Apa yang menarik di Floria 2019?



Assaamualaikum Dan Selamat Malam.. Hai reader semua... Bonde nak kongsikan dengan anda semua info menarik tentang floria 2019.  Floria 2019 sedang berlangsung mulai 31 Ogos 2019 hingga 8 September 2019 bertempat di Taman Botani Putrajaya.  (Tahun ini floria bukan di tapak yang lama bersebelahan Masjid Besi tau)


Apa yang menarik di Floria 2019?


Kredit pic fb Perbadanan Putrajaya

Majlis Perasmian RFP 2019 disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Kredit pic fb Perbadanan Putrajaya

LOCATION MAP FLORIA 2019 DI TAMAN BOTANI PUTRAJAYA

Kredit pic fb Perbadanan Putrajaya

Bonde bertugas di Booth Floria 2019 


Sebelum ni Bonde datang Floria hanya sebagai pengunjung tapi tahun ini Bonde kena bertugas pula.  Pengalaman indah jaga booth menerima ramai pengunjung yang benar cintakan flora dan fauna nampak keterujaan mereka disitu.

Tahun ini Majlis Perbandaran Sepang turut menyertai Royal Floria Putrajaya . Disamping memeriahkan lagi program anjuran Perbadanan Putrajaya ini, Majlis Perbandaran Sepang turut dapat mempromosikan lagi Tahun Melawat Sepang 2020 kepada semua pengunjung yang hadir.
Semua dijemput hadir ke tapak pameran Majlis Perbandaran Sepang di Program Floria Diraja, Putrajaya 2019!!




PROMOSI TAHUN MELAWAT SEPANG 2020


Atan nama maskot sempena Tahun Melawat Sepang


Produk Sepang Replika Buah Naga 






 Replika Avani Sepang Gold Coast 


 

BONGSAI DAN ORKED

Tahun ini tema bunga ialah Bongsai dan Orked, Bonde paling suka bunga orked tau.. jadi dekat bawah ni, Bonde sharekan gambar-gambar orked yang sempat Bonde ambil semasa Bonde bertugas hari tu... cantik tak?









Bonde sempat merakamkan gambar pengunjung-pengunjung pada hari Bonde bertugas hari tu...

Kalau anda semua datang bergambar di booth kami jangan lupa kongsi di sosial media anda dengan menggunakan # dibawah yea.. terima kasih :)




Best patner On duty...

 


 VIEW BOOTH MPSEPANG PADA WAKTU MALAM 

Waktu siang bunga berkembang dengan cahaya matahari, Waktu malam bunga bersinar dengan cahaya lampu... pemandangan tetap cantik dan menarik siang atau malam, pilihan di tangan anda nak datang siang atau malam.





INFO HARGA TIKET MASUK KE FLORIA 2019

Kredit pic fb Perbadanan Putrajaya

Pembelian tiket Royal FLORIA Putrajaya 2019 secara online Klik link di bawah :

LOKASI TEMPAT LETAK KERETA FLORIA 2019




Kredit pic fb Perbadanan Putrajaya

Info dari FB Page Perbadanan Putrajaya terdapat  9 kawasan parking yang berhampiran dengan Taman Botani Putrajaya.

1. Kompleks E
2. Dataran Pahlawan
3. Kompleks B
4. Laman Perdana
5. B13 (Dataran Putra)
6. Taman Putra Perdana
7. Istana Melawati
8. Pusat Rekreasi Air
9. Kelab Tasik Putrajaya

Anda juga boleh memilih untuk drop off atau parking di salah satu kawasan dan menaiki shuttle bas yang akan disediakan secara PERCUMA!

Perkhidmatan teksi air iaitu perahu dondang sayang juga disediakan kepada pengunjung yang berkunjung ke Taman Botani Putrajaya melalui Jeti Cruise Tasik Putrajaya, Presint 1 dan Jeti Kelab Tasik Putrajaya, Presint 8. Pilihan di tangan anda.

Jangan lupa beli tiket online bagi mengelakkan kesesakan beratur di kaunter tiket FLORIA.

Makluman lanjut boleh layari : https://www.facebook.com/putrajaya/


~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Untuk peminat-peminat flora rugi lepaskan peluang macam ni kan.. masa ni la nak tengok pelbagai bunga bungaan yang cantrik-cantik

    BalasPadam
  2. Macam menarik ja nie Bonda.. harga tiket pun murah kan. Kalau ada rezeki macam teringin juga nie..

    BalasPadam
  3. Allahu. semua menarik. kalau dok dekat, memang wajib dah pi ni. hehehe

    BalasPadam
  4. Kalau la duduk berdekatan sana, memang terjah dah. sebab suka dengan bunga bungaan tu.
    selesa je mata memandang..

    BalasPadam
  5. Bestnya banyak bunga².. nak datang kena penuhkan bateri phone senang nak bergambar banyak².

    BalasPadam
  6. Bestnyeeee... meriah dgn bungaaa.. wahhh..

    BalasPadam
  7. Thanks Bonde for info, rasanya baik gi siang bolih tengok bunga kembang.

    BalasPadam
  8. baru tgk kat youtube agong merasmikan floria.. bestnya cantik2 bunga..

    BalasPadam
  9. Ena tak penah pergi taman botani lagi bonda. Suka landskap cntik alam semulajdi. Lgi2 bunga orked. Hope dapat jalan sana nanti

    BalasPadam
  10. penuhi aktivit yang bermanfaat dihujung minggu kan. tapi jauh la nak pergi sini dari pahang hehe

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.