Tonton 11 Selebriti Lakukan ShopeeMAKNA 11.11 Cabaran Amal Hidup Siaran Langsung!

Tonton 11 Selebriti Lakukan ShopeeMAKNA 11.11 Cabaran Amal Hidup Siaran Langsung ! Assalamualaikum dan Selamat Pagi, Hai reader semua, Bonde nak  info ni ada yang menarik sempena pada 11.11 nanti bukan setakat shopping dekat shopee dengan barang-barang murah tak ingat, Shopee juga ada buat Siaran Langsung ShopeeMAKNA teruskan membaca Bonde kongsikan dengan anda semua berkaitan siaran Langsung berikut.

Tonton 11 Selebriti Lakukan ShopeeMAKNA 11.11 Cabaran Amal Siaran Langsung!



Sanggup masukkan tangan dalam kotak penuh serangga…Bayangkan anda perlu mengambil sesuatu dari sebuah kotak tanpa mengetahui isinya,membuat teh tarik sambil mencangkung atau menghirup sup tomato yang ditambah dengan sostabasco. Sanggupkah anda lakukan semua itu demi wang? Apatah lagi, untuk membantumereka yang kurang bernasib baik?


Selebriti-selebriti seperti Elyana, Farahanim Razak, Rita Dato' Sosilawati, Lia Natalia, As’ad Motawh, Yasmin Hani, Liyana Jasmay, Diana Danielle, Sarah Hildebrand, Fahrin Ahmad, ChePuan Sarimah Ibrahim dan Sophia Liana serta bintang-bintang gimnastik negara Koi Sie Yan, Jeremiah Loo dan Amy Kwan sanggup menyahut cabaran-cabaran ini untuk meraih dana bagi Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dalam #ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge.



#ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge ialah kempen kebajikan pertama Shopee yangberusaha sedaya upaya untuk meraih dana yang akan disalurkan kepada pesakit kanser kurang mampu yang memerlukan rawatan. Dana turut akan digunakan untuk penyelidikan serta perkhidmatan sokongan oleh MAKNA.


Saksikan selebriti-selebriti ini menjerit dan menggelabah dalam pertunjukan amal yang akan disiarkan secara langsung di Shopee Live pada jam 9 malam, 11 November yang boleh ditonton melalui telefon pintar anda. Sokong bintang-bintang pujaan anda serta berikan kata-kata galakan untuk menguatkan semangat mereka melalui ruangan komen. 

Selain itu, pertunjukan ini boleh ditonton melalui Astro Prima SD (Saluran 105) dan Prima HD (Saluran121).


Anda juga boleh memainkan peranan anda untuk menyokong perjuangan menentang kanser dengan menghulurkan sumbangan. Mudah sekali untuk anda menderma dari serendah RM5 hanya dengan beberapa klik di sini – https://shopee.com.my/shopeemaknaKempen 11.11 Big Sale Terbesar Shopee memberikan penjimatan sehingga 90%... Jadi, bolehlah dermakan wang yang anda jimat kepada MAKNA.

#ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge akan diadakan sempena 11.11 Big Sale Shopee, bermula sekarang hingga 11 November. Kempen beli-belah ini kembali dengan promosi tanpa tandingan dan menawarkan lebih banyak cara untuk membeli-belah dalam talian tanpa mengeringkan poket anda:

a) Penghantaran percuma ke seluruh negara dengan perbelanjaan minimum RM11

b) Pulangan tunai harian sehingga 111%

c) Beli sebuah Toyota Vios dengan hanya RM1

d) Tuntut baucar menarik sekarang untuk digunakan pada 11 November dari 12 pagi hingga 2 pagi, 12 tengah hari hingga 2 petang, dan 8 malam hingga 12 pagi.

e) Jualan Kilat Harian Shocking Sale sebanyak 9 kali pada 11 November dengan tawaran serendah RM1.

f) Menangi ganjaran, baucar dan Shopee Coins dengan permainan dalam aplikasi seperti Shopee Catch, Shopee Strike, Shopee Quiz, Shopee Lucky Egg, Voucher Together-Gether, dan gunakan kemenangan itu untuk mengurangkan kos pembelian seterusnya. Sambil kita bergembira merebut pelbagai tawaran dan diskaun sepanjang 11.11 Big Sale ini, janganlah kita lupa untuk membantu mereka yang memerlukannya.



~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

0 PEMBERI ULASAN

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.