Bonde Zaidalifah: DASHING BAHARU 2 IN 1 DASHING DEO +PERFUME BODY SPRAY

DASHING BAHARU 2 IN 1 DASHING DEO +PERFUME BODY SPRAY

11:06 pm

DASHING BAHARU 2 IN 1 DASHING DEO +PERFUME BODY SPRAY Assalamualaikum dan selamat malam, Hai reader semua, Dashing kini mengorak langkah maju setapak lagi... Bonde nak perkenalkan dekat anda semua tentang produk terbaharu dari Dashing iaitu Semburan Deodoran dan Wangian badan.  

DASHING BAHARU 2 IN 1 DASHING DEO +PERFUME BODY SPRAY


Memulakan hari dengan wangian yang hebat dan sentiasa segar sepanjang hari adalah penting bagi setiap lelaki agar dapat mengharungi cabaran dan aktiviti harian dengan penuh yakin. Oleh itu, menggunakan minyak wangi badan supaya berbau harum dan deodoran agar kekal segar dan menghindar bau badan sudah menjadi satu kemestian buat si jejaka.

Menggunakan dua produk bagi memastikan mereka tampil berbau hebat dan segar sebenarnya amat mencabar!

Mengapa? Adalah mustahil untuk mencari minyak wangi yang harumannya sepadan atau boleh digabung dengan haruman dari semburan deodoran yang bertujuan untuk mengatasi masalah bau badan sahaja.

Minyak wangi sememangnya lebih mahal, sebab itu sesetengah lelaki hanya menggunakan satu produk sahaja iaitu semburan deodoran untuk mencegah bau badan. Mereka tidak menggunakan minyak wangi untuk haruman hebat sebab kos minyak wangi yang lebih tinggi.

Pastinya lebih bagus kalau mempunyai semuanya dalam satu! Ringkas, mudah, dan cepat, itulah mantra seorang lelaki.

Sebagai peneraju dalam pasaran kelengkapan penjagaan diri lelaki. DASHING memahami sepenuhnya keperluan lelaki dan untuk memberikan penyelesaian muktamad, DASHING melancarkan Semburan Badan DEO + PERFUME! Pertama dari DASHING, satu produk untuk tampil berbau hebat dan segar sepanjang hari.

Produk DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY yang baru dilancarkan ini menggabungkan kedua-dua manfaat deodoran dan minyak wangi dalam SATU botol!

Dirumus dengan wangian DASHING Eau De Toilette, ia memberikan haruman maskulin tahan lama untuk memastikan si lelaki berbau hebat sepanjang hari.

Dengan agen anti-bau dan anti-bakteria, DEO + PERFUME baharu ini berkesan memberikan perlindungan 24 jam terhadap bau badan.

Semburan deodoran biasa hanya boleh bertahan dalam 2 ke 3 minggu, manakala DASHING DEO + PERFUME baharu ini berada dalam liga tersendiri. Formulanya adalah 100% deodoran. Ia amat menjimatkan dan dapat bertahan lama kerana satu botol boleh meyembur sehingga 880 semburan, oleh itu tahan sehingga 146 hari!

Ini bermakna satu botol mampu bertahan sehingga 5 BULAN!

Kaum lelaki kini boleh menikmati semua manfaat DASHING DEO +PERFUME BODY SPRAY yang datang dalam pek bersaiz 120ml. Dengan reka bentuk ringkas dan menawan, pastinya mudah untuk di bawa kemana sahaja anda pergi

DASHING DEO + PERFUME BODY SRAY kini hadir dalam  4 variasi:

1. HATTRICK

2. ULTIMATE KICK 

3. SPEED

4. ULTIMATE KICK


· HATTRICK - Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber.


· ULTIMATE KICK - Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky.


· SPEED - Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.


· HITMAN - Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.

Kanda suka dan sangat teruja nak cuba DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY baharu, katanya ia akan sesuaikan pemakaian DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY ni mengikut masa dan keadaan maksudnya kena pakai dan bezakan masa kerja, masa jalan dan masa bersukan atau buat aktiviti luar barulah wangian tu sepadan dengan bau badan dan akan selesa dengan bau DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY .


Siap dapat botol air tak sabar nak guna! bawa pergi office katanya he he he


BERAPA HARGA SEBOTOL DASHING DEO +PERFUME BODY SPRAY

DASHING DEO + BODY SPRAY hadir dalam botol semburan pam bersaiz 120ml pada RMM12.20. 

DEKAT MANA BOLEH BELI ?

Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama, pasaraya hyper serta platform belian atas talian. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan DASHING sila layari laman:

 Facebook DASHING di, https://www.facebook.com/Dashing.MY/ dan 


~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

14 TEGURAN MEMBINA

  1. Kite suka klu suami kite pakai wangian dashing ni bonde. Wangi!.

    ReplyDelete
  2. Lawa design dashing ni kak.. Buat set2 hantaran ke atau hadiah kt kawan2 laki pun sesuai ni

    ReplyDelete
  3. Saya suka pakai yang Ultimate Kick.. hihi berebut dengan hubby nak pakai produk nie.. sbb masa saya bujang dulu suka pakai dashing.. hihihi

    ReplyDelete
  4. Dashing looks like a good and cheap brand

    ReplyDelete
  5. bestnya dah ada set 2 in 1. senang lah lepas ni

    ReplyDelete
  6. Dashing ni antara favourite brand. Wangi pun wangi kan. Bau dia tu kalo org yang pakai lalu tepi kita, kita dpt cam da tu bau dahsing.

    ReplyDelete
  7. ada 1 bau tu yng kita suka sangat. Macam lembut sikit la bau dia dari yang lain. Berbunga bunga hati en.suami dapat 4botol terus. Hihihi

    ReplyDelete
  8. Dr dulu lg mmg suka bauan dashing

    ReplyDelete
  9. Semua wangi... Suami saya suka semua sampai di ambik keempat-empat jenis dashing ni.

    ReplyDelete
  10. Bagus Dashing nie kan dua dalam satu..

    ReplyDelete
  11. Bagus tu now they have 2in1 lagi senang untuk kaum lelaki.

    ReplyDelete
  12. Kalau orang perempuan suka bau dia, orang lelaki kenalah pakai jenama ni.

    ReplyDelete
  13. Bau dashing memang dah wangi tambah pulak ada perfume lagi la best. Jimat pulak tu harga dia

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

JUMLAH PAPARAN HALAMAN