• Home
  • Content
    • Family Holiday
    • Info Agama
    • Parenting
    • Drama Adaptasi Novel
  • About
  • Contact
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise
facebook twitter instagram Email

Bonde Zaidalifah

Jom baca....


Petua Untuk Mengatasi Bosan, Jemu, Tertekan dan Marah-Marah


 1. Jika anda terlalu sibuk bekerja, ambil masa selama 15 minit untuk duduk rehat tanpa membuat apa-apa kerja dan tenangkan fikiran. Ini boleh mengurangkan ketegangan dan tekanan
darah anda di samping meningkatkan daya kawalan anda terhadap keadaan sekeliling.

2. Legakan tekanan anda dengan membuatkan diri anda ketawa gembira. Cuba ketawa dengan menonton rancangan TV komedi kegemaran anda atau mendengar sesuatu yang lucu dari nada dering telefon bimbit anda.

3. Dengar muzik yang menenangkan. Suasana yang terlalu sunyi akan menambahkan lagi tahap tekanan diri anda. Sekali-sekala anda perlukan muzik untuk tenangkan diri. Jenis muzik pula bergantung kepada citarasa anda.

4. Fikirkan sesuatu yang menggembirakan. Fokuskan fikiran anda terhadap sesuatu yang menggembirakan. Anda mungkin boleh boleh melihat gambar ahli keluarga tersayang atau melihat gambar pemandangan indah. Ini boleh meningkatkan semangat dan fikiran positif anda.

5. Berdiri dan ambil masa berjalan sebentar. Jika anda memperuntukkan masa berjalan sekurang-kurangnya 4 kali dalam seminggu, anda akan kurang berasa tekanan dan boleh tidur dengan lebih baik. Untuk melakukannya, anda mungkin boleh mengambil masa 10 minit untuk berjalan ke hulu ke hilir di ruang pejabat anda setiap hari.

6. Buat senaman nafas. Tarik nafas panjang dan tahan untuk beberapa saat. Selepas itu, hembuskan secara perlahan-lahan. Anda pasti lega dan lebih mudah membuat kerja.



 ~ BONDE :) RIANG~
Share
Tweet
Pin
Share
3 PEMBERI ULASAN
Jom baca....

Dia Isteri Luar BIasa


SINOPSIS :

SINGLE is simple, double is trouble...
Itu moto hidup Dewi Yusra. Katanya, dia boleh hidup tanpa lelaki, lagi mudah dan tidak serabut otak. Lelaki menyusahkan, suka ambil kesempatan!
Perempuan tak kahwin pun boleh ada anaklah! Bukan spesies angkat-angkat ya, yang asli datang dari rahim Dewi Yusra. Kau gila ke Dewi, ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Hesy... Mesti ada jalanlah…
Dewi serius! Walau dengan apa cara pun, Dewi tetap ingin punya anak dari darah dagingnya. Anak yang akan mewarisi syarikat perniagaan Cik NAB a.k.a Nasi Ayam Bonda.
“Aku akan kahwin! Syaratnya aku nak kahwin sampai mengandung aje ya, lepas tu  aku chaw. No husband anymore. Sebelum aku sakit hati ditinggalkan, lebih baik aku blah dahulu” - DEWI YUSRA
Maka bermulalah usaha Dewi untuk mendapatkan ‘Suami Sementara­’ dari lelaki baik-baik, gen terhebat, genius dan stok sembahyang atas kapal terbang. 
“Saya Amzar... errr... Radin Amzar yang duduk sebelah you dalam flight dari Heathrow hari tu...” - RADEN AMZAR
Bagai nak tercabut jantung Dewi dengar. Lelaki edisi terhad tu hubungi dia? Macam tak percaya pun ada. Ingatkan lelaki itu akan terus hilang. Tuhan berikan Dewi peluang ke ni?
Berjayakah rancangan Dewi Yusra untuk memerangkap Dr. Radin Amzar, lelaki terpilih  sebagai ‘Suami Sementara’nya untuk seorang zuriat? Bagaimana pula rancangan Kamarul yang terlalu menyintainya?
Temui jawapannya dalam DIA... Isteri Luar Biasa, kisah seorang gadis yang terpaksa bangkit dari peristiwa kelam hidupnya.


Dia Isteri Luar BIasa


PELAKON :

HEROIN FATHIA SEBAGAI DEWI YUSRA,
HERO SHUKRI YAHAYA SEBAGAI RADEN AMZAR DAN KEITH FOO SEBAGAI KAMARUL RAKAN KEPADA DEWI YUSRA

BACA ON LINE : [BAB 1] [BAB 2] [BAB 3] [BAB 4] [BAB 5] [BAB 6] [BAB 7] [BAB 8] [BAB 9] [BAB 10]


 ~ BONDE :) RIANG~
Share
Tweet
Pin
Share
1 PEMBERI ULASAN


Assalamualaikum.. dan Selamat Malam,

Hari ni, Bonde berpeluang menghadiri :

ZALORA Officially Launched on the 29th of July 

Pembukaan store baru Zalora yang terletak di  G10 & G11, Ground Floor Mitsui Outlet Park.  Zalora store telah dibuka secara rasminya pada hari ini, bagi anda yang belum sampai ke Mitsui Oulet Park boleh dapatkan info disini : [MOPKLIA]

Cake sempena pembukaan Zalora store di Mitsui Outlet Park, Klia Sepang

Pada hari ini, Sale Up to 90 %
Wahhh banyak sale... jadi apa tunggu lagi lets shopping...

