• Home
  • Content
    • Family Holiday
    • Info Agama
    • Parenting
    • Drama Adaptasi Novel
  • About
  • Contact
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise
facebook twitter instagram Email

Bonde Zaidalifah

Assalamualaikum Dan Selamat Petang...

Hai reader semua,

Apa Khabar hari ini, Moga anda semua sihat sahaja hari ini,  Bonde mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan pada anda semua tentang satu produk Minuman kesihatan iaitu :

LEMON MIX FIBRE COMPLEX A Lemony Fibrelicious Drink



Beauxlim Lemon Mix Fibre Complex adalah minuman serat pelbagai fungsi dirumus khas untuk gaya hidup moden masa kini.  Diperbuat daripada ramuan berasakan tumbuhan, ia membantu melegakan masalah sembelit, membantu detoksifikasi bahan serta mengawal berat badan.

Lemon antara buah-buahan terbaik menyahtoksin badan, Lebih menarik, minuman serat ini mengingkatkan kadar metabolik selain mempercepatkan proses penguraian lemak dalam badan.

Beauxlim Lemon Mix Fibre Complex bebas bahan pengawet bahan kimia tambahan dan laksatif dihasilkan 100% daripoada ramuan semula jadi, Ia lazat dinikmati setiap hari untuk manfaat kesihatan.

Jihan pengguna Beauxlim Lemon Mix Fibre Complex.



Beauxlim Lemon Mix Fibre Complex



[MINUMAN SERAT YANG ENAK UNTUK SEMUA]


  • Sesiapa yang kurang serat dalam pemakanan harian
  • Sesiapa yang mengalami sembelit
  • Sesiapa yang obesiti dan ingin mengekalkan berat badan ideal
  • Sesiapa yang mempunyai gaya hidup kurang sihat
  • Sesiapa yang inginkan wajah berseri
  • Sesiapa yang ingin mengekalkan kesejahteraan menyeluruh



[DOS YANG DISARANKAN]


Untuk menurunkan berat badan dan kesiahtan badan :

  • ambil satu paket setiap hari sebelum makan
Untuk melegakan sembelit yang serius :
  • ambil 1 paket selepas makan, 1 hingga 1 kali sehari


 [TIP UNTUK MENDAPATKAN KESAN OPTIMUM]


  • minum sekurang-kuranya 8 gelas (2 liter) air setiap hari
  • Mengambil Beauxlim Lemon Mix Fibre Complex sekurang-kurangya dua jam sebelum atau selepas mengambil suplemen atau ubat lain
  • Mengamalkan pemakanan seimbang dan melakukan senaman
  • Dapatkan rehat secukupnya untuk mengekalkan fungsi sistem dalaman yang optimum

[CARA PENGAMBILAN]

  • Bancuh satu paket dalam shaker atau segelas air suam / sejuk (lebih kurang 250 ml) kacau sehingga larut dan minum segera selepas penyediaan.  Minum air secukupnya sepanjang hari untuk kesan optimum.

REVIEW BONDE

Untuk mengekalkan berat badan ideal, Bonde mengambil Beauxlim Lemon Mix Fibre Complex 1 paket setiap hari, membantu melawaskan pembuangan toksik yang Bonde makan setiap hari, Rasanya sedap dan boleh diminum terus.  

Jika pengambilan air cukup sisa toksik akan dibuang melalui pembuangan air kencing.  

Bagi yang sebelit anda boleh cuba!

Soalan : Mana nak dapatkan produk ni?

jawapan : diwatson ada!

info lanjut : 

www.beauxlim.com

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Assalamulaikum Dan Selamat Pagi...


Hai reader semua...

Dah makan tengahari ke? Alhamdulillah Bonde dah makan tengahari tadi bawa bekal asam rebus ikan merah campur keladi... sedap wei.. puji makanan sendiri.

