Safi Youth Radiance Rangkaian Inovasi Kecantikan Terbaharu Dari Safi

Safi Youth Radiance Rangkaian Inovasi Kecantikan Terbaharu Dari Safi Assalamualaikum dan Selamat pagi, Hai reader semua, Bonde nak perkenalkan dengan anda semua produk baharu dari Safi iaitu SAFI YOUTH RADIANCE untuk wanita-wanita diluar sana termasuk Bonde juga harus cuba produk ni untuk tampil lebih muda, cerah berseri dengan formulasi terkini, teruja tak nak tau tentang produk nih?



Safi Youth Radiance Rangkaian Inovasi Kecantikan Terbaharu Dari Safi

SAFI memperkenalkan SAFI YOUTH RADIANCE jenama rangkaian produk anti-penuaan pertama yang menggabungkan teknologi Saffron Gold dengan kombinasi manfaat ekstrak herba mewah Saffron, Nano Gold, Beetox dan Lipo Vit-C di dalam produknya.

Rangkaian inovasi kecantikan terbaharu dari SAFI ini adalah hasil komitmen berterusan di dalam penyelidikan dan pembangunan produk penjagaaan kulit muka oleh SAFI RESEARCH INSTITUTE, makmal produk penjagaan kulit Halal terbesar di dunia, yang beroperasi di Malaysia. 

Lebih menarik lagi,  Rangkaian produk ini diuji secara dermatologi, BEBAS MINYAK MINERAL, BEBAS ALKOHOL, BEBAS PARABEN, TIDAK DIUJI KEATAS HAIWAN.


SAFI YOUTH RADIANCE menawarkan dua jenis produk iaitu:

Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence dengan Nano Gold 24K & Saffron 

Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser dengan Nano Gold 24K dan saffron. 



Setiap satu produk berfungsi melawan masalah penuaan kulit dari faktor luaran, mengurangkan garis halus, mengecilkan pori serta mengekalkan kelembapan kulit sekaligus mengekalkan keremajaan kulit agar cerah berseri.

1. Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence dengan Beetox Technology, Saffron Gold & Lipo Vit-C 


Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence dengan Nano Gold 24K diperhebat dengan manfaat nutrisi mewah ekstrak saffron, Beetox dan Lipo Vit-C. Formulasi berasaskan air Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence  diperhebat dengan Asid Hialuronik yang mengunci lembapan dengan lebih mendalam. Oleh yang demikian ia mampu mempertingkatkan kadar kandungan air di dalam kulit sekaligus mengembalikan keanjalan kulit muka anda.


Produk 2 dalam 1 ini memberikan penghidratan segera, menghaluskan pori serta membantu untuk menyerap manfaat produk yang seterusnya dengan lebih baik.

Diperkaya dengan teknologi Saffron Gold, Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence membantu mencegah masalah penuaan luaran dari dalam lapisan kulit, membaiki struktur kulit dengan mencerahkan kulit sekaligus melambatkan proses penuaan.

Ia mengandungi kombinasi nutrisi ramuan mewah kecantikan kulit seperti:

Ekstrak Saffron: Memperbaiki dan mencerahkan kulit wajah

Lipo Vit-C: Melawan radikal bebas dan kerosakan kulit dari pendedahan UV dan pencemaran

Hialuronik Asid: Menghidrat dan mengunci kelembapan kulit sehingga 24 jam

*Produk ini diuji secara dermatologi


Cara Penggunaan :

1) Tuangkan dengan kadar yang mencukupi ke telapak tangan

2) Sapu dan ratakan produk di wajah anda

3) Urut lembut dengan hujung jari secara bulatan sehingga meresap sempurna

4) Untuk hasil optimum, gunakan produk bersama Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser

Harga Sebotol : RM 55.90 (100ML)

2. Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser dengan Beetox Technology, Saffron Gold & Lipo Vit-C 


Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser dengan Nano Gold 24K & Saffron diperhebat dengan manfaat nutrisi ekstrak Saffron, Beetox dan Lipo Vit-C. Dirumuskan untuk menjadi ringan, tidak melekit dan tidak berminyak untuk penyerapan cepat ke dalam kulit.


Serum menyerap lebih mendalam untuk merawat dan melembapkan kulit anda dalam satu aplikasi. Gel krim bertukar menjadi butiran serum kristal saat diaplikasi memberikan anda kulit lembut, licin dan lembap.

