda di Pantai Bagok

              - Sunset Pantai Bagok

7.00 ptg  - Solat Magrib /Jamak 

              - Shopping Chocolate di CK Duty Free

              - 
Makan malam, Lepak Pantai Teluk Nipah dan Shopping time


3. CK Supersave Mart dan CK Duty Free Pulau Pangkor

CK Supersave Mart


Dekat sini adalah tempat untuk anda beli pelbagai barangan basah dan kering, jika anda datang sini tak makan diluar anda boleh singgah disini, untuk beli barang keperluan seperti Daging, Ikan, Ayam dan pasaraya ni memang lengkap semua keperluan untuk memasak. tak payang angkut dari seberang kat pulau ni semua ada.


CK Duty Free Pulau Pangkor

Dalam bangunan yang sama disebelah hujung pula adalah CK Duty Free Pulau Pangkor dimana anda boleh borong pelbagai Periuk Belangga, Tefal, Pinggan Mangkuk dan juga chocolate, harga chocolate sama macam dekat langkawi tu, tapi Bonde beli  Chocolate kesukaan Bonde iaitu Daim dan Beryl's sahaja sini harganya lebih kurang sama macam dekat langkawi macam Daim tu terhad kepada tiga pax seorang.  Jadi kalau nak beli lebih anda kenalah datang banyak kali dalam sehari kat CK Duty Free ni hi hi hi.



4. Pangkor Special Corner


Pangkor Special Corner ini adalah tempat popular di Pekan Pangkor disini ada menjual pelbagai hasil laut.  Disebab datang waktu malam hanya kedai ini sahaja yang masih buka dan ramai juga pelanggan yang datang.  


Dekat sini ada jual pelbagai jenis keropok ikan, satey ikan yang dijual dengan harga borong.


Hasil laut yang popular iaitu ikan bilis mata biru juga ada dijual disini, senang semua boleh dapatkannya.

Pelbagai jenis ikan masin juga ada dijual disini.


Pelbagai jenis chocolate dan juga rokok juga ada dijual disini.

5. Pantai Teluk Nipah

Pantai Teluk Nipah ni kami datang untuk makan malam, layan street food... Sebab Cik Fatin nak makan Char Kue Tiaw jadi kami pun carilah sepanjang jalan.  


Alhamdulillah jumpa penjual Char Kue Tiaw, memang langkah kanan kami ada 1 meja kosong muat utk kami berenam, jadi kami pesan Char Kue Tiaw dan Nasi Kukus Ayam berempah.  Memang sedap kena dengan citarasa kami, harga pun murah taklah mahal.


Landmark gerai Char Kue Tiaw tu bertentangan dengan Mi Juen Thai Food.


Selesai makan kami jalan sepanjang jalan Pantai Teluk Nipah ni... ada banyak kedai jualan pelbagai jenis pakaian, alatan untuk berenang untuk kanak-kanak dan cendehati juga ada dijual.


Buskers Pantai Teluk Nipah

Jika anda sukakan muzik bolehlah layan buskers ni, pelbagai lagu mereka mainkan buat anda dan pastinya menghiburkan.


Hujung minggu memang ramai datang bersiar-siar di Pantai Teluk Nipah, memang happening sangat dekat sini.  Dekat pantai tu anda boleh tengok ramai juga yang memancing ikan.  Kali ni kami survey dulu. next time kami datang bawa joran sekali... he he he


Sekian perkongsian tentang Lima Tempat Menarik Di Pulau Pangkor Wajib SinggahJumpa di entri seterusnya... untuk internary hari kedua di Pulau Pangkor yea..
~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

20 Ulasan

  1. Wah cantiknya miza belum sampai lagi pangkor ne alahai kesian kan. InsyAllah nak check in pangkor jugak lawa masjid tu

    BalasPadam
  2. wah menarik.. entah bila lah Cik TK dapat ke sana...

    BalasPadam
  3. Salam bonda, boleh share contact number kete sewa tu.. sy bercadang nak ke Pangkor bulan disember nnti. Terima kasih.

    BalasPadam
  4. Nice Info
    Singgah
    Salam kenal
    Saya baru belajar blog
    ini blog baru saya : https://www.templateppt.eu.org/

    BalasPadam
  5. waa seronoknya kalau dapt pergi 5 tempat aje ni pun rasa dah best

    BalasPadam
  6. Lama tak pi Pangkor, banyak perubahan dah. Banyak tempat menarik

    BalasPadam
  7. www.nonwovenbagmalaysia.com.my/ www.magspremiums.com
    MAGS PREMIUM GIFTS SDN BHD We specialize in premium and corporate gifts printing (cenderamata korporat) , Welcome to custom made your own design on the gifts. Example: non woven bags, tshirt, lanyard, keychain, etc...

    BalasPadam
  8. Menarik utk dikunjungi. Sisyat belum pernah sampai lagi kat pangkor ni. Teringin nk ke sana 1 day nt 😊

    BalasPadam
  9. Hari tu sempat explore dalam 3 jam je. Sempat lah pergi masjid dan kota belanda tu. Next time kena stay sana pla.

    BalasPadam
  10. WAAAAA kita baru plan hujung minggu ni nak ke Pangkor tiba-tiba lak PKPB aduh terus semua kena postpone sedih banyak tempat best ni tengok kat sini kita nak pergi kedai bebas cukai tu hehehehehhe..

    BalasPadam
  11. Saya pernah pegi Pangkor sekali, tu pun tak ke mana2, duduk kat tepi pantai je. Nampaknya kena pegi semula ni.

    BalasPadam
  12. Paling kagum dengan Masjid Al-Badr Seribu Selawat tu. Memang sangat cantik dan kemas hasil binaannya. Mengagumkan lagi-lagi bila tengok depan2! 😍

    BalasPadam
  13. Dah lama sebenarnya Kak Fas tak g Pulau Pangkor. Nampak banyak perubahan nampak. Takntau lah bila lak leh g skg lak dah pkpb balik...#dudukrumah je lah.

    BalasPadam
  14. Memang nak kena pergi sekali lagi laaa gayanya ni. Dulu pergi balik hari aje dan sewa van pink tu..yang bestnya masa tu bulan pose, so tak dapatlah nak meronda sangat..cuaca panas gilerr..

    BalasPadam
  15. Rindunya nak travel, bila tengah PKP ni.. Cantik kan Kota Belanda Pulau Pangkor. Tempat wajib pergi walaupun dah berkali2 ke sana... every time pergi dapat shot gambar berbeza2. So colorful skrg rasanya baru install kot penghadang matahari berwarna tue.. buat kedai berwarna2 macam tue.. Cantik sgt.. Adui tempat ke3 and ke4 kena masukkan dalam list.. tak pernah g lagi.

    BalasPadam
  16. Ada beberapa tempat nad tak pergi lagi.. Tapi masjid tu memg lawa.. Suka temgok ukiran dia.. Terpegun tau.. Rindu pangkor

    BalasPadam
  17. Kota Belanda :-) pernah dengar.. cantiknya.. suka tgk.. lama x turun Pulau Pangkor mesti banyak dah berubah

    BalasPadam
  18. Kak belum sampai lg Pangkor next time blhlah pg jln3 lps PKP reda, tgk byk tempat2 menarik

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.