Sebenarnya... Bonde nak kongsi cerita nih, minggu lepas Bonde rasa tak sihat sangat... 2 hari sakit kepala dan mata berpinar-pinar... wah sampai buka spek mata ingat spek kotor, rupanya spek tu tak kotor pon... mata yang berpinar-pinar alamak tiba-tiba risau pula, adakah sebab hari tu kurang darah Bonde kene pi Hospital masuk darah pulak... haru... bertambah sakit kepala dibuatnya.. mata pulak tak boleh pandang bawah rasa nak terkeluar...

Esoknya hari Selasa,

Bonde minta Kanda hantar ke klinik panel... memang dari siang bawa ke malam dah tahan sangat dah.. sakit kepala tak hilang...

Dah buat pemeriksaan Doktor,   Doktor kata simptom yang bonde alami disebabkan oleh kurang gula.

Ya Allah cam mana ni??? kurang darah, kurang gula bahaya ni... Boleh pengsan tiba-tiba.



Doktor pesan kalau diet jangan tak ambil gula langsung... kepala jadi pening sebab badan bagi masagge gula dah kurang.... Alhamdulillah  dapat  control lagi...

Doktor pesan makan benda manis-manis sikit... nak bagi tenaga.

Kebetulan Zue bagi  Biskut Gery  sebungkus dekat Bonde, Memang sebelum nih Bonde tak pernah makan pon Biskut nih, dengar cerita biskut ni memang viral dekat media sosial,

Dekat pejabat Bonde pon ada pengedar Biskut Gery ni... Boleh order je nak berapa? senang dapat Biskut ni... 


GERY SALUUT MALKIST



BISKUT GERY FRENCH SWEET CHEESE

Biskut ni sama macam biskut lemak biasa, cuma sebelah lapisan biskut ni bergula dan sebelah lapisan lagi bercheese.



Lapisan bercheese....


Biskut ni memang sedap... lemak manis bercheese gitu...  Ok Bonde makan sebungkus seorang tanpa berkongsi dengan siapa-siapa?  Bukan tamak... masa tu Bonde ada seorang sahaja di pejabat semua orang dah balik. Makan punya makan tak sengaja habis!


Nikmatnya makan biskut Gery nih!


Sedap.... sekali!


Up sekeping lagi....




Ok dah makan manis-manis harap tak kurang gula lagi eh...

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
6 PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum Dan Selamat Petang....

Hai... Reader semua...

Rajin Bonde update blog hari ni... Entri ini adalah yang ke 4 hari ini...... anda mohon jangan terliur yea... Sebab entri kali ini berkaitan makanan.. ha ha ha

Sebenarnya...

Bonde nak kongsikan dengan anda semua... Kanda tak kecewakan permintaan Bonde masa balik dari Kuantan hari tu... Bonde bagi tahu nak singgah RNR Temerloh, Nak makan Ikan Patin Tempoyak.

KEGILAAN DUA BERANAK IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK RNR TERMELOH


OK...

Tak sangka rezeki kami hari tu, memang langkah kanan... yeayyy dapat makan Ikan Patin Masak Tempoyak.

Tak tahu ler memang mood sedih... bila mana tengok jam masa tu dah menunjukkan jam 4.00 petang agak dah lewat lalu dekat RNR  masa tu... Masa banyak habis, sebab jalan-jalan dekat Pantai Teluk Cempedak best pulak lepak ambik angin pantai.
 

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK


NASI + ULAM + SAMBAL BELACAN


HARGA  :
IKAN PATIN TEMPOYAK (EKOR) RM 10.00 
+ NASI SEPARUH RM 0.50 
+ ULAMAN & SAMBAL BELACAN FREE

Masa tu, Bonde turun makan dengan Fatin sahaja,Kanda kata dia nak lelap mata dekat dalam kereta sebab jalan jauh... mata macam mengantuk, sebenarnya.. Fatin dengan Bonde tak lah lapar nasi sangat, sebab masa check out dekat De Rhu Beach Resort kami dah makan...