Dua orang model cantik yang turut hadir pada hari ini ialah Sasha Saidin dan Amber Chia

Bonde pon nak pose ala model juga he he he
Bersama blogger Shrek Hijau

Kami bersama model Amber Chia. Model yang tinggi lampai dan sangat spothing, siap ucap Selamat Hari Raya pada Bonde, Nice to meet you..

Kami Bersama Model Sasha Saidin yang jelita dan putih gebu...

Bonde with blogger Shrek hijau tengok-tengok barangan Zalora store Outlet.


Fatin pun Follow Bonde malam ni :)... siap bergaya lagi...

Baiklah pada yang hendak datang ke Mitsui Outlet Park senang je... kerana ialah berdekatan dengan KLIA2.

Moga info ini dapat membantu anda semua yang tercari2 Zalora store yea.

#Zaloramy
Share
Tweet
Pin
Share
4 PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum dan Selamat Malam...

Semak kelayakan menduduki Peperiksaan ini dibawah :
 PANDUAN PEPERIKSAAN KHAS PPT GRED N27

TIP MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN KHAS KPSL

Memandangkan Bonde akan menduduki peperiksaan Khas KPSL pada bulan Ogos nanti, sambil-sambil update blog, sambil tu search kat google Panduan, Tip, Cara nak menjawab Soalan KPSL, memandangkan dah duduk peperiksaan KPSL tahun ni masuk kali yang ketiga sebelum tu semuanya emmm malu nak type.

Tapi Bonde belum berputus asa, walaupun soalan senang, jawapan tu yang susah, sebab apa jawapan susah... walaupun boleh bawa buku masa peperiksaan dan dah tags tapi tak jumpa juga jawapan, Dah jawab mungkin cara menjawab tu salah jadi jom tengok hasil google apa yang Bonde jumpa.

Sumber dari Blog : [anafarha.blogspot.com]

TIP MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN KHAS KPSL



Dari segi kaedah menjawab, saya rasa ianya terpulang juga kepada kehendak pemeriksa. Tapi yang pasti, tip yang saya kongsikan ini adalah tip untuk mencari dan mendapatkan jawapan yang betul dan cepat.. InsyaAllah..


Tindakan yang perlu dibuat:

1. Baca soalan dan kenalpasti rujukan yang betul.

2. Bila sudah kenalpasti rujukan yang sepatutnya, rujuk pada senarai perkara untuk cari isi-isi yang mungkin.

3. Rujuk perkara yang berkenaan. 

4. Kadang-kadang, dalam satu soalan mungkin akan menggunakan rujukan yang berbeza. Misalnya, soalan 1 (a) ditanya tentang cuti. Soalan 1 (b) berkaitan pula dengan wad. So, kene peka dengan soalan.

5. Jawap soalan dan nyatakan perkara yang dirujuk. Contoh: Merujuk kepada Arahan Pentadbiran Bab C, Perkara 2.1 (a), ………….

6. Kalau rasa-rasa tak cukup masa, tulis dalam bentuk point dan berikan RUJUKAN. Ini yang penting.

CONTOH KAEDAH MENJAWAB SOALAN UNTUK BAHAGIAN III : UNDANG-UNDANG UMUM

Soalan 1

(a) Haris seorang warganegara Malaysia telah berkahwin dengan Katie, seorangwarganegara British di United Kingdom pada tahun 1990. Berdasarkan kepadaperlembagaan persekutuan, bolehkah isteri haris memohon untuk menjadi warganegara Malaysia dan apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh isterinya?
(6 markah)

JAWAPAN:

Boleh.
Syarat-syarat:
(a) Katie telah bermastautin di Persekutuan sepanjang tempoh dua tahun sebelum daripada tarikh permohonan dan Katie berniat hendak bermastautin secara tetap di Persekutuan; dan
(b) bahawa Katie adalah berkelakuan baik.
Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 1 Perkara 15 Fasal (1) (a) dan (b).

atau
Merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 1 Perkara 15 Fasal (1) (a) dan (b), Katie boleh memohon untuk menjadi warganegara Malaysia dengan syarat .......

(b) Sekiranya permohonan Katie untuk menjadi warganegara Malaysia diluluskan oleh kerajaan persekutuan, bilakah Katie boleh didaftarkan menjadi warganegara Malaysia?
(5 markah)

JAWAPAN:

Katie boleh didaftarkan menjadi warganegara Malaysia sehingga ia telah mengangkat sumpah yang dinyatakan dalam Jadual Pertama
Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 1 Perkara 18 Fasal (1).

c) bilakah secara rasminya Katie boleh menjadi warganegara dengan cara Pendaftaran?
markah)

JAWAPAN:

Katie secara rasminya boleh menjadi warganegara Malaysia mulai dari hari ia didaftarkan sedemikian itu.
Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 1 Perkara 18 Fasal (3).

