Bonde Zaidalifah: CITARASA NOSTALGIA BUFET RAMADHAN DI SUMMIT HOTEL SUBANG USJ

CITARASA NOSTALGIA BUFET RAMADHAN DI SUMMIT HOTEL SUBANG USJ

8:58 am

CITARASA NOSTALGIA BUFET RAMADHAN DI SUMMIT HOTEL SUBANG USJ Assalamulaikum dan Selamat Pagi Hai Semua... Diam tak diam kita sudah berada di bulan Mac tahun 2019, pejam-celik tak lama mana kita nak sambut bulan Ramadhan juga.. Seperti hotel-hotel lain, Summit Hotel Subang USJ tidak melepaskan peluang mengadakan promosi Bufet Ramadhan tahun ini bertemakan Citarasa Nostalgia.  Oleh itu Bonde buka tirai Bufet Ramadhan yang pertama CITARASA NOSTALGIA BUFET RAMADHAN DI SUMMIT HOTEL SUBANG USJ

CITARASA NOSTALGIA BUFET RAMADHAN DI SUMMIT HOTEL SUBANG USJ


Bufet Ramadhan tahun ini bertemakan "Citarasa Nostalgia" tema ini mengimbas kembali zaman dahulu.. tentunya rindu dengan masakan tradisional Malaysia dan tidak kurang juga ada masakan luar negara juga.



Promosi Bufet Ramadhan ini akan berlangsung dari 6 Mei 2019 hingga 2 Jun 2019 untuk suasana yang lebih meriah lagi waktu berbuka anda , akan didendangkan oleh live band yang mendendangkan lagu-lagu Ghazal bagi menceriakan suasana Bufet Ramadhan.


MAKANAN DI SEDIAKAN OLEH CHEF TERKENAL

Bufet Ramadhan ini menu-menu masakan semua diketuai oleh Ketua Chef Sakya.

Chef Sakya mempunyai pengalaman lebih dari 26 tahun dalam industri masakan. Chef Sakya dan pasukannya akan melancarkan makanan hebat untuk anda nikmati merupakan lebih 200 jenis hidangan semasa promosi ini.

ANEKA CITARASA NOSTALGIA

Antara Aneka Citarasa Nostalgia ialah Sembilang Salai Lomak Omak Den, Kari Ikan Pecah Kepala, Kerutuk Ayam Kelantan, Rusuk Lembu Bakar Sos Meletop, Sambal Udang Tumis Mandi Petai dan Sayur Peria Tumis, Sayur Brocoli dan Lemak pucuk paku.. semua menu masakan ini dimakan bersama Nasi Briyani Kasih Bonda dan Nasi Pulau Pandan.












LEMANG, NASI IMPIT, KETUPAT PALAS DAN RENDANG AYAM

Lemang, Nasi Impit, Ketupat Palas dan Rendang Ayam Menu ini tak sah kalau tak makan masa berbuka, perasan nak raya tu... he he he

KAMBING GOLEK

Tak sah kalau pergi Bufet Ramadhan tak cuba.. Kambing Golek, Kambing golek kali ini, dihidangkan bersama kentang lenyek dan juga sos lada hitam yang berkrim.


KAUNTER MEE

Kaunter Mee mengidangkan Sup Gear Box yang popular, Sup lidah, dan beberapa jenis Mee seperti Mee Jawa, Laksa Asam, Bihun Su, Kue Tiow Sup, Mee Sup Kanter Mee ini terletak dibahagian atas.


Fav Bonde Bihun Sup.. Jadi kena try Bihun sup! ternyata Bihun supnya tidak mengecewakan...

YONG TAU FU

Bagi pengemar Yong Tau Fu anda boleh nikmatinya di Bahagian bawah.. Pelbagai jenis fish ball ada dan di hidangkan bersama sos pedas dan manis.

SATAY RAJA ALANG

Sememangnya Satay juga adalah makanan popular semasa Bufet Ramadhan di Summit Hotel Subang USJ ini menghidangkan Satay istimewa iaitu Satay Raja Alang Kauter satay terletak dibahagian atas.



Kaunter Satay ini turut  menghidangkan murtabak, roti pita dan roti kirai juga turut disajikan dengan masakan antarabangsa.


ULAM-ULAMAN

Kaunter Ulam-Ulaman ini menghindangkan Pelbagai jenis Kerabu, salad dan sambal, Bagi mereka yang memang mengemari makanan ini pasti teruja nak makan... he he he


KAUNTER BUAH-BUAHAN

Kaunter buah-buahan terletak dibahagian atas.. ianya menghidangkan pelbagai jenis buah-buhan tempatan.  Nangka madu menjadi tarikkan.. Bonde dah rasa memang manis sekali.. kebetulan duduk dekat dengan meja ni... jadi bolehlah repeat banyak kali hu hu hu



BISKUT RAYA

Terdapat juga biskut raya yang dihidangkan di Bufet Ramadhan ini.. Bolehlah makan sambil-sambil berborak dengan keluarga.

HIDANGAN PEMANIS MULUT

Pelbagai menu.. makanan penutup yang lazat aneka pencuci mulut untuk mengakhiri sesi makan anda ada cake, kuih muih tradisional, puding, sagu gula melaka dan lain-lain lagi.