Bonde tengok ada 2 jenis Patin Masak Tempoyak iaitu Ikan Patin sangkar (seketul RM 10.00) dan Ikan Patin buah( seketul RM 15.00), kami ambik yang sangkar sahaja.  Baru-baru nak pandai makan... tak tau nak beza sangat Kanda kata hati-hati tanya harga bila ambik kang kene yang mahal RM 30.00 seketul.  Alhamdulillah rata-rata peniaga dah letak siap-siap harga dekat menu tersebut. jadi senang nak pilih. hi hi hi

Ambik rasa  Ikan Patin Tempoyak tu supaya...jangan kempunan kata orang sahaja...

Syukur Alhamdulillah rezeki...


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Assalamuailaikum Dan Selamat Petang...

Hai reader semua,

Semalam kalau ada sesiapa terbaca status di FB Bonde, Alhamdulillah Bonde dapat idea nak update status dekat FB sekali update Blog.

Bukan apa, 
Bukan senang...nak cari idea nak update blog jadi macam-macam cara boleh buat, tahun ini Bonde terpanggil untuk update status FB dan kongsikan comment kawan-kawan di Blog. (hanya yang terpilih sahaja)

Idea ini tercipta secara tak sengaja.

#78kata-kata 


Kenapa 78? Bonde pilih nombor 78 kerana tahun lahir Bonde... :)

#1 : #nobodyperfect #tiadasiapayangsempurna


Tiada siapa yang sempurna.

Dalam perkara ini, seharusnya setiap individu hendaklah mencermin diri sendiri.   Kenapa kena cerimin diri sendiri? kerana dalam cermin tersebut anda akan nampak wajah anda sendiri, anda sendiri tahu apa kelebihan dan apa kekurangan anda.

Jika anda lihat diri anda... cantik (perempuan) atau kacak (lelaki) tak perlu hendak bangga diri.  Harus bersyukur apa  yang anda miliki, setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya.

Dalam perhatian Bonde dialam yang nyata ini,  ada setengah-tengah manusia ini, suka membangga diri.  Ada kalanya mereka tak seperti tidak sedar siapakah mereka? apa peranan mereka sebagai insan didunia ini.

Pada pendapat Bonde,
Insan yang sebegini... tiada keseronokkan dalam hidupnya.  Kerana diri mereka tidak mencerminkan dirinya sendiri.

Nampak Plastik sangat.... Bonde tidak pandai untuk bersuara tentang diri mereka.... apa yang Bonde nampak, hanyalah terungkap pada nukilan rasa Bonde sendiri.

Nak tegur memang tidaklah... nanti akan menimbulkan syak dan curiga pula..



Apa yang sepatutnya??

Perlu diingat, Hanya Allah yang sempurna di dunia ini.

Bonde bukan ustazah...

================================================

Comment pilihan pada status FB:

Ramai faham istilah #nobodyperfect, tapi ramai lagi yang selalu anggap dirinya #alwaysperfect tak boleh ditegur dan diusik, sekian.

Najeb Abdullah

Betul tu Bonda.. setuju.. xde siapa pon perfect kat mukabumi ni... tp ada juga yang perasan perfect.

Yoorin Noorazian

#nobodyperfect#semuainsanbuatsilap

Jamil Hashim


#nobodyperfect. Sha setuju

Nurul Shahira II 


 Next #2 : #openminded....

Boleh tinggal comment di status FB Bonde yea... tq


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
1 PEMBERI ULASAN

Assalamualaikum Dan Selamat Petang...

Entri ini adalah sambungan dari Entri Family Day KBBA9 semalam.  Kalau anda ada yang ketinggalan entri tu... nak repeat baca klik saja sini.

Pagi itu seawal 7.30 pagi kami satu family telah bersiap untuk turun ke Dewan makan, Dewan yang sama kami makan malam malam tadi iaitu Dewan Bunga Raya.

Tak sabar pagi ni nak memperagakan Tshirt 'Family Day' yang kami dapat malam tadi, sedondon gitu...

