NEEM BALM SANGAT SESUAI DIBAWA TRAVEL KEMANA SAHAJA!



NEEM BALM SANGAT SESUAI DIBAWA TRAVEL KEMANA SAHAJA! Assalamualaikum Dan Selamat Pagi.. Hai reader semua.. Bonde Ingin Kongsikan berkaitan Neem Balm?? Tak pernah tahu apa itu Neem Balm? Bagus teruskan pembacaan anda Bonde ada jawapannya.. Kadang-kadang macam tak percaya nak travel ni semua kena standby untuk dibawa.  Tak apalah bukan susah pon nak bawa Neem Balm ni letak jer dalam handbag, kerana ianya bukan jenis cecair jadi Neem Balm ni tak akan sangkut atau kena buang dalam tong sampah masa nak scan di airport nanti. Bonde memang suka standby barang keperluan sendiri dari kena beli dekat tempat yang kita nak pergi tu.  Banyak tak bagusnya 1) kena merayau cari sebab kita tak tahu apa yang nak dibeli tu ada ke tak dekat mini market yang kita pergi, jadi kerja kena keluar masuk pintu ke pintu mini market (buang masa) 2) Harga tentunya mahal (ikut mata wang negara yang kita pergi).  Dua benda ni kalau dibuat dekat Korea memang akan pening kepala nanti.  Oleh itu Bonde buat keputusan lebih baik bawa sendiri. NEEM BALM SANGAT SESUAI DIBAWA TRAVEL KEMANA SAHAJA!

NEEM BALM SANGAT SESUAI DIBAWA TRAVEL KEMANA SAHAJA!



Baru-baru ni, Bonde telah bawa Neem Balm terbang ke Korea, Info melalui geng travel Bonde, iaitu KekNil bahawa cuaca di Korea masih sejuk suhu siang pada 4 darjah.  Sebelum ni Bonde pernah pergi Korea pada musim sejuk "winter time".  Disebabkan masa tu terlupa nak sapu sebarang lotion dekat badan, kaki dan tangan.. pada malam harinya Bonde kegatalan seluruh badan. Faktor cuaca sejuk beku dan pakaian yang tebal. Naseb malam tu sempat sapu vaseline bila kulit lembab gatal pun kurang. Alhamdulillah. 

Travel kali ini, Bonde try bawa Neem Balm dan masa dalam 'flight" perjalanan lebih kurang 7 jam tu Bonde sudah siap-siap sapu dekat seluruh tangan dan juga kaki. (persiapan awal).

INFO YANG DI KONGSIKAN DI INSTAGRAM DAN FACEBOOK:

Travel Ke Korea yang lalu memang banyak jalan tau! Kiraannya... Lebih kurang seperti berikut.. Jalan dalam cuaca sejuk memang tak rasa! Jalan shopping, jalan shopping... Heaven sangat 😍

Pedo meter🚶🏼‍♀🚶🏼

=========
Day 2- 19,600
Day 3- 19,400
Day 4- 18,000
Day 5- 20,000



Dalam cuaca yang sejuk suhu 4 darjah Bonde sapu-sapu NeemBalmHQ sekitar tangan dan kaki... Sebab cuaca yang sejuk akan membuatkan kulit Bonde mudah kering, mengelupas dan merekah!

Neem Balm mampu memberi kelembapan pada kulit juga sangat bagus untuk merawat tumit kaki merekah... Bonde mmg wajib pakai sebab kalau tumit kaki kering ia mudah pecah dan merekah sebab banyak jalan... Standby pakai awal-awal lagi sebelum pakai stokin...

Suka Neem Balm sebab mudah dibawa! Sentiasa ada dalam handbag sepanjang travel.





BAHAN-BAHAN PENGHASILAN NEEM BALM


POKOK SEMAMBU – merawat 40 penyakit
(idris bald)

Pokok Semambu atau juga dikenali sebagai mambu atau nama saintifiknya Azadirachta indica adalah sejenis tumbuhan dari keluarga mahogani iaitu Meliaceae. Tumbuhan ini dikatakan berasal dari India, Myanmar, Bangladesh, Sri Lanka dan Pakistan. Namun tumbuhan ini juga tumbuh di kawasan tropika dan kawasan semi-tropika. 

Terdapat pelbabagi nama lain yang dirujuk dengan tumbuhan ini termasuk Neem (Bengali), Arya Veppu (Malayalam), Azad Dirakht (bahasa Parsi), Nimba (Sanskrit), DogonYaro (dalam sesetengah bahasa Nigeria), Margosa, Neeb (bahasa Arab), Nimtree, Vepu, Vempu, Vepa (bahasa Telugu), Kohomba (bahasa Sinhala), Vempu (bahasa Tamil), Tamar (bahasa Burma) dan Indian Lilac (Inggeris).