KAUNTER AIR

Kaunter air ini terdapat di bahagian atas dan bawah.. ada pelbagai jenis air yang dihidangkan sejuk dan panas.


KEMUDAHAN SURAU UNTUK SOLAT

Jika anda ingin solat, ada disediakan surau di tingkat lima.

PROMOSI BILIK SUMMIT HOTEL SUBANG USJ

Summit Hotel Subang USJ mengambil kesempatan untuk menawarkan harga bilik istimewa pada harga RM188 termasuk hidangan sahur mewah untuk 2 orang pada Ramadhan ini.


PROMOSI TEMPAHAN

Bagi syarikat-syarikat yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa secara berkumpulan dan tempahan persendirian untuk lebih daripada 50 orang, crew Summit Hotel Subang USJ akan memantau majlis berbuka anda bagi memastikan majlis anda berjalan lancar dan baik. 

Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan lanjut hubungi nombor tertera dibawah :

Telefon : +603 - 8023 3000 ext 3021



~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

22 TEGURAN MEMBINA

  1. wahhhhh meriahnya semua stesyen dia..

    ReplyDelete
  2. Suka makan kat sini...makanan boleh tahan sedap..

    ReplyDelete
  3. wah.. menu-menu untuk ramadhan ni sedap-sedap belaka.. fuh.. kalau dapat pi ke Summit Hotel Subang USJ ni boleh la merasa berbuka disini nanti.. ada kambing golek lak tuu .. adoi

    ReplyDelete
  4. Sedapnya buffet ramadhan dekat sini. Tapi jauh pulak kalau nak pergi. Yang dekat pahang xde ke? heheh

    ReplyDelete
  5. alamak buffet ni buat kita trus teringat puasa dan nak raya. alamak baju raaya blom cari lagi ni

    ReplyDelete
  6. Setiap kali preview ramadhan mesti suka nak baca dan tengok gambar.. Kot nanti terbekenan, boleh la try berbuka puasa kat sana.. Nampak menu pun menarik tu

    ReplyDelete
  7. Wow sekarang dah mula Buffet Ramadhan memanggil-manggil hehehehe awal sangat promosi sekarang ni takut kita hehehe takut tak kuat iman jer tergoda tengok makanan yang sedap-sedap belaka tu...

    ReplyDelete
  8. Amboi menyelerakan sungguh semua makanan yang dihidangkan. Bahang puasa dah semakin terasa yer. Boleh try ke sini nanti. Harga pun not bad acceptable.hehehe

    ReplyDelete
  9. Dah start dah sana sini dok pomote buffet ramadan..twrasa dh dekat bebebenor dah nak puasa, ganti puasa lom lagi ni..hehe. Nampak sedap je lauk pauk tu..boleh le sis try berbuka kat sana nanti

    ReplyDelete
  10. Bulan puasa dah nak sampai ye. .Sekjap je kan. Menarik semua maknan dekat sini. Macam-macam ada. .Berbaloi dengan harga dia. Bokehla masuk list dalam tempat berbuka puasa nanti. .Hehehe

    ReplyDelete
  11. Pernah makan kat sini sekali. Memnag best makanan dia srdap sedap semua. Nanti kalau puasa leh la cuba buffet kt sini.

    ReplyDelete
  12. banyaknya menu2 kat sana...sodap2 belake

    ReplyDelete
  13. Bestnya bonde gi makan makan buffet. rezeki betul. takde siapa nak ajak kite ke gi makan makan. Hehehe

    ReplyDelete
  14. alamak aiiii.... baca time lunch, bonde.
    aduhai. ngencesss!!!! laparrrr....
    da start dah ekk preview for berbuka puasa.
    esok Rejab. hu hu hu hu dekat dah ni Ramadhan.

    ReplyDelete
  15. Rawlins scroll laju-laju time gambar makanan sebab tak tahan melihat kelazatannya - masak lemak la, dessert la. Kegemaran padu seorang Rawlins tu.

    ReplyDelete
  16. Sedaonya akak. Sekejap je dah nak bulan puasa! Saya tengah cari lokasi berbuka di Wangsa Maju. Kalau akak ada tau memana buffet, mohon share eh. hehehe

    ReplyDelete
  17. Uiii dah dekat nak puasa ye. Kejap je rasanya emi. Emi pun dah start pergi preview buffet ramadhan ni.

    ReplyDelete
  18. Omg!!! banyak nyer choices makanan kat situ, I spotted a few dishes that i love and must try when i go there. The briyani kasih bonda macam sangat menggoda la.

    ReplyDelete
  19. Tiba tiba rasa sebak pula..
    Tak lama lagi nak puasa dah..
    Puasa tahun lepas 3minggu ditinggalkan suami kursus.
    Tahun ni teringin nak berbuka bersama sama..
    Dapat pulak pergi berbuka dia hotel macam ni, seronok ni.
    Sesekali merasa kan.

    ReplyDelete
  20. Nice buffet untuk persediaan sms ramadhan ni! Selamat menjamu selera!

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

JUMLAH PAPARAN HALAMAN