(d) Encik Wagiman yang berasal dari Indonesia telah memperolehikewarganegaraan Malaysia secara perakuan masukan pada tahun 2001. Selepas memperolehi kewarganegaraan, beliau telah kembali ke Negara asalnya dan tidak kembali ke Malaysia sehingga sekarang. Sepanjang ketiadaannya, tiada sebarang berita diperolehi daripada beliau. Adakah kerajaan persekutuan boleh dan mempunyai sebarang peruntukan untuk melucutkan kewarganegaraan beliau di bawah perlembagaan persekutuan?
(5 markah)

JAWAPAN:

Boleh.
Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 2 Perkara 25 Fasal (2) (a) dan (b) yang menyatakan bahawa ……..

e) Atas permintaan kerajaan persekutuan, kerajaan negeri Selangor telah bersetuju untuk memberikan buat selama-lamanya sebidang tanah kerajaan negeri yang telah dirizabkan sebelum itu bagi maksud kegunaan kerajaan persekutuan. Walau bagaimanapun kerajaan persekutuan telah diminta oleh kerajaan negeri Selangor supaya membayar premium tanah tersebut terlebih dahulu.
Jelaskan bagaimana kaedah penentuan bayaran premium tanah yang perlu dibayar oleh kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri Selangor.
(5 markah)

JAWAPAN:

Kaedah penentuan bayaran premium tanah hendaklah sama banyak dengan nilai pasaran tanah itu dikurangkan dengan –
(a) ...
(b) ...
Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 6, Bab 4 Perkara 85 Fasal (2) (a) dan (b).

Secara ringkas ini adalah kaedah menjawab yang saya amalkan. InsyaAllah, kalau tepat jawapannya, lulus lah tuh.. Teruskan usaha ye..

Sekiranya kawan-kawan atau pembaca ada tip lain atau mahu komen tentang entri ini, silakanlah ye.


Kredit : Blog Anafarha

~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
7 PEMBERI ULASAN

ISTERI SEPARUH MASA RAYA (2015)


Klik Pic Untuk Menonton :


Isteri Separuh Masa Raya cover drama


SINOPSIS ISTERI SEPARUH MASA RAYA (2015)


Konflik rumah tangga Medina Izwani dan Nazrin Shah meruncing. Medina cemburu dengan kehadiran Zita yang bekerjasama dengan Nazrin dalam satu projek. Keluarga mula campur tangan dalam usaha menyelamatkan perkahwinan mereka


"Selamat Menonton"

~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN

CIK BUNGA DAN ENCIK SOMBONG -BERAYA BERTIGA-

Klik Pic Untuk Menonton






Tajuk: Cik Bunga Encik Sombong Beraya Bertiga



Bersiaran:
9 Syawal, 25 Julai 2015, 9 malam

Arahan: 
Keoi Hj Khalid

Terbitan: 
Global Station Sdn Bhd

Pelakon:
Amar Baharin, Amyra Rosli, Elya Miera, Sasqia Dahuri, Afiq Muiz, Syaffiq Sahli, Jasmin Hamid, Roy Azman, Fadilah Mansor, 

Sinopsis Cik Bunga Encik Sombong Beraya Bertiga


Haris teruja memulakan perniagaan bahulu rayanya. Rumah tangga Intan Asnidar dan Haris goyah apabila Husna yang tergedik-gedik mahu memikat Haris dan kedatangan Erny ke kampung.

~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN

CINTA PALING AGUNG

Tonton Online klik link dibawah :

[CINTA PALING AGUNG]



Wanita telah dicipta untuk dijadikan pasangan kepada lelaki dan telah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dan setia kepada sang suami.

Namun setiap pasangan yang berkahwin pasti akan berhadapan dengan pelbagai dugaan, cuma pemilihan jalan penyelesaian sahaja yang membezakan mereka.

Seperti mana Myza (Siti Saleha) yang berhadapan dengan dugaan hebat di mana suaminya, Khairi (Aaron Aziz) jatuh cinta kepadawanita bertudung setelah hampir 10 tahun usia perkahwinan mereka.

Betapa beratnya dugaan seorang isteri yang bersusah-payah cuba mempertahankan perkahwinannya sehingga pada satu tahap dia hampir berputus asa.

Berikut merupakan enam ayat yang dipetik menerusi filem Cinta Paling Agung yang menusuk kalbu

“Wanita itu tercipta dari tulang rusuk lelaki, bukan dari tulang kepala lelaki. Kerana wanita bukan untuk memimpin lelaki. Dan kenapa bukan dari tulang kaki? Kerana wanita bukan untuk menjadi hamba abdi lelaki.”

“Keutamaan seorang perempuan adalah solat di rumah. Ketika dia solat di masjid, dia bukan perempuan biasa.”

“Tidak ada satu pun rumahtangga yang tidak pernah ada masalah.”