T-shirt 'Family Day' kami yang smart dan cantik telah diprint oleh AJcetak. Memang puas hati dan kain berkualiti.. tak panas dan serap peluh!

KLIK : AJcetak Ent untuk info.




SARAPAN DEWAN BUNGA RAYA JAM 8.00 PAGI

Setelah siap kami punturun ke Dewan untuk bersarapan... Sarapan pagi ini ialah nasi lemak... terima kasih De Rhu Beach Resort menyediakan sarapan pagi ini... barulah bertenaga nak bersukan lepas ni...

Bismillahirahmanirahim...




ACARA SUKANEKA 9.00 PAGI

Dekat De Rhu Beach Resort ni.. Memang ada disediakan tempat/padang urntuk acara sukaneka dan ianta lengkap dengan peralatan dan crew sekali. Sebab tu Bonde suka  kemudahan yang disediakan di De Rhu Beach Resort ni semua ada tak payah pening kepala nak bawak peralatan bagai.. (semua ada dalam pakej cuma tinggal pilih sahaja)

ACARA KANAK-KANAK :

-Cari Gula-gula

-Musical Chair

-Cari Guli

-Bawa bola ping-pong dalam sudu

image



ACARA DEWASA :

-Bowling Kelapa

-Kukur Kelapa

-Dadu Gergasi

-Kelereng

-Terompah Gergasi










 SESI BERGAMBAR FAMILY DAYS KBBA9:



  SESI BERGAMBAR BLOGGER KBBA9:



 SESI BERGAMBAR FAMILY BONDE:






Selepas sesi bergambar aktiviti seterusnya mandi kolam dan lebih kurang jam 12.00 tengahari semua blogger dan family bersiap-siap untuk makan tengahari dan bergerak pulang ke destinasi masing-masing.

Tahniah dan Syabas kepada semua yang terlibat menjayakan Family Days KBBA9 kali ini, memang meriah dan seronok sekali,  terima kasih KBBA9 memberi peluang Bonde dan Family turut serta kenangan terindah yang sukar dilupakan...

Lepas ni.... nak datang lagi De Rhu Beach Resort!

Info lanjut:

Website: De Rhu Beach Resort

Facebook: De Rhu Beach Resort, Kuantan

Instagram : De Rhu Beach Resort


LKPP De Rhu Beach Resort
152, Sungai Karang, Beserah
26100 Kuantan
Pahang Darul Makmur, Malaysia.
Tel: +609 5579 000/
Fax: +609 5579 002
e-Mail: drbr@derhu.com.my



 
 ~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
1 PEMBERI ULASAN

Assalamualaikum Dan Selamat Malam

Hai Reader Semua....

Kali ini Bonde nak kongsikan pada anda tentang percubaan Bonde pada smartphone GT Mobile GT-888.

Semua sudah tahu tentang kelebihan smartphone GT-888 ini... Kalau anda masih belum tahu, apa kata anda baca dulu entri ini... Review Bonde tentang smarphone GT-888





TESTING CAMERA GT MOBILE GT-888 TERBAIK!

GT-888 8MP OV8865 World's Best 8MP Camera


REVIEW GT MOBILE GT-888

Gambar ini Bonde ambil semasa makan shushi di Shushi Zanmai di D'pulze Cyberjaya.  Bonde cuba ambik wajah ceria rakan yang dapat makan Shushi kegeramnya.  Rakan sebelah tu tak makan Shushi tapi dia dah makan tadi masa dekat opis... jadi dia minum sahaja.



Camera GT-888 yang Bonde guna ni tak edit apa-apa dan tak guna apa-apa application.

GAMBAR INDIVIDU


Lepas tu Fiqah ambik gambar Bonde pula, sebab nak tengok hasilnya cantik ke tak gambar tu... Rupanya sama sahaja. 

Bila pencahayaan cukup, gambar jadi sama cantik! 


GAMBAR MAKANAN SHUSHI

Bonde ambik gambar ni, tanpa flash. Cantikkan... jelas jer gambar tu.





