Kisah Madu Jungle House

Kisah Madu Jungle House Assalamualaikum dan Selamat Tengahari, Hai semua reader, Hari ni Bonde nak kongsikan Kisah Madu Jungle House yang Bonde beli dekat Jungle House kiosk dekat I-City Central, Shah Alam.  Mulanya singgah nampak bee besar yang comel dekat belakang tu eh menarik pulak! masuk dalam tengok-tengok produk dan kami disapa oleh staff dekat situ dan bertanyakan kepada kami berminat ke nak beli madu dan bermula disitu kami diperkenalkan dengan beberapa jenis madu dan setiap jenis ada kelebihannya.

Kisah Madu Jungle House



Kisah kami bermula 12 tahun yang lalu. Dari menjual madu melalui acara dan pameran bergerak sehingga memiliki kedai gaya hidup jenama milik kami sendiri, diperlukan satu dekad bagi kami untuk melayani pelanggan kami dengan madu segar yang diperbuat daripada hutan semula jadi. Mempunyai pengetahuan mendalam tentang madu, kita tahu betapa berharganya madu dan bagaimana ia dapat menjadikan kesihatan kita lebih baik. Kami berharap dapat berkongsi khazanah yang kami miliki dengan semua orang dan kami berharap bahawa madu berkhidmat sentiasa segar dan sihat. Kami berdedikasi untuk menemui lebih banyak madu di seluruh dunia dan menjadikannya madu habis-habisan untuk anda semua.

Visi Jungle House:

Buat jalan untuk memakan Honey House House sebagai gaya hidup dan budaya di seluruh dunia

Misi Jungle House:

1. Berikan madu yang lazat ke dunia, satu cawan pada satu masa

2. Meningkatkan, memupuk dan memberi inspirasi kepada orang melalui usaha ini

“Jungle House, where honey meets delicious”

Naik kembung jugalah perut Bonde dok merasa semua jenis madu yang siap dibancuh dekat kiosk tu, memang staff tu bagi untuk rasa kepada pelanggan yang datang dekat kiosk tu. Dari yang rasa sedap hingga yang tak sedap, tapi anda jangan salah faham yang tak sedap tu sebenarnya tinggi kebaikkannya tau! ubat/penawar tak semestinya sedap betul tak?




Ada banyak jenis Madu yang Bonde nampak ada untuk Detox. Skin Complexion dan Energy Boost.



Dari apa yang diterangkan oleh staff kiok Bonde nak cuba yang R4 Jungle's Eye ianyanya perisa Longan Flower Nectar siap dua kali Bonde rasa untuk kepastian.  

Untuk info anda yang nak tahu kebaikkan Jungle's Eye ini adalah untuk Ease Cough, Flu, Sore Throat, Sinus & Asthma.


Kalau anda nak cuba nanti boleh lah beli,  Bonde ada nampak kiosk Jungle House ini baru dibuka dekat D'pulze Cyberjaya. Kiosk terletak berhadapan dengan 'Boat Noodle'


Rasa madu ni sangat sedap, cara pengambilannya ialah Bonde bancuh dengan air suam, celopkan kayu yang diberi ke dalam madu sebanyak dua kali dan kacau dalam air. Bonde minum sehari dua kali malam dan awal pagi sebelum sarapan.


Masa beli Madu ni hari tu, ada tawaran harga dengan pembelian dua botol akan dapat satu percuma jadi kami pun setuju untuk beli tiga botol sekali harung. Memandangkan lebih jimat jika kami berkongsi kalau tidak sebotol RM 120.00 harga pembelian kongsi dan jimat RM 80.00 sahaja.  Terus dapat jadi member masa tu adik-adik ni suruh Bonde yang jadi member.  Lepas habis botol yang ini Bonde nak cuba perasa yang lain pula he he he 



Untuk makluman dan info lanjut anda boleh layari: www.junglehouse.com.my


~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

3 PEMBERI ULASAN

  1. Suka makan madu..menarik juga tempat ni.

    BalasPadam
  2. Haritu baru jalan-jalan icity.. Tak nampk pulak kiosk madu ni.. Menarik tu..

    BalasPadam
  3. Wah baguslah nak kenalkan madu sebagai salah satubgaya hidup kan. Madu ni kan banyak khasiat

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.