“Saya jatuh cinta pada ilmu, iman dan juga peribadinya.”



“Masa kita bersama dah tak banyak bang. Dan Myza cuma nak abang luangkan masa sebanyak mungkin dengan Hanna.”

“Bapa ngak mahu kamu itu menjadi penyebab runtuhnya sebuah masjid, apa jawapanmu nanti ditanya di akhirat?”


Saksikan telefilem Cinta Paling Agung di Astro First Eksklusif bermula 17 Julai 2015 di saluran 480.

Sinopsis:

Cinta Paling Agung mengisahkan tentang Khairi (Aaron Aziz) dan Amyza (Siti Saleha) yang telah berkahwin hampir sepuluh tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan, Hanna.

Namun perkahwinan mereka tidak bahagia dan semakin hari semakin bermasalah. Khairi kemudiannya jatuh cinta dengan seorang wanita bernama Dewi (Zaskya).

Kerana Dewi, Khairi sanggup membuat keputusan untuk menceraikan isterinya. Amyza yang terkejut dengan keputusan suaminya itu kemudian membuat keputusan untuk bersetuju.

Tetapi dengan syarat setiap pagi Khairi perlu mendukungnya setiap hari selama 30 hari dan Khairi dengan berat hati bersetuju dengan permintaan isterinya.

Sementara itu, hubungan Dewi dan Khairi tidak berjalan dengan lancar seperti yang disangka kerana ibu bapa Dewi kurang bersetuju dengan pilihan anak perempuannya itu.

Keluarga Dewi kemudiannya menasihati Dewi bahawa perbuatan bercinta dengan lelaki yang masih berstatus suami orang adalah perbuatan yang salah.

Dewi tersepit diantara rasa cinta dan bersalah terhadap Khairi serta ibu bapanya.

Adakah Dewi akan meneruskan hubungannya dengan Khairi sehingga ke jinjang pelamin?

Bagaimana pula dengan Amyza, adakah Khairi akan menceraikannya ataupun tidak?





Selamat Menonton.... 

Cinta Paling Agung


~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
2 PEMBERI ULASAN

Menu Harus Dicuba : Nasi Impit Goreng Assalamualaikum dan Selamat Petang.. Hai reader semua, Bonde ingin kongsikan Resepi Menu Harus Dicuba : Nasi Impit Goreng, ini adalah pertama kali Bonde cuba membuatnya...

 Nasi Impit Goreng



Bahan-Bahan :

20 ketul - Nasi Impit Mini 
5 sudu besar -Cili kering yang telah dimesin
2 biji - Telur Ayam
3 sudu - udang geragau
1 biji bawang besar - cincang
5 ulas - bawang putih cincang
1 batang lobak merah - hiris panjang
1/2 biji kobis bulat - hiris halus
2 biji cili besar
sedikit daun sup - hiriskan halus
minyak untuk mengoreng
sedikit garam
sedikit cukup rasa maggi


Cara-cara memasak :

Panaskan minyak untuk menumis, masukan cili kering goreng hingga garing, masukan bawang merah  dan  putih yang telah dicincang, masukan udang geragau dan masukan lobak merah, semuanya gaul hingga sebati masukan sedikit garam dan pecahkan telur. 

Setelah telur masak masukan nasi impit tadi dan gaul rata, masukan sayur kobis dan letakkan  cukup rasa maggi gaul hingga semua nampak telah masak angkat hidangkan dalam pinggan dan taburkan daun sup yang telah dihiris tadi. 

Sedia untuk dimakan.

Nota :
Selain udang geragau anda juga boleh letakkan udang kering atau udang hidup/segar, ikut citarasa anda.

Menu Nasi Impit Goreng diatas untuk dimakan 5-6 orang, Nasi impit goreng boleh disimpan dalam peti sejuk dan dikukus semula untuk tahan lama. 

Selamat Mencuba :)

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~





Share
Tweet
Pin
Share
10 PEMBERI ULASAN

TEMPOYAK IKAN BILIS + PUCUK UBI RAMPAI


Assalamualaikum...

Semua-semua mesti dah tak lalu nak makan juadah raya lagikan.. ketupat rendang semua tu... paling tahan pun makan 2 hari jer,

Sebenarnya,
Tempoyak Ikan Bilis + Pucuk Ubi Rampai ni, Bonde masak pada hari raya ke 3... biasalah dah musim durian, jadi senanglah nak cari tempoyak ni...

baiklah jom tengok resepi nak buat lauk ni.

Bahan-bahan :


300 g -Tempoyak
1 kg -Santan kelapa
100 g - Ikan Bilis
30 g - Cili api - dikisar
5 Batang Serai - di hiris dan di kisar
1 Ikat Pucuk ubi - di potong rampai
Daun kunyit - di potong rampai
2 biji bawang besar - di potong bulat
5 biji bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - di kisar
Serbuk kunyit
garam
minyak untuk menumis

Cara memasak :

Tumiskan bawang, bawang putih yang telah dikisar,setelah itu, masukan cili api dan serai yang telah di kisar tunggu sehingga garing. Masukan Ikan Bilis dan tempoyak gaul bagi rata, masukan santan, setelah santan mendidih masukkan pucuk ubi dan daun kunyit serta baawang yg telah dipotong bulat, tunggu sehingga pucuk ubi empuk gunakan api sederhana.