GAMBAR MASAKAN ASAM PEDAS DALAM KUALI

Gambar ni pon Bonde ambik tanpa guna flash.



GAMBAR MASAKAN ASAM PEDAS DALAM MANGKUK HIDANGAN

Gambar ni pon Bonde ambik guna flash.


Gambar ni pon Bonde ambik tanpa guna flash.



GAMBAR KUCING BONDE (HAGIMARU)

Gambar ni pon Bonde ambik tanpa guna flash.


Comelkan... gambar ni...


GAMBAR FATIN DI LUAR AUDITORIUM SERI BAIDURI (JAM 8.00 PG)

Gambar ni pon Bonde ambik tanpa guna flash. Gambar nampak terang, jelas dan cantik.


Gambar ni nampak cantik juga ... sebab matahari ada betul-betul atas kepala. Gambar nampak jelas dan terang.


GAMBAR MASAKAN DALAM RESTORAN (LAMPU AGAK MALAP)

Gambar ni pon Bonde ambik tanpa guna flash, hanya ada lampu mentol.. tapi pic tetap cantik.


GAMBAR MAKANAN KUEW TIOW KUNG FU

Gambar ni pon Bonde ambik guna flash. Makan kat luar restoran cahaya lampu sangat suram... hasilnya... gambar tetap menarik.


GAMBAR AMBIK DEKAT LEBUHRAYA GAMBANG, SUSUR KELUAR RNR TERMELOH (PINTU GERBANG)

Gambar ni Bonde ambik tanpa guna flash.  Waktu hujan... Gambar nampak jelas dan cantik.



GAMBAR AMBIK DEKAT LEBUHRAYA KARAK, SUSUR KELUAR PLAZA TOL

Gambar ni Bonde ambik tanpa guna flash.  Waktu hujan sudah berhenti... Gambar nampak jelas dan cantik.  Nampak awan kelihatan mendung... dan cuaca gelap... (hujan baru lepas berhenti)






Review Bonde :

"Bonde suka ambil gambar guna camera GT-888 ni kerana hasil gambarnya memang cantik. jelas dan ada kualiti."



Sekian dulu survey Bonde pada camera GT-888 

Untuk keterangan lanjut anda boleh ke :

Wesite GT Mobile.SG

~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
1 PEMBERI ULASAN
Newer Posts
Older Posts

About me


Hai! Saya Zaidalifah Binti Hussin (BZ), pemilik dan penulis blog ini. Saya seorang yang ceria dan suka berkongsi pengalaman saya berkaitan banyak perkara.

Email : iffah208@gmail.com.

Follow Me

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Popular Posts

  • 4 Tips Mix & Match Warna Tudung Dengan Baju
  • Kebaikan Dan Manfaat Premium Shine Bird's Nest
  • Carian Dalam Talian Di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32 % Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina
  • Pengalaman Indah Di Kids Zania
  • Naturecare daripada Tupperware
  • Kadar Bayaran Pengasuh 2018
  • Segmen 24 Jam Bloglist #34 Mialiana.com
  • 27 Disember Birthday Fatin... Request Nak Makan Steak
  • 100 Blog Pilihan 2018 HASRULHASSAN.COM
  • TEMA GLAMOROUS NIGHT DI MLM APC 2017

Special Collaborations

AIRASIA BLOGGERS COMMUNITY (ABC)


ABC



ALTHEA ANGLE


ALTHEA ANGLE



BUTTERFLY PROJECT


Butterfly Project


Categories

ALTHEA ANGELS Artis Malaysia DRAMA DRAMA ADAPTASI NOVEL EVENT 2017 FAMILY DAY. . . WEEKEND FAMILY DAY. . .holiday FAMILY HOLIDAY HANTARAN DAN GUBAHAN Info Agama INFO KESIHATAN INFO PARENTING Kumpulan Doa

Followers

Subscribe

Created with by ThemeXpose