Pokok semambu dianggap sebagai pokok perubatan dan digunakan secara meluas dalam upacara keugamaan Hindu dan banyak ditanam berhampiran kuil dan digunakan secara meluas dalam perubatan Ayurveda dan homeopati oleh orang India.

Terdapat kandungan anti bakteria, anti parasit, anti kulat dan anti virus pada tumbuhan semambu. Serbuk daunnya dikatakan sangat berkesan dan boleh melegakan penyakit kulit seperti ekzema, alahan kulit, ruam, gatal-gatal, kurap dan ia juga sangat berkesan apabila digunakan untuk merawat kecederaan kulit akibat terbakar.

Selain dari itu, minyak pokok semambu boleh memberi hasil yang menakjubkan. Ia boleh mencegah keguguran rambut, uban dan merawat kelemumur. Ia juga sering digunakan sebagai minyak urut untuk melegakan kesakitan daripada rheumatoid arthritis, gout, osteoarthritis dan sakit belakang.

Daun semambu juga boleh melegakan masalah penghadaman, penawar sembelit dan memulihkan fungsi usus. Ia juga berkesan memperbaiki kualiti darah dan menyahkan toksik dalam darah, meningkatkan sistem imun, mengawal paras gula dalam darah dan mengekalkan badan bebas penyakit. Oleh kerana manfaatnya yang sangat luas, kini semambu menjadi perhatian dalam perubatan moden. Walaubagaimana pun pengambilan ekstrak dari tumbuhan ini perlu mendapatkan pandangan pakar perubatan terlebih dahulu.

Terdapat banyak manafaat yang terhasil dari pokok mambu oleh sebab itu di Afrika Timur, tanaman ini dikenali sebagai Mwarobaini (Swahili), yang bererti pokok 40, kerana ia dikatakan merawat 40 jenis penyakit. Dalam masyarakat Melayu, daunnya sering diletakkan di bawah bantal atau alas tilam bagi mengurangkan rasa gatal akibat dari demam campak. Selain dari itu daun yang diramas dan dihancurkan dicampur dalam air boleh dijadikan air mandian bagi kanak-kanak yang kena penyakit chicken pox.

Selain dari kegunaan perubatan, bentuk kanopi pokok semambu yang merimbun dan rendang sesuai dijadikan tanaman lindungan atau hiasan dan landskap taman, di sepanjang jalan taman atau kawasan perumahan.


TIPS KEPADA ANDA YANG MEMPUNYAI KAKI MEREKAH



Sebenarnya mudah sahaja nak hilangkan tumit pecah. 

Caranya Gesek tumit kaki tu dekat batu untuk kikis tumit kaki yang kering dan kasar selepas itu sapukan Neem Balm. 

Amalkan selama 3 hari secara konsisten for sure settle masalah. 

Kulit tumit kaki tak kasar lagi. 

Tumit kaki pecah seperti tumit kaki baby lembut sahaja.



KENAPA BONDE PILIH NEEM BALM?


✅ Lulus KKM

✅ Free chemical berbahaya

✅ Natural

✅ Mudah serap & tak berminyak yang melampau

✅ WANGI!!!

✅ Dan yang paling penting guna Neem asli


Percubaan Neem Balm ke atas tangan Bonde yang kering.  Hasilnya tangan kelihatan lembab.

TESTIMONIAL NEEM BALM

Neem Balm boleh digunakan oleh semua peringkat usia, dari kecil hingga dewasa dan juga warga mas kerana ia adalah produk 100 % natural.


Jangka hayat Neem Balm adalah setahun selepas ia dibuka, ada tertera dibelakang bekas Neem Balm.

Berat bersih Neem Balm adalah 60 gram.

BERMINAT UNTUK MEMILIKI NEEM BALM 

Setiap pembelian Neem Balm, Anda akan dapat casing, 



Keychain ZMBeauty dan Termometer comel. Terhad untuk pembelian Neem Balm 10,000 yang pertama tau. 

Selagi stok masih ada memang akan dapat sebagai hadiah menarik bukan???