Untuk rasa masukkan sedikit garam dan untuk warna masukkan serbuk kunyit.

Kacau sehingga santan menjadi sedikit kering.. 
setelah itu... bolehlah dihidangkan.

Selamat mencuba :)

~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
12 PEMBERI ULASAN

Telemovie MAID Pun Nak Raya

Tonton on line disini :

[ TELEMOVIE MAID PUN NAK BALIK RAYA ]



Tonton MAID Pun Nak Raya Telemovie



Barisan Pelakon:


Zul Ariffin dan Ayda Jebat





Sinopsis:


Noorul meninggal dunia ketika bersalin, Harris mengalami kemurungan. Melihatkan keadaan Harris, Zaura mengupah Orang Gaji baru demi menguruskan kehidupan abangnya itu. Puan Sri Kirana, cuba menyatukan Harris dengan bekas kekasih Harris di zaman sekolah, Maya. Seluruh keluarga Haikal terkejut dengan kehadiran Maid baru yang wajahnya saling tak tumpah seperti Noorul, Myra.

SUMBER : [ BUKAN CINCAI.COM ]


Share
Tweet
Pin
Share
2 PEMBERI ULASAN

TELEMOVIE M.A.I.D


Tonton MAID Full Episode


Tonton Secara Online Melalui Pautan link berikut:



[ EPISOD 1 ] [ EPISOD 2 ] [ EPISOD 3 ] [ EPISOD 4 ] [ EPISOD 5 ]

[ EPISOD 6 ] [ EPISOD 7 ] [ EPISOD 8 ] [ EPISOD 9 ] [ EPISOD 10 ]

[ EPISOD 11 ] [ EPISOD 12 ] [ EPISOD 13 ] [ EPISOD 14 ] [ EPISOD 15 ] 

[ EPISOD 16 ] [ EPISOD 17 ] [ EPISOD 18 ] [ EPISOD 19 ]

[ EPISOD 20 ]

BACA SIPNOPSIS DISINI :

SINOPSIS




~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN

Tajuk: Rindu Awak 200% Raya

Tonton Rindu Awak 200% Raya Telemovie

Channel : TV3
Tayangan : 22 Julai 2015
Masa: Rabu, 10.00 Malam

Bagi anda yang terlepas nak tengok semalam bolehlah tengok dekat sini...

rindu-awak-200-raya-telemovie



Untuk Muat Turun pula sila ke :

Bahagian 1

 PART I 

 PART II

Bahagian 2

PART I

PART II


Barisan Pelakon:

 Zul Ariffin, Ayda Jebat, Fazlina Ahmad Daud, Zuhairi Ibrahim, Karl Shafek, Mimi Ernida, Ika Nabella

SINOPSIS RINDU AWAK 200% RAYA


Anak mereka, Faiq Esyan sudah berusia 3 tahun. Armel Aisya semakin sibuk dengan butik yang semakin diterima ramai, sementara Zill Faezrul terus komited dengan kerjayanya sebagai juruterbang. Zill nyatakan hasrat untuk merancang anak kedua tetapi Armel beralasan belum bersedia kerana dia mahu fokus tentang kerjayanya dulu.

Selamat Menonton...

Sumber : bukancincai.com
Share
Tweet
Pin
Share
1 PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum....Salam Aidilfitri Semua....

Maaf Zahir Batin andai ada salah silap yang Bonde tak perasan telah melukakan hati anda semua...Yang baik datang dari Allah dan yang salah dan silap dari Bonde harap dimaafkan.


Tahun ni sebenarnya... tak rancang nak pakai tema apa.. sebabnya selalu kami dah awal-awal beli kain untuk tempah baju raya... tahun ni x berkesempatan untuk semua tu nampak sangat kesebokkan melanda...

Akhinya tercapai juga impian nak pakai warna silver n pink... 
Semua beli secara berasingan cuma maching-machingkan warna jer...


Malam raya tahun ni di Sungai Pelek, Sepang... Lepas solat jumaat kami bertolak balik ke Sungai Mangis, Banting pula.. Ni adalah rutin setiap tahun...
Let go balik kampung...


Juadah Dipagi Raya untuk tahun ini...
~ Rendang Ayam Pencen (Along yang masak)
~ Kari Daging  (Along yang masak)
~ Kuah Kacang+Ayam (Bonde masak)
~ Sup Tulang (Bonde Masak)
~ Nasi Impit (Along yang masak)



Photo Grid 1 Syawal 1436 H


Bergambar bersama Family Banting...

~Abah 
~Angah family
~Alang Family
~ Uda Family 
~ Ucu Family

Yang tak ada dalam ini gambar family Along... Along dah balik rumahnye dekat Sungai Buaya... lepas ni nak serbu rumah Along...

Riang Ria Hari Raya...
#1Syawal1436H


Share
Tweet
Pin
Share
2 PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum

Esk mesti semua tak Sabar nak menikmati hidangan juadah rayakan!

