Drama Cinta Belum Tamat Tempoh



Assalamualaikum dan Selamat Pagi, Haaa sebelum nie ramai yang tak boleh "Move On" dengan drama adaptasi Sweet Dreams kan! Kisah Qash dan Puteri tu... Bonde dah "Move On" dah ha ha ha drama yang mengantikan Drama Sweet Dreams ialah Drama Cinta Belum Tamat Tempoh bakal menghiasi slot "MegaDrama" di saluran Astro Ria. Drama  Cinta Belum Tamat Tempoh ini dilakonkan oleh Nafiz Muaz, Bella Astillah, Fendy Bakry, Hun Haqeem dan Dayang Areeda. Sebuah drama adaptasi novel karya Rehal Nuharis, arahan  drama oleh Khan Mancung. Setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD.

DRAMA CINTA BELUM TAMAT TEMPOH


Drama ini bersiri sebanyak 16 episod semuanya.

PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis


PENGARAH : Khan Mancung


PRODUKSI : MIG Production Sdn Bhd

PELAKON DRAMA CINTA BELUM TAMAT TEMPOH


Nafiz Muaz, Bella Astillah, Fendy Bakry, Hun Haqeem, Dayang Areeda, Haleeda Mazlin, Sissy Imann, Darwish Mikael, Zailin Aqeesha, Fikry Kiki



SINOPSIS CINTA BELUM TAMAT TEMPOH


Setelah kematian ibu bapanya, Qaisara bekerja keras meneruskan kehidupan bersama adiknya, Qhalish sehingga dia berjaya membuka sebuah kafe. 

Kini adiknya, Qhalish sudah dua tahun bertunang dengan Arisa dan merancang untuk berkahwin namun terpaksa menangguhkan hasratnya itu kerana mahu menjaga hati kakaknya yang belum berkahwin, ditakuti langkah bendul. 

Qhalish mempelawa sahabat baiknya, Radin untuk menjadi abang iparnya. Selepas mendapat pelawaan Qhalish dan juga desakan daripada mamanya untuk berkahwin, Radin mengambil keputusan untuk mengenali Qaisara dengan usahanya sendiri.





Selamat menonton semua...

Untuk mendapatkan novel  CINTA BELUM TAMAT TEMPOH boleh contact penulis novel di FB Rehal Nuharis


~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

1 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.