Trip Singapore RM 135 Sahaja Bersama Raini Travel (Part 2)

Trip Singapore RM 135 Sahaja Bersama Raini Travel (Part 2) Assalamualaikum dan Selamat petang.. Hai reader semua, Maaf sangat-sangat Bonde terlupa nak publish rupanya entry ni di dalam draf sambungan dari entry Trip Singapore Part 1 disini persoalannya kenapa tinggal Bonde dengan Mira berdua... 


Kisah benar : Ha ha ha puncanya kami dah terlepas train dengan ahli rombongan kami, sebab leka ambik gambar terus terputus hubungan dengan ahli rombongan yang lain.  Nasib Mira ada talian hayat so Bonde bersama dengan Mira follow direction yang Aini bagi.  Naik train turun ke Merlion Plaza.

Merlion Sentosa

Turun train dan nampak tersergam Merlion, Kalau ke USS Singapore tidak sah, kalau tidak singgah dekat Merlion Sentosa ni, Merlion Sentosa adalah mercu tanda Singapore. Rupa tugu yang mempunyai kepala seperti singa dan badannya seperti ikan duyung ini memang menjadi tumpuan utama pelancong yang datang wajib bergambar kenangan. Jangan tanya kenapa Merlion yang ni tak keluar air dekat mulutnya. Merlion yang tu dekat Merlion Park nanti baru ada air keluar dekat mulut.



Angan-angan : Dulu-dulu pernah berangan, Kalau ke Singapore Aku nak bergambar dekat Singa, Alhamdulillah niat nak bergambar sudah tercapai, Bonde pon tak nak lepaskan peluang untuk berselfie dengan Merlion tu.. tengoklah aksi-aksi Bonde dibawah. ha ha ha
Untuk masuk dekat sini tiada bayaran dikenakan ia adalah "Percuma"






Kid Zania Singapore

Lepas ronda-ronda dekat Merlion Sentosa, naik train dan menuju ke pintu keluar, jalan kaki dalam sepuluh minit Bonde ternampak Kid Zania Singapore.  Baguslah Pulau sentosa ni ada banyak pilihan permainan untuk semua golongan  dan peringkat umur dari kanak-kanak hingga orang dewasa.

Nak masuk Kid Zania Singapore ada dikenakan bayaran, anda boleh semak dekat kaunter tiket sebelum masuk ke globe besar tadi.

Restoran Zam-Zam

Memandangkan dah masuk waktu makan tengah hari, perut pun minta diisi... Sebelum ke Singapore Bonde dah google makanan femes dekat sini, Apa yang keluar dekat "result google search" tu ialah Restoran Zam-Zam, makanan yang popular dekat sini ialah.. Murtabak Singapore, Eh dekat Sepang pun ada orang jual Murtabak Singapore tapi itu versi lain, dah terlanjur datang sini Bonde kena rasa sendiri barulah original Murtabak Singapore namanya dan tak lepaskan peluang mencuba Nasi Briyani Restoran Zam Zam. 

Restoran Zam-zam berdekatan dengan Masjid Sultan jadi mudah sahaja lepas makan boleh terus solat.



Trip Singapore RM 135 Sahaja Bersama Raini Travel (Part 2)



5 Jenis Murtabak Singapore

Murtabak Daging, 
Murtabak Kambing, 
Murtabak Ayam, 
Murtabak Sardin 
Murtabak Rusa


Murtabak Sardin 

Murtabak Kambing

Nasi Briyani Ayam

Nasi Briyani Kambing

Nasi Briyani Ikan

Harga Makanan :

Harga makan dekat Restoran ni dalam Dollar Singapore yea, Jadi kalau nak makan dekat sini sediakan atau tukar duit Malaysia siap-siap.  Dekat bawah ni ada resit kami makan hari tu untuk rujukan anda ... 




Masjid Sultan

Mengikut sejarah Singapore, Masjid ini adalah salah satu masjid tertua di Singapore dan menjadi tumpuan pelancong kerana senibina masjidnya yang sangat unik dan menarik. Teruja betul nak tengok Masjid dekat Singapore ni.. Pemandangannya memang sangat cantik sekali dari luar dah macam lukisan. Subhanallah...

Trip Singapore RM 135 Sahaja Bersama Raini Travel (Part 2)




Pemandangan dalam Masjid.







Malay Heritage Centre

Pusat Warisan Melayu (MHC) menyediakan pendedahan budaya dan peluang belajar yang luar biasa untuk pelawat dari semua peringkat umur dan kepentingan. Terletak di tengah-tengah Istana Kampong Glam, Gedung Kuning dan kawasan sekitar Kampong Glam, Pusat ini bertindak sebagai institusi warisan penting bagi masyarakat Melayu di Singapura. Pusat Warisan Melayu kini berada di bawah pengurusan Lembaga Warisan Negara dengan kerjasama Yayasan Warisan Melayu.

Dekat sini pon sesuai nak bergambar, latar belakang sangat cantik...


Trip Singapore RM 135 Sahaja Bersama Raini Travel (Part 2)

Kampung Glam

Kampung Glam atau nama aslinya adalah Kampung Gelam ini menjadi pemukiman awal masyarakat Bugis dan Jawa dari Indonesia. 