Setelah sebulan berpuasa mesti teruja nak makan juadah yang dihidangkan.

Perlu diingat dah sebulan kita berpuasa... Boleh je menahan lapar dan dahaga jadi.. Janganlah makan berlebihan kerana nanti perut kita akan terperanjat dan terkejut sebab makanan tak hadam.

Jadi,
Sama sama kita jaga kesihatan perut... Nanti orang lain seronoknye beraya kita pulak terlantar... Kat katil sebab sakit perut.

Selamat menjaga kesihatan yea..
Pesanan ringkas dari Bonde senyum riang.

Share
Tweet
Pin
Share
4 PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum dan selamat pagi....

Baiklah Bonde nak Share 1 Tips hari ni, 

Panduan Pemakaian Mengikut Hari Dan Psikologi

Bonde dapat Tips ni dari Tag Rakan di FB...
Jom sama-sama tengok :


















So Hari ni Hari Rabu kene pakai warna Biru... he he he ,
Boleh 

ke Page FB Fizo Omar 


untuk dapatkan tips ini.

Selamat Mencuba...

~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Biskut Cornflakes Ranggup Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai reader semua.. Bonde nak kongsikan dengan anda semua satu resepi yang mudah nak dibuat mengunakan cornflakes.  Biskut ni memang sedap dimakan bukan sahaja waktu raya, tapi bila-bila masa pun sedap dimakan. Kalau rasa teringin nak makan cari bahan-bahan lepas tu buat.  Untuk tidak membuang masa jom tengok apa bahan-bahan yang diperlukan untuk buat Biskut Cornflakes Ranggup.

Biskut Cornflakes Ranggup



Bahan-Bahan

250 gm mentega

3/4 cawan gula aising

1 sudu kecil esen vanilla

1 biji kuning telur

250 gm cornflakes (ramas-ramas sikit)

2 cawan tepung naik sendiri (diayak terlebih dahulu)

mangkuk kertas secukupnya

ceri merah dihilis kecil atau ikut saiz kegemaran anda


Cara-cara :

1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati

2. Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi, setelah itu masukkan esen vanilla


3. Masukkan tepung naik sendiri dan conflakes yang telah di ramas... gaul sebati gunakan senduk kayu 

4. Masukkan dalam mangkuk kertas dan hiaskan dengan potongan ceri merah 

5. Bakar pada oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15-20 minit

6. Biarkan sejuk seketika dan simpan biskut dalam bekas kedap udara.

Resepi ni Bonde Google jer, Bonde gunakan ceri merah sahaja, anda boleh gunakan ceri yang berwarna hijau jika suka.
Sedap tau!

Selamat Mencuba.

 
~ Bonde Senyum Riang ~

Share
Tweet
Pin
Share
4 PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum dan selamat petang....

Sedih bila baca, 

Kisah Bayi DiPotong Lapan Sebelum Buang

Kenapa terlalu kejam?... Nak baca kisah ni ada keluar dekat surat Khabar pon rasa seram... rasa tak sampai hati, Bila pikir balik kenapa orang yang beria nak cahaya mata tu kenapa susah nak dapat? Dan kenapa bila dah dapat? senang-senang nak kerat, nak campak, nak tanam, nak baling, nak bunuh dengan kejam.  Sesungguh Allah nak tunjuk, kepada kita semua ada juga manusia yang perangainya seperti Binatang.  Sedangkan Binatang yang tak ada akal pikiran tu pon pandai sayangkan anak.

Zaman sekarang tak boleh nak cakap lebih takut akan berbalik pada diri kita balik, takut memang takut sebab Bonde sendiri ada anak perempuan.

Cuma nak sampaikan pesan kepada adik-adik diluar sana,

Jika anda telah terlanjur dengan boyfriend@binatang yang tak nak bertanggungjawab tu...

Kalau boleh jangan sampai jadi pembunuh, kasihankanlah janin tersebut, janin itu tidak bersalah dan tidak kene mengena dengan dosa yang adik-adik dah buat.

Adik-adik dosa pertama yang adik buat berzina dan dosa kedua membunuh. kedua-dua perbuatan ini, adalah dosa besar.





Seeloknya adik-adik rujuklah dengan mana-mana badan kebajikan dan rumah kebajikan yang boleh membantu adik-adik.  InsyaAllah.

Jangan bersedih, kerana adik-adik tidak akan keseorangan.  Bila keseorangan mesti fikiran jadi celaru dan keliru. Akan jadi macam-macam perkara yang tidak diingini dan buat perkara diluar kawalan.

Berpikirlah secara waras, dapatkan nasihat dan kaunseling.. Malu letak nombor dua, Pertama pentingnya kasih sayang ibu untuk si anak...

Bayangkanlah orang yang bersalin normal dan pembedahan...
akan hilang rasa sakit melahirkan bila nampak wajah anak.

menitis air mata gembira...

