TONTON FULL EPISOD DRAMA SETELAH TERLAFAZNYA AKAD



TONTON FULL EPISOD DRAMA SETELAH TERLAFAZNYA AKAD Assalamualaikum Dan Selamat Petang, Hai reader semua... Lama dah Bonde tak update pasal drama, sekarang ni Bonde layan drama Setelah lafaznya akad.  Drama ini diadaptasi dari novelis Anna Milia bolehlah cari novel ni dekat MPH book store dan Popular book store. Baiklah Drama ni ada 28 episod sahaja.  Malam ni adalah episod yang ke 23, ada berbaki 5 episod, tak lama lagi.. tamatlah kisah Hanan dan Nawal dalam drama ini. he he he



SINOPSIS SETELAH TERLAFAZNYA AKAD

Berkahwin dengan Nawal si berhingus hijau tu? Memang taklah. Budak perempuan itu mencacatkan keindahan zaman kanak-kanaknya. Namun, apabila Nawal dengan senang hati menerima pinangan dan umi main peras ugut, Hanan tidak ada pilihan. Bagi Nawal pula, dia terpaksa menerima pinangan keluarga Hanan demi menutup satu rahsia besar. Ikutkan hati, tak sudi dia berlakikan Hanan si lembik yang selalu merajuk. Apa susah? Buatlah macam main pondok-pondok dulu. Mereka kan sudah sepuluh kali kut berkahwin sebelum ini. Apabila, bergaduh, larilah balik rumah masing-masing.

“Awak kena masak setiap hari. Tak pakai dah jadual yang kita buat tu. Semua kerja rumah awak kena buat seorang. Kita kena duduk sebilik. Kena berlakon yang kita pasangan paling bahagia di muka bumi ni.” – Hanan

“Beres!” – Nawal Apa yang berada dalam gambaran minda Hanan dan Nawal sama sekali tidak benar. Kali ini berlainan benar karakter masing-masing. Hanan dengan sikap terlalu melindungi. Nawal pula dengan bajet isteri mithali. Lalu, mereka pun melayari alam rumahtangga dalam versi mereka sendiri. Tetapi, kali ini Nawal tidak lagi berkahwin pondok apabila dia jatuh cinta berkali-kali dengan Hanan. Dia tidak rela berpisah dengan Hanan. Untuk itu, dia perlu menjadi wanita sempurna di mata lelaki itu. Namun, hati Hanan tetap untuk bekas isterinya dan anak mereka.



INFO UNTUK DRAMA SETELAH TERLAFAZNYA AKAD 

Tajuk : Setelah Terlafaznya Akad

Mula Tayangan : 17 Jun 2019

Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 malam

Siaran : Slot MegaDrama (Astro Ria & Ria HD)

Terbitan : Juita Viden Production Sdn Bhd

Jumlah Episod: 28

Pelakon: Kamal Adli, Uqasha Senrose, Zeera Azizi, Nadya Syahera, Erwin Dawson, Zulhemy, Sharifah Shahora, Alif Muhaimin, Norlia Ghani, Hamidah Wahab, Rashdan Baba, Ikhram Juhari

TONTON FULL EPISOD DRAMA SETELAH TERLAFAZNYA AKAD


Kalau anda terlepas untuk menonton drama ini dan nak tengok secara online Bolehlah ke klik link dibawah yea .

EPISOD 1- EPISOD 28



~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Best cerita ni bonde. nasib dekat Astro leh tgk mne yg tertinggal.

    BalasPadam
  2. terlayan juga malam2 cerita ni. hehe sambil2 je

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.