Gubahan Sirih Junjung Simple

by - October 06, 2019

Gubahan Sirih Junjung Simple Assalamualaikum Dan Selamat pagi, Hai reader semua, Selamat Berhujung minggu.  Dah lama tak asah bakat mengubah, tibalah masanya buat hantaran sempena Majlis anak buah, ada beberapa dulang hantaran yang Bonde buat bersama dengan dua anak buah lagi.  Dekat bawah nih Bonde kongsikan bahan-bahan yang diperlukan untuk buat :

Gubahan Sirih Junjung Simple

Gubahan Sirih Junjung Simple

Bahan-bahan yang diperlukan Gubahan Sirih Junjung Simple :

  • Daun sirih secukupnya lebih kurang 100 helai 
  • 2 jenis bunga (ikutlah tema warna yang anda suka)
  • Lidi
  • Span basah
  • pelilit warna hijau
  • dawai
  • alas kayu

Cara-Cara Buat Gubahan Sirih Junjung Simple :

Maaf bonde tak sertakan gambar satu persatu yea, sebabnya terlupa masa tu nak ambik gambar.  Bonde just tuliskan disini.  Harap anda semua dapat bayangkan! "next time" bonde sediakan gambar satu persatu yea.
  • Basahkan span terlebih dahulu, kalau beli yang belum ready dibasahkan. kalau dah siap beli yang basah bolehlah letak atas alas kayu secara menegak, ikat dengan dawai siap-siap bagi stabil.
  • ambik dawai cucuk dibahagian tengah dauh sirih, ulang sehingga 50 keping daun sirih bila dah penuh lilitan dawai tu ikat dawai matikan siap bahagian bawah.
  • ambik daun sirih lipat ke dalam dan pinkan ke span basah ( ini adalah untuk tutup sekeliling  span basah, buat sampai span tidak kelihatan, boleh tindih-tindihkan daun tu )
  • ambik daun sirih lilitkan ke lidi guna pelilit hijau tadi (buat dalam 20 batang)
  • setelah siap cucukkan ke span dari bawah ke atas hingga penuh sekeliling
  • cucukkan bunga halus putih
  • cucukkan bunga kekwa pula diselang seli ikut kreatif anda
  • simple jerkan... dah siap 

Tips Gubahan Sirih Junjung Simple

  • Jangan pilih daun sirih yang tua sebab mudah pecah bila dicucuk
  • Basahkan daun, letak dalam mangkuk atau baldi tutup dengan kain basah
  • Ikatkan dawai dan matikan dawai ketat-ketat supaya tidak terbuka

Tahniah Nurul dan Faris 


Automatik Acik jadi Dedulang girl.. hari tu yea!








~ Bonde Senyum Riang ~

You May Also Like

6 PEMBERI ULASAN

  1. Cantikkk. simple and nice org cakap. Selamat pengantin baruuu. Cantik baju bonde and of course bonde pun cantik!

    ReplyDelete
  2. cantiknya gubahan bonde! Kalau saya buat ni entah jadi entah tidak hahaha

    ReplyDelete
  3. kreatifnyaa dan tahniah pengantin baru..

    ReplyDelete
  4. Wahh cantiknya, sirih junjung tu tajuknya simple, cuba saya yang buat terus jadi complicated. huhuhuhuhuu.

    ReplyDelete
  5. Great article with excellent idea!Thank you for such a valuable article. I really appreciate for this great information. Use Twitter search to find Tweets from yourself, friends, local businesses, and everyone from well-known entertainers to global political leaders.

    ReplyDelete
  6. pandainya bonda mengubahnya. cantik sangat

    ReplyDelete

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang

Terima kasih.