Anak sebagai anugerah dan amanah dari Allah bagi pasangan yang telah dikurniakan anak,  

Bayangkan yang menanti kehadiran zuriat yang belum dapat...terguris perasaan sedih nak tak terucap bila tengok atau baca tentang kes buang anak, Bayangkan kalau orang tanya, Bila nak ada baby? Anak dah berapa orang? boleh jer jawab belum ada rezeki.(tapi dalam hati siapa yang tahu, tetap sedih orang tanya macam tu)

Entri ini bertujuan, sekiranya adik-adik diluar sana telah terlanjur dan terbaca  tolong jangan lakukan perkara yang bodoh dengan membunuh atau membuang bayi.

Adik-adik ada tempat untuk dirujuk dapatkan nasihat dan kaunseling terlebih dahulu... ada banyak tempat kita kaum wanita untuk mengadu naseb.

Doalah kepada yang esa ampunkan dosa-dosa yang telah adik lakukan kerana masih sempat untuk memohon ampun dan bertaubat.

Jangan bimbang,Masih ada yang Sayang.

InsyaAllah.




JIKA BERLAKU PERKARA DIATAS HUBUNGI BANTUAN PUSAT DI BAWAH :

[PUSAT JAGAAN DARUL SYUKUR ]

[ DARUL WARDAH SELANGOR ]

[ PUSAT KAUNSELING DAN PERLINDUNGAN SEMENTARA ]

[ PUSAT PERLINDUNGAN WANITA BAITUL EHSAN ]
Share
Tweet
Pin
Share
7 PEMBERI ULASAN
Newer Posts
Older Posts

About me


Hai! Saya Zaidalifah Binti Hussin (BZ), pemilik dan penulis blog ini. Saya seorang yang ceria dan suka berkongsi pengalaman saya berkaitan banyak perkara.

Email : iffah208@gmail.com.

Follow Me

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Popular Posts

  • Koleksi Template Akaun Bank
  • Resepi Daging Bulgogi
  • Hebahan Sedekah Ramadhan Dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan AlMubarak
  • Internary Percutian 3 Hari 2 Malam Di Pulau Pangkor.
  • Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pangkor
  • Rahim Kembang? Ini Cara Mengatasinya
  • Koleksi Template Akaun Bank Versi Cute dan Bunga-Bunga
  • Resepi Sotong Celop Tepung Bestari
  • Gabungan Menu Ringkas Dan Sedap
  • Selamat Tahun Baru 2021

Special Collaborations

AIRASIA BLOGGERS COMMUNITY (ABC)


ABC



ALTHEA ANGLE


ALTHEA ANGLE



BUTTERFLY PROJECT


Butterfly Project


Categories

ALTHEA ANGELS Artis Malaysia DRAMA DRAMA ADAPTASI NOVEL EVENT 2017 FAMILY DAY. . . WEEKEND FAMILY DAY. . .holiday FAMILY HOLIDAY HANTARAN DAN GUBAHAN Info Agama INFO KESIHATAN INFO PARENTING Kumpulan Doa

Subscribe

GSL Warrior's Blog

  • Shuhaida Kabdy
    Lima Resepi Comfort Food Ayam Brand™ Untuk Melangkah ke Tahun Baharu
  • Suria Amanda
    Sambutan Birthday Mak Sebelum PKP
  • Azlinda Alin
    Resipi Mudah Masak Bubur Beni Nagomi Japanese Sweet Potatoes (ubi Jepun) dan Jagung
  • KhatyAiman
    CETAPHIL GENTLE BRIGHT TECHNOLOGY AKHIRNYA TIBA!
  • Ana Suhana
    Idea Inovatif Mengenai Isu Alam Sekitar Muncul Sebagai Pemenang Pertandingan Samsung ‘Solve for Tomorrow’
  • Mimi Azirah
    Fernleaf CalciYum Minuman Susu Kultur dan Yogurt Untuk Penghadaman dan Tumbesaran Anak Yang Kuat dan Sihat
  • Bonda Zahra
    Tawaran Sale 11.11 PG Mall
  • The Other Side of Me
    Tanda-tanda Autisme?
  • Mamapipie