Ia mengandungi kombinasi nutrisi ramuan mewah kecantikan kulit seperti:

Ekstrak Saffron: Mengurangkan kadar keterlihatan kedutan pada wajah dan menyuburkan lapisan epidermis kulit wajah

Lipo Vit-C: Melawan radikal bebas dan kerosakan kulit dari pendedahan UV dan pencemaran

Vita-B3: Memperbaiki tona kulit yang tidak sekata mengurangkan garisan halus dan kulit kusam

*Produk ini diuji secara dermatologi

Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser telah terbukti:

67% peningkatan kadar keanjalan kulit yang lebih baik

75% peningkatan kadar pencerahan kulit

Berdasarkan ujian klinikal, dengan penggunaan rangkaian SAFI YOUTH RADIANCE secara berterusan


Cara Penggunaan :

1. Sapukan produk diwajah dan leher

2. Urut lembut dengan cara bulatan sehingga bertukar menjadi titisan air.

3. Teruskan mengurut dengan lembut sehingga meresap sempurna.

4. Untuk hasil optimum, gunakan produk ini bersama Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence 



Harga Sebotol : RM 55.90 (40g)


Bonde sudah cuba dua produk ini, memang sangat best sekali dan yang baling Bonde suka baunya yang sangat wangi. Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence sangat cepat meresap kedalam kulit wajah, ianya memberikan rasa lembab yang lama, selepas guna Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence Bonde  sapukan pula Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser ianya sangat-sangat serasi bersama. Kulit wajah jadi lebih lembab, licin dan rasa segar sekali!

Untuk anda yang berminat nak beli produk ni...

Dekat mana nak anda boleh dapatkan RANGKAIAN SAFI YOUTH RADIANCE ni?

Produk ini, boleh didapati di WATSONS, GUARDIAN DAN AEON WELLNESS seluruh negara. 

Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI, sila layari laman sesawang rasmi SAFI di www.safi.com.my, laman Facebook rasmi SAFI dan laman instagram rasmi SAFI. 



#SAFIYouthRadiance

#RadiateYouth


 

 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

20 PEMBERI ULASAN

  1. Last week nieyl ada singgah watson bonde..
    ada nampak juga produk safi yg baru ni...
    Warna merah gold dia mmg menarik mata nieyl tapi belum berjaya menarik ati nieyl nak beli..hehehe.. :)

    BalasPadam
  2. rasanya sesuai utk saya ni ye lah kulit pun dah start ageing dah

    BalasPadam
  3. Botol cantik and essence tu siap ada kilat2, produk safi yang baru ni memang saya suka sangat! ;) Plus, dia tak melekit, meresap elok je ke dalam kulit!!!

    BalasPadam
  4. lawa packaging range safi yang baru ni ala-ala sk-II menarik!

    BalasPadam
  5. Nak nampak muda, kena cuba produk safi ni. Mcm2 segment safi dh masuk. Goodjob

    BalasPadam
  6. Dah try Safi Youth Radiance ni, suka sebab dia moist je bila pakai.

    BalasPadam
  7. Menarik packaging dia. Tapi suka dengan serum dia..sebab dah guna and mmg efek dia best

    BalasPadam
  8. Lawa botol produk terbaru Safi ni. Warna merah. Produk Safi memang berkesan dan harga pun mampu beli.

    BalasPadam
  9. Amboi Bonda hehehe menjaga kulit macam awet muda hehehehe wakakakaka. Untung ada produk baru dari Safi ni memang orang perempuan suka lah guna selamat dan juga berkualiti..

    BalasPadam
  10. wah Safi keluar produk baru ye. mesti kaum wanita teruja nak cuba. makin glowing la lepas guna Safi Youth Radiance nie

    BalasPadam
  11. Sekarang pakai Hydrating Lotion, lepas ni nak cuba range Anti Aging pulak. Maklumlah dah meningkat usia. Produk ni sesuai juga dgn Bella.

    BalasPadam
  12. Produk dari Safi memang terbukti Sgt Sesuai dgn kulit Asia mcm kita.. Saya mesti pilih Safi.. Hehehehe

    BalasPadam
  13. cntik juga botolnya, safi brand dah lama, for sure banyak produk dia yang bagus2

    BalasPadam
  14. produk ni mcm sesuai dgn aida la.
    harga mampu milik. sesuai dgn umur lagi :) ha ha ha ha
    ada gak nampak kat jusco ari tu.

    BalasPadam
  15. produk safi sememangnya jenama yg dipercayai! banyak juga produk safi yang dibeli oleh mak dan kakak saya untuk kegunaan harian.

    BalasPadam
  16. Okey nanti nak beli safi youth ni jugak

    BalasPadam
  17. kena bagitahu wife ni.. dia pun minat kalau bab bab kecantikan kulit dan penjagaan diri ni.. produk ni mmg dah ada nama dan dipercayai umum..

    BalasPadam
  18. Baca review ramai kata produk yg terbaru ni bagus terutama serum dia. Nanti nak survey lah..sebab sis pun pakai serum gak..now nak bertukar yg baru

    BalasPadam
  19. Suka produk safi ni..dia tak emlekit dna meresap terus dalam kulit..yang anti aging tu ada gold tu yang best

    BalasPadam
  20. This is a great product and I wanted to have one set for myself too

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.