Terdapat banyak lorong dekat sekitar  Kampung Glam yang menjual pelbagai jenis kain, aksesori wanita, ole-ole Singapore pun banyak dekat sini, Ianya dijual pada harga yang murah. 

Betullah apa yang Bonde baca sebelum nih, tentang Singapore bandar bersih, cantik... dan indah Bonde suka tengok kedai-kedai dekat sini masih kekalkan senibina yang unik dan sangat menarik.




Bugis Street


Bugis Street ini adalah tempat untuk membeli belah Cenderahati atau ole-ole Singapore, ada pelbagai jenis cenderahati dijual dekat sini seperti t-shirt, key chain, magnet peti ais, beg, topi, mug dan cendehati lain-lain.

Bonde dimaklumkan dekat sini harga lebih murah dan ada banyak pilihan.  Bolehlah anda membeli belah cenderahati untuk kawan dan saudara-mara dekat sini untuk dibawa balik.


Trip Singapore RM 135 Sahaja Bersama Raini Travel (Part 2)


Bonde tertarik hati dengan tote beg yang ada dekat kedai ni, jadi Bonde buat keputusan untuk beli... Satu untuk Fatin dan Satu Untuk Bonde.  Jadilah kan... Murah jugalah beli 2 dengan harga $15

Merlion Park

Haaa Dekat sini memang dulu berangan-angan nak datang juga.  Sebab nak tengok singa besar tu... he he he akhirnya sampai juga hajat ke sini... Alhamdulillah.  Dekat sini memang penuh dengan pengunjung dan pelancong luar, jadi kalau anda nak bergambar tu memang ada sahajalah photo bom nye geram jer tau! 

Trip Singapore RM 135 Sahaja Bersama Raini Travel (Part 2)
Post wajib... Konon-kononnya minum air dari mulut singa tu wajib ambiklah nak buat kenangan.  Tapi redha jerlah tak ada makna gambar clear tanpa gangguan.


Selfie jerlah... kami tetap happy datang sini...


Gardens by the Bay

Gardens by the Bay ini adalah sebuah taman yang mempunyai pokok yang unik dan tinggi. Dekat sini ada pertunjukan yang diberi nama Garden Rhapsody Light Show yang akan diadakan setiap hari pada 7.45 malam. Show yang sangat unik dan cantik dengan pergerakan lampunya mengikut rentak muzik yang dipasang. Garden Rhapsody Light Show ini akan ditayangkan selama 15 minit, Tapi kali ni Bonde tak sempat tengok sebab dah buat keputusan nak tengok Marina Bay Sand Light & Water Show.

Untuk masuk dekat sini tiada bayaran dikenakan ia adalah "Percuma" dibahagian luar, melainkan ingin naik ke atas pokok melalui kanopi anda kena membeli tiket terlebih dahulu.

Trip Singapore RM 135 Sahaja Bersama Raini Travel (Part 2)



Marina Bay Sand Light & Water Show

Ini adalah tempat terakhir yang akan dilawati sekiranya anda menyertai pakej dari RAINI Travel. Kalau nak tengok Marina Bay Sand Light & Water Show ni, anda kena datang awal sebelum jam 8.00 malam . Pertunjukkan selama lebih kurang 15 minit,  Ada dua sesi waktu pertunjukkan ini iaitu sesi pertama pada 8.00 malam hingga 8.15 malam dan sesi kedua pada 9.00 malam hingga 9.15 malam. 

Tips : anda kena coplah tempat anda sebabnya ramai pengunjung dan pelancong lain datang untuk menyaksikan pertunjukan ini kalau lambat tak sempatlah nak ambik gambar dan video.   

Memang teruja nak tengok tau anda jangan ketinggalan... untuk pertunjukkan ini kalau datang Singapore.

Untuk masuk dekat sini tiada bayaran dikenakan ia adalah "Percuma"

Trip Singapore RM 135 Sahaja Bersama Raini Travel (Part 2)



Baiklah, Inilah kisah travel murah,  Trip Singapore RM 135 Sahaja Bersama Raini Travel kalau anda bercadang nak ke Singapore bersama anak-anak sempena cuti sekolah tak lama lagi,  Bolehlah contact hotline dibawah :

RAINI Travel & Tours Sdn Bhd
Hotline: 016-7774594


~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

6 PEMBERI ULASAN

  1. Best betul trip murah macam ni kan bonde..x tau la Raini travel masih buat lagi x...kalau ada SA nak bawak dania pi sini

    BalasPadam
  2. Murahnya la.. Nanti ada rezeki boleh la jalan2 ke Singapore pula..

    BalasPadam
  3. Bestnya Bonda.. harap ada rezeki Kak Sue sekeluarga dapat pi jalan Singapore juga nanti..

    BalasPadam
  4. Syoknya jalan2 singapore.. Dah lama kita xmai singapore.. Dulu rajin lah.. Huhu

    BalasPadam
  5. Wah biar betul, berbaloi nyer! Tarmasuk semua, and dapat pergi Gardens by the Bay juga

    BalasPadam
  6. Murah sgt ni bonde, mmg dlm wishlist nak bwk ank2 g kota singa ni..hrp2 boleh dpt harga murah mcm bonda dpt ni

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.