#BIter's Blogger

  • Farhana Jafri
    Shopee | Trolley Storage Rack
  • Norhana Rosmida
    Baby Sling Apa Paling Best Dan Selesa? 5 Sebab Kenapa Aku Pilih Baby Sling Mamamay!
  • Maria Firdz - Lifestyle Blogger
    Cara Jimat Belanja Dengan Senarai Bahan Makanan Yang Betul
  • Blog Sihatimerahjambu
    Kitab Sekolah Agama Johor
  • Sii Nurul | Menulis Untuk Berkongsi
    Giveaway Sii Nurul (24 Januari - 20 Februari 2021)
  • Ciktie Dot Com
    Idea / Aktiviti Untuk Anak-anak semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
  • Blog Adianiez
    PdPR 2021 telah bermula | Kita boleh la, jangan risau!
  • iamfuzy.com™
    Get Through MCO 2.0 With Amazing Deals At bookxcessonline.com Until 31 January 2021
  • MrsPipDotCom
    Cara Memohon Bantuan Kanak-Kanak JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat)
  • ABAM KIE : The Man of The House
    Rakyat Yang Tidak Pernah Puas Hati Tentang SOP PKP
  • Mrs Liez - Malaysian Lifestyle Blogger
    Tonton Online Drama Melastik Ke Hatimu Episod 01 hingga Episod 13 (Full Episod)
  • Blog Wani Sukarno
    Drama Rahimah Tanpa Rahim Tonton Episod 1 Hingga 28 ( Akhir ) Slot Akasia TV3
  • SIS HAWA DOT COM
    Rahimah Tanpa Rahim Full Drama Episod 1 Hingga Episod 28 (Akhir)
  • Ajumohit
    Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) Tahun 2020
  • Modern Mum's Thingy
    SINOPSIS MELASTIK KE HATIMU TV3
  • Fieza Sani
    Berbaloi Beli Haier Air Fryer Di CJ WOW Shop
  • SHALIMAR YUSOF
    Kain Batik Murah Tapi Berkualiti Dan Cantik
  • MaisarahSidi.com
    Honey Butter Cornflakes Rangup, Ketagih Mengunyah Dibuatnya
  • Eyqa Hasnan's Blog
    Dengan Modal Bawah RM10, Nixoderm Ointment Mampu Merawat Masalah Jerawat
  • Fiza Aizzawa
    Tepung Goreng Ayam Nazri betul-betul buat ayam goreng jadi crispy
  • OMBAKBERGIGI
    Cabaran 15 Hari Menulis Blog | Day 1 - Gambar Terbaru Dan Fakta Tentang Anda.
  • Ardini Humaira
    DR.BEAU PURE NATURAL SKIN OIL SERUM, MINYAK SERBAGUNA YANG PATUT DIMILIKI
  • Lovely Sunshine
    Preparation for Weight Loss Journey Part Two
  • Sharing My Ceritera
    SKIN PS5 Jersey Bola
  • Yatie Owner
    MENARIK DI KUALA PENYU, SABAH: BLUE EYES BEACH RESORT, KUALA PENYU, SABAH THE AMAZING SEA AND SUNSET VIEW
  • Yaya Azura
    Resepi Ikan Selayang Masak Asam Mudah Dan Sedap
  • Zazasters Da' Mama Monsta'
    SNUS - A SMOKELESS TOBACCO PRODUCT | IS SNUS BETTER THAN CIGARETTE?
  • Kitepunye Dot Com
    Filem Komedi 10 Tips Tipu Bini Perkongsian Dari Awie!
  • Mimi Azirah
    Fernleaf CalciYum Minuman Susu Kultur dan Yogurt Untuk Penghadaman dan Tumbesaran Anak Yang Kuat dan Sihat
  • VITAMIN WAWA
    Anda Fikir Anda Tak Perlukan Supplemen?
  • Marshalizadotcom
    Fernleaf CalciYum Yogurt & Minuman Susu Kultur Untuk Anak-anak Aktif
  • CXopportunities
    Pengalaman Dilanda Banjir Penghujung Tahun 2020 di Melaka
  • Cahaya Hayati
    Lirik Lagu Bangkit Kembali Khai Bahar
  • Diary Mama
    Grilled Butter Chicken Menu Paling Popular Kini Kembali Lagi Di The Chicken Rice Shop
  • Opzzpinky
    Pallas Kasut Sekolah Hitam Dengan Reka Bentuk yang Selesa
  • mOnOLoG tAnpA sUaRa
    Masa Depan Perniagaan E-Dagang di Malaysia
  • SuperMOM With SuperKIDS
    Sweeten Up Your Holiday Season at LEGOLAND® Malaysia Resort’s Candyland!
  • ANNUR SYUHADAH
    Ubat Yang Ibu Makan Boleh Terlepas Ke Dalam Susu Badan! Awas Tau?!
  • apekinah.com
    Senarai Home Bakers Terbaik Yang Setanding Dengan Kedai Kek
  • perrenial
    Love Pizza? Get To Know The Different Crust Styles Of Pizza
  • Shamiera Osment
    5 Things You Must Have at Arabian Village Malaysia.
  • RINA ZUL
    Solat Taubat Bila Perlu Buat (Waktunya)? Ini Jawapannya
  • Usop Ahmad
    4 SEBAB GHOSTWRITER MENDAPAT PERMINTAAN YANG TINGGI PADA MASA KINI
  • Atul Hamid
    Resipi ayam bakar mudah dan sedap
  • Fadzi Razak — Malaysian Family Lifestyle Blog
    Pullman Hotel Adelaide - Kuarantin Mandatori 14 Hari
  • Atul Hamid ~ Lifestyle
    Petua agar minyak tidak meletop ketika menggoreng
  • Stazah Mama LifeStyle
    11 Kelebihan dan Keistimewaan Kurma Ajwa Asli VIP Gred Premium dari Rihura Herbs Enterprise Yang Patut Anda Tahu
  • khalisahazrina.com
    Dengan 50 Kata-kata Positif Ini Membuat Anak Menjadi Semakin Hebat Dan Berkeyakinan

Followers

Created with by ThemeXpose