Bonde Zaidalifah: REVIEW ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER

REVIEW ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER

9:00 am

REVIEW ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER DARI HANSAEGEE NATURE
Assalamualaikum dan Selamat Petang.. Hai reader semua, sesungguhnya wanita memang teruja bab-bab kecantikkan ni, ada sahaja produk baru yang diiklankan pasti tidak sabar dan perasaan teruja untuk mencubanya.  Jika ada peluang jadi tak akan lepaskan beli dan terus rasakan sendiri apa kelebihan dan kebaikan produk kecantikan tersebut.  Disini Bonde ingin kongsikan satu produk iaitu REVIEW ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER DARI HANSAEGEE NATURE.


HANSAEGEE NATURE ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER DARI 


Pernahkah anda dengar tentang produk  Aloe Ac Clean Bubble Cleanser ni?? Kalau anda nak tahu produk ini adalah produk pembersih Muka dari Hansaegee Nature.

INFO TENTANG HANSAEGEE

Hansaegee Nature adalah jenama penjagaan kulit berasaskan Malaysia dan semua produk yang dibuat di Korea. Ditubuhkan sejak tahun 2011, Hansaegee Nature memulakan dengan mengimport produk berkualiti tinggi & 100% produk penjagaan kulit asal dari Korea. Dan semua bahan produk diluluskan secara sah dan selamat digunakan. Matlamat Hansaegee Nature adalah untuk menyediakan kualiti dan keselamatan untuk menggunakan produk Korea kepada pelanggan.

Salah satu produk penjual terbaik Hansaegee Nature ialah Gold Nano CC Cream selama bertahun-tahun, dan untuk memberikan pengalaman penjagaan kulit yang lebih lengkap kepada pelanggan; Pada tahun 2016, Hansaegee Nature telah memulakan pelancaran di rumah Brand "Hansaegee Nature" Aqua Whitening Cream. Ikuti Hansaegee Nature oleh Aloe AC Bubble Cleanser pada tahun 2018, semua produk kursus 100% Asal yang dibuat di Korea. Selain itu, Hansaegee Nature juga menceburi Penjagaan Mata, Mask Muka dan banyak produk penjagaan kulit yang baru.

Semua produk penjagaan kulit Hansaegee Nature HANYA boleh didapati di laman web rasmi kami di www.hansaegee.com/shop.  Produk ini tidak dijual daripada mana-mana kedai runcit atau saluran kedai dalam talian. Khususnya hanya untuk laman web Alam Hansaegee.

ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER SESUAI UNTUK SIAPA? 

Ia sesuai untuk semua jenis kulit (berminyak, kering, berjerawat dan sensitive)

BAHAN-BAHAN:

Aloe Barbadensis Leaf Juice ; Melaleuca Alternifolia (Tea Tree Leaf Oil) ; Salvia Officinalis (Sage) Leaf Extract ; Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Extract ; Jasminum Officinale (Jasmine) Extract ; Lavandula Angustifolia (Lavender) Extract

Tekstur :  Sejenis pencuci yang mempunyai buih-buih halus mengelembung macam dalam gambar dibawah.




BAGAIMANA CARA UNTUK MENGGUNAKAN ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER?

Mudah sahaja cara untuk menggunakan ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER sebab botolnya sangat membantu untuk menghasilkan buih-buih hanya tekan dengan cara yang betul. Maka terhasilkan buih-buih yang anda hendak sapukan ke wajah nanti.

Buih yang keluar