• Home
  • Content
    • Family Holiday
    • Info Agama
    • Parenting
    • Drama Adaptasi Novel
  • About
  • Contact
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise
facebook twitter instagram Email

Bonde Zaidalifah




Assalamualaikum dan Selamat Petang...

Memang mengejutkan berita ini :

Yus Jambu Meninggal Dunia

Bonde terima dari group whatsapp pada jam 12.30 pagi tadi, memang terkejut, dan nak tahu berita ini adalah benar, bila membaca berapa orang rakan artis MLM juga turut meletakkan status di wall Fb dan Twitter.

Salam takziah untuk keluarga Yus Jambu.... sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah.

Hasil carian imej untuk al fatihah





~ AL FATIHAH ~
Share
Tweet
Pin
Share
2 PEMBERI ULASAN
Salam dan selamat malam....

Disebabkan kebelangan ini Bonde terlalu sebok dengan bermacam tugasan kerja di pejabat mahupun diluar...dirumah pun kurang rasanya... Walaupun Ekpo sudah berlangsung pada 25 November 2015 Bonde masih tidak berkesempatan nak pergi hari ni hari last... dan terpaksa pergi juga nak borong novel untuk tahun ni, memandangkan akan tutup akaun pada bulan Disember nanti (eh betul ke tutup peruntukan untuk novel, cam takpercaya jer) ha ha ha


Hari ni sesi bertemu Novelis Syamnuriezmil ( Penulis Novel Adaptasi Drama Tuan Anas Mikael)


Dan Novel terbarunya Magisnya Cinta. 
(Nak Sinopsis nanti Bonde Share)

MERIAH ANTARA PEMBACA - NOVELIS DAN PENONTON - PELAKON ADAPTASI DI PENERBITAN KARYASENI SEMPENA EKSPO BUKU MALAYSIA 2015



Gambar ni dari IG dan FB Penerbitan KeryaSeni...Beratur nak ambil tandatangan Penulis dan Pelakon Adaptasi.


Hari ni Pelakon yang hadir adalah Shah Reza dan Wan Sharmila... ( Tak dapat jumpa Shah Reza sebab masa tu tak sampai lagi)


Sempat jumpa PA Tuan Anas Mikael Sharmila (comel orangnya)


Penulis Dhiyana dengan Novel Cinta Si Wedding Planner



Novel terbaru beliau... Anugerah Cinta Daripada Dia





Bonde bersama Mira Filzah


Pesanan Untuk Anda Peminat dan Pembaca :

Jangan lupa untuk mengundi Telenovel yang anda minati.... Undi Sah sehingga 31 Januari 2016


~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
7 PEMBERI ULASAN
Salam dan Selamat Malam...

Kenyataan yang agak poyo disitu sampai...... 

PENING KEPALA NAK PILIH YANG MANA 1 (KUNING, PUTIH ATAU HITAM BAGI CADANGAN BOLEH ?)

Sebenarnya ini adalah gambar seminggu yang lepas, selepas game Bowling dekat Sunway Pyramid hari tu, Bonde window shopping dekat mall...

Masa ni ada auto show kereta racing... Kanda memang minatlah nak tengok pameran ni...

Jadi Bonde follow jerlah....

Saje-saje ambik gambar kereta ni.... selalu nampak dari jauh... ni dah ada depan mata.

Kereta Import memang kagum melihatnya... tapi tengok saja belum mampu nak beli... walaupun sebiji tayarnya.

(Putih Lambogini)






( Hitam Porsche )





(Kuning Lambogini)



Share
Tweet
Pin
Share
2 PEMBERI ULASAN
Salam Selamat Malam...

Dekat sini Bonde nak kongsikan cerita semalam.. Bonde JJCM Ke :

STEAMBOAT EMPIRE

Beralamat : G.10-G.13, Gem In Mall, Mutiara Ville, Persiaran Sepang, Cyber 11, 63000 Cyberjaya. Dari pejabat Bonde hanya mengambi masa 5-10 minit untuk sampai.





Tengok apa yang Bonde dan Rakan ambil dekat Buffet yang telah disediakan, apa yang dimbil ni sememangnya sedap-sedap belaka, Bagi Bonde yang dah selalu makan Steamboat dah tahu mana yang sedap untuk dimakan.


fav Bonde ada ikan Dory


Pepahat pon ada fresh tau...


Shell tu sedap dan segala jenis seafood ada disini.


Ada pelbagai jenis fish ball, crab ball, prawn ball

Untuk Sup pula ada diberi pilihan untuk memilih sama ada anda sukakan Sup Ayam atau Tom Yam.























Sup Ayam

(Bonde dan Masiey pilih Sup Ayam)



Tom Yam

(Choi pilih Tom Yam)



Ada 2 jenis Sos ,

Gandingan serasi yang kuning ada rasa serai Bonde suka dan yang sebelah lagi adalah sambal kicap.. memang sedap dimakan dengan seafood dan fish ball

Selain dari buffet steamboat itu, ada juga disediakan :

 Dim Sum dan Shushi

fav Bonde, semua sedap.....







JJCM kali ni Bonde bersama Masiey dan Choi.




Ehhhh candid ( Ini keje Masieylah ni)


Sebelum ke meja buffet... bergambar dulu :)



Jemput makan :)


Persekitaran Dalam Steamboat Empire





Semua jenis Buffet disediakan dalam peti beku.



Buffet Salad untuk mereka yang gemar makan Salad.


Desert


Selain dari desert Ice Krim, terdapat juga... Kuih muih tradisional dan puding... (tak ambil sebab dah kenyang next time nak rasa kuih muih tu)


View Luar Steamboat Empire



Harga makan di STEAMBOAT 

EMPIRE,

 PERCUMA

untuk kanak- kanak bawah 9 tahun!

Empire Buffet 
  Tengah hari (11.30 pagi -3.00 petang)
Isnin- Jumaat : RM22.90
Sabtu - Ahad : RM25.90

Makan Malam (6.30 petang-10.00 malam)
RM25.90

Ala Carte 
RM15.90/seorang
(Harga termasuk Salad Bar, Dessert, Aiskrim dan Minuman ringan)

Bagi anda yang nak dapatkan info boleh dapatkan disini.

" Selamat Mencuba "
Share
Tweet
Pin
Share
12 PEMBERI ULASAN
Newer Posts
Older Posts

About me


Hai! Saya Zaidalifah Binti Hussin (BZ), pemilik dan penulis blog ini. Saya seorang yang ceria dan suka berkongsi pengalaman saya berkaitan banyak perkara.

Email : iffah208@gmail.com.

Follow Me

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Popular Posts

  • 4 Tips Mix & Match Warna Tudung Dengan Baju
  • Kebaikan Dan Manfaat Premium Shine Bird's Nest
  • Carian Dalam Talian Di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32 % Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina
  • Pengalaman Indah Di Kids Zania
  • Naturecare daripada Tupperware
  • Kadar Bayaran Pengasuh 2018
  • Segmen 24 Jam Bloglist #34 Mialiana.com
  • 100 Blog Pilihan 2018 HASRULHASSAN.COM
  • 27 Disember Birthday Fatin... Request Nak Makan Steak
  • TEMA GLAMOROUS NIGHT DI MLM APC 2017

Special Collaborations

AIRASIA BLOGGERS COMMUNITY (ABC)


ABC



ALTHEA ANGLE


ALTHEA ANGLE



BUTTERFLY PROJECT


Butterfly Project


Categories

ALTHEA ANGELS Artis Malaysia DRAMA DRAMA ADAPTASI NOVEL EVENT 2017 FAMILY DAY. . . WEEKEND FAMILY DAY. . .holiday FAMILY HOLIDAY HANTARAN DAN GUBAHAN Info Agama INFO KESIHATAN INFO PARENTING Kumpulan Doa

Followers

Subscribe

Created with by ThemeXpose