Smartphone Realme Kini Dengan Teknologi Quad Kamera

by - October 05, 2019

Smartphone Realme Kini Dengan Teknologi Quad Kamera Assamalamualaikum dan Selamat Malam, Bonde sempat menghadiri Majlis Pelancaran rasmi siri ke-5 realme di Malaysia Khamis lepas di EX8 Event Venue & Space. Memang menarik sekali smartphone realme ni, secara jujurnya Bonde telahpun tergoda dengan keunikkan kameranya.

Smartphone Realme Kini Dengan Teknologi Quad Kamera

realme Malaysia hari ini secara rasminya melancarkan telefon pintar quad kameranya yang pertama - realme 5 dan realme 5 Pro, dilengkapi dengan Qualcomm® Snapdragon ™ 665 dan 712. Kedua-duanya menjanjikan prestasi cemerlang kepada pengguna bagi segmen telefon harga pertengahan. Kelebihan pada kedua-dua model adalah penggunaan quad kamera dengan lensa sudut ultra-lebar, kamera utama, lensa potret dan ultra makro.


“Ribuan terima kasih buat semua peminat realme di Malaysia kerana kami tidak dapat berada di tahap ini tanpa sokongan dan semangat yang berterusan. Hari ini, realme meneruskan semangat ‘Dare to Leap’ dengan membawa revolusi pasaran baharu iaitu dua telefon pintar yang akan menjadi penanda aras dalam segmen harga pertengahan di Malaysia. Realme juga bangga kerana semakin ramai rakyat Malaysia mempunyai akses kepada teknologi yang dibawa realme. Hal ini turut menyakinkan realme untuk membawa masuk model realme 5 dan 5 Pro ke Malaysia," kata Tiffany Teh, Pengurus Jenama realme Malaysia.


realme 5 - Quad Camera PowerHero




Model realme 5 dilengkapi dengan Snapdragon 665 AIE iaitu enjin Qualcomm AI generasi ketiga berdasarkan cip pemprosesan 11nm octa-core yang beroperasi pada kelajuan jam 2.0GHz seiring dengan prestasi permainan yang dipertingkatkan. realme 5 boleh didapati dalam dua warna baru - Crystal Blue dan Crystal Purple. realme 5 mempunyai paparan 6.5 inci Full HD+, yang memberi ruang pandangan lebih luas, pengalaman permainan yang lebih hebat dengan gandingan audio dan video berkualiti tinggi.






Bagi realme 5, reka bentuknya telah dipertingkatkan dengan diamond-cut dan sentuhan hologram memberikan ilusi tekstur 3 dimensi. Selain itu, realme 5 juga memberi pengalaman imej baharu dengan quad kamera AI - 119° sudut ultra-lebar (8MP), kamera utama (12MP), lensa potret (2MP) dan lensa ultra makro (2MP), serta AI kamera hadapan (13MP). Dengan bateri 5000 mAh besar untuk menikmati pengalaman hiburan yang lebih panjang, realme 5 menjalankan sistem operasi ColorOS 6.0 berdasarkan Android 9.0 Pie. realme 5 (3GB + 64GB) boleh didapati pada harga RM599 manakala realme 5 (4GB + 128GB) pada harga RM799. 

realme 5 Pro - Quad Camera SpeedMaster 



realme 5 Pro dikuasakan oleh Snapdragon 712 AIE, dengan CPU berkelajuan 2.3GHz yang juga dikenali sebagai enjin AI generasi ke-3 yang membantu mempercepat pengkomputeran AI bersama GPU Qualcomm Andreno 616. Model ini boleh didapati dalam warna Crystal Green dan Sparkling Blue. Bagi persediaan quad kamera pula, realm 5 Pro dilengkapi 119° lensa sudut ultra-lebar (8MP), 48MP kamera utama Sony IMX 586, lensa potret (2MP) dan lensa ultra makro (2MP). Ditambah pula kamera depan Sony IMX471 AI 16MP sekaligus memberi pengalaman imej yang tidak dapat ditandingi dalam segmen ini.



Smartphone Realme Kini Dengan Teknologi Quad Kamera

Lensa ultra makro (2MP)

Smartphone Realme Kini Dengan Teknologi Quad Kamera
Smartphone Realme Kini Dengan Teknologi Quad Kamera


Menariknya, realme 5 Pro mempunyai paparan skrin 6.3 inci FHD+ dewdrop, didatangkan dengan warna hologram nanometer dengan tekstur visual berlapis pada penutup belakangnya. Ia juga dilengkapi dengan set 20W VOOC Flash Charge 3.0. realme 5 Pro (8GB + 128GB) boleh didapati pada harga RM1,099 sahaja.



Buat pertama kalinya, dua telefon pintar siri realme akan dijual secara eksklusif di platform Lazada. Untuk maklumat lanjut berhubung jualan online, sila layari http://bit.ly/realme5remind Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan realme 5 Pro, boleh membuat pesanan bermula hari ini sehingga 11 Oktober 2019.



Untuk mengetahui lokasi kedai realme berhampiran anda, sila rujuk https://realmemalaysia.ucraft.net/


Setelah Bonde teliti dengan lebih detail lagi, Bonde sangat tertarik dengan Kamera Smartphone Realme Dengan Teknologi Quad Kamera nih, sebabnya kualiti gambar yang terhasil sangat cantik setanding smartphone yang berjenama.  Jika ada rezeki Bonde nak beli satu InsyaAllah.



Untuk info lanjut layari media sosial dibawah : 

Facebook : Realme-Malaysia

Instagram : realmemalaysia



~ Bonde Senyum Riang ~

You May Also Like

21 PEMBERI ULASAN

  1. yeahh...mmg teruja dan terasa nak sambar jugak Realme Pro 5 nii

    ReplyDelete
  2. Smart la handphone realme ni...nasib ari tu dah beli hp jenis lain untuk Dania..baru kuar yang ni plak...alahai..tergoda..ada yang selamba beli ni kang

    ReplyDelete
  3. makin terpikat dengan realme ni.. fisrt kenal masa merdeka roadtour kat kota bharu dlu..:)

    ReplyDelete
  4. thanks for sharing! this smart phone looks nice! time to save up for upgrades

    ReplyDelete
  5. power lah handphone terbaru real me 5 ni. spec pun bagus tapi harga sangat mampu milik. berbaloi ni beli. tunggu tanbung penuh boleh la beli phone baru nanti

    ReplyDelete
  6. Tertarik juga tgok smartphone real me 5 pro nie..ada juga yang pujuk husband mnta suh die belikan..hehe..harga pun berpatutan..

    ReplyDelete
  7. Phone baru keluar lagi! Habis la pening kepala nak pilih telefon baru mcm ni. Byk sgt option skrg. Hehehe.

    ReplyDelete
  8. Wow.. quad camera tu! 48mp rear camera. Fuhhhh dasyat ni. Harga pun ok sangat dah dengan spec telefon. Nak cari la nanti telefon ni heeee

    ReplyDelete
  9. best jugak handphone real me ni ye... harga pun takde la mahal sangat..

    ReplyDelete
  10. Dare to leap? Hampir-hampir Rawlins pun nak tergoda dengan spesifikasi dan harganya yang menarik tu. Tapi hati masih setia pada buah epal yang kena makan tu. Huhu. Nie gamers memang seronok la kalau dapat nie.

    ReplyDelete
  11. Bestnye. Ram dia besar. Boleh simpan gambar banyak2

    ReplyDelete
  12. Saya pun ada pada majlis ini. Memang happening pelancarannya malah realme terbaharu ini cantik, ringan dan mampu milik.

    ReplyDelete
  13. Haritu dapat pegang dan ambil gamabr memng puas hati..terus jatuh cinta .. Ras nk beli je..dahla harag pun takde mahal mana

    ReplyDelete
  14. banyak revolusi sekarang ni kan, jenama smartphone pun semakin banyak dan new models actively introduced. sebab ianya satu demand dan keperluan sekarang

    ReplyDelete
  15. Camera quad tu sangat-sangat la menarik... bestnya laaaa... kaki selfie, wefie mesti suka ni... macam saya la... hehehehe... bukan apa, bila kita dapat ambil gambar dan cantik pula gambar yang terhasil, memang akan menjadi satu terapi tu... kannnn...

    ReplyDelete
  16. memang hebatlah realme ni. memang memberi saingan kepada jenama lain. dengan spesifikasi yang hebat, harga yg murah, mmg brand lain kalah ya! haha teringin nak beli realme. in shaa Allah :)

    ReplyDelete
  17. Dok baca info tentang handphone real me ni..mmg best handphone ni

    ReplyDelete
  18. Best giler kan hp ni. Spec dia best dengan gambar kualiti yang terbaik. Harga pun sangat murah dan berbaloi

    ReplyDelete
  19. Bestnya ada banyak ciri-ciri menarik smartphone real me ni. Harga pun mampu milik.

    ReplyDelete
  20. Memang harga dia smartphone canggih yg termurah! Hopefully nanti pemes jangan jadi mahal. Hehehe. Sbb gambar dia dah cantik2 dah tu~

    ReplyDelete

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang

Terima kasih.