Jom baca....
Petua Untuk Mengatasi Bosan, Jemu, Tertekan dan Marah-Marah
1. Jika anda terlalu sibuk bekerja, ambil masa
selama 15 minit untuk duduk rehat tanpa membuat apa-apa kerja dan
tenangkan fikiran. Ini boleh mengurangkan ketegangan dan tekanan
darah anda di samping meningkatkan daya kawalan anda terhadap keadaan sekeliling.
2. Legakan tekanan anda dengan membuatkan diri anda ketawa gembira.
Cuba ketawa dengan menonton rancangan TV komedi kegemaran anda atau
mendengar sesuatu yang lucu dari nada dering telefon bimbit anda.
3. Dengar muzik yang menenangkan. Suasana yang terlalu sunyi akan
menambahkan lagi tahap tekanan diri anda. Sekali-sekala anda perlukan
muzik untuk tenangkan diri. Jenis muzik pula bergantung kepada citarasa
anda.
4. Fikirkan sesuatu yang menggembirakan. Fokuskan fikiran
anda terhadap sesuatu yang menggembirakan. Anda mungkin boleh boleh
melihat gambar ahli keluarga tersayang atau melihat gambar pemandangan
indah. Ini boleh meningkatkan semangat dan fikiran positif anda.
5. Berdiri dan ambil masa berjalan sebentar. Jika anda memperuntukkan
masa berjalan sekurang-kurangnya 4 kali dalam seminggu, anda akan
kurang berasa tekanan dan boleh tidur dengan lebih baik. Untuk
melakukannya, anda mungkin boleh mengambil masa 10 minit untuk berjalan
ke hulu ke hilir di ruang pejabat anda setiap hari.
6. Buat
senaman nafas. Tarik nafas panjang dan tahan untuk beberapa saat.
Selepas itu, hembuskan secara perlahan-lahan. Anda pasti lega dan lebih
mudah membuat kerja.
~ BONDE :) RIANG~