Untuk Maklumat lanjut anda boleh rujuk Laman web dan media sosial dibawah :

Page : NeemBalmHQ


Whatsapp (fast reaponse) : https://bit.ly/2OaXiGL

Call: 07-7550792

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

23 Ulasan

  1. Senang bawa travel balm mcm ni kan...

    BalasPadam
  2. mula-mula ingatkan balm panas macam "tiger balm" tu, rupanya lebih kurang macam vaseline juga la kan... baru tau

    BalasPadam
  3. wah bagusnya ! tq bonde atas perkongsian memang nak cari sangat produk macam ni untuk kegunaan harian juga. khai ada prob kulit kering jadi perlukan produk mcm ni untuk membantu

    BalasPadam
  4. Lulus KKM? Mudah travel? Memang ciri-ciri yang sangat Rawlins rujuk untuk penggunaan diri. Mana mungkin nak bawa barangan berat kalau travel kan

    BalasPadam
  5. comelnya packaging dia, betulbetul senang dibawa ke mana sahaja, bila travel ni kita nak bawak yang simple dan fully funtioning macam neem balm ni, Boleh elak kulit kering.

    BalasPadam
  6. Senang kalau ada travel size macam ni. Tak risau berat nak masuk dalam beg. Pouch tu comel sgt lah. hehe.

    BalasPadam
  7. TB pun kerap hadapi masalah Tumit Pecah.. Tapi selalu biarkan aje.. tu yang kadang jadi makin teruk.. dan luka-luka pun ada.. bagusnya Neem Balm ni.. boleh la try guna.. saiz pun comel.. boleh bawak travel

    BalasPadam
  8. betul tu bonda..kena spare 1 lotion dlm handbag and sejenis boleh bawa merata2..skrg ni cuaca kat msia lglah tak menentu..jaga2lah kulit kita ni cahaya matahari mak aii mmg menusuk ke dlm..lotion2 mcm neem ni mmg kena standby..supaya kulit x kering kan bonda

    BalasPadam
  9. Bagus ye Neem Balm ni. Rasa macam nak try pula sebab tumit ada pecah sikit tak tahan simen heee. Siap dapat casing dan freegift lagi tu.. bestt

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
  10. Wahhhh macam best je Neem Balm nie. Yang penting saiznya sangat comel sesuai utk bawak travel n xperlu nak buang semasa pemeriksaan drpd imegresen. Mesti kne ada satu nie dlm beg. Banyak kegunaan dia

    BalasPadam
  11. Ena da pakai neem balm ni. Memang best. Sapu dkt kulit tg alergic, bape hari da salin kulit n bersih. Woww kan.hehe.. siap sapu kt jari lg bia lembut sebelum tdo. Ank pon ena sapu tmpt kena gigit nyamuk

    BalasPadam
  12. Bahan berasaskan Neem memang bagus untuk merawat masalah skin. Tengok bekasnya memang Senang tuk bawak travel. Thanks tau sharing Bonde. Kita 1st time tau jenama ni.

    BalasPadam
  13. Neem balm memang best bonde .Saya pakai neem balm sapu kat tumit. Lepas tu sapu kat jerawat cepat kecut dan kerong .Bau pun best kan bonde

    BalasPadam
  14. Syira pun dah guna neem balm. Best sangat. Sesuai untuk rawat kulit kering. Berkesan

    BalasPadam
  15. Baguslah saiz dia pun jenis yg travel friendly. Ini memang wajib bawak la lagi2 bagi parents yg ada anak kecik kan.

    BalasPadam
  16. Iza pun guna Neem Balm ni jugak. So far so good. Iza belum sempat nak tulis review lagi. Baru ingat nak buat esok. Tumit kaki iza pun dah makin lembut.

    BalasPadam
  17. Baru tahu ada neem balm.. byk kegunaan daun neem ni tambah lagi utk kulit2 gatal.. nak kena cari la sbb sesuai utk sakit kulit.. lagipun guna bahan semulajadi so yakin sikit liez nak beli

    BalasPadam
  18. Bagus balm
    Ni. Tengok ramuan dia kita dah tahu keberkesanannya. Sesuai untuk semua peringkat umur. Kena ada satu stok kat rumah ni

    BalasPadam
  19. Baguslah neem balm nie.. Sesuai utk yg mempunyai kulit kering cam AM nie.. Mmg AM ada satu.. Kekadang dok dlm suasana ber air con di opis mmg buat kulit AM kering.. Sbb tue AM selalu bawa ke mana pegi.

    BalasPadam
  20. I use neem facial cleanser before and its memang bagus la. But i have not try neem balm lagi i think its will be good too, will check out the product.

    BalasPadam
  21. Bagusnya Neem Balm ni. Cx tak pernah lagi guna. Bila baca perkongsian bonde ni, rasa macam, bagusnya.dahlah comel, boleh bawa travel. Tkya risau dah kot cuaca pns ke sejuk. Neem Balm kan ada. Hehehe

    BalasPadam
  22. Ehhh menariknya akak. Terus saya rasa nak beli. Hehehe. Suka tengok bungkusan dan cara mereka buat bungkusan. Nampak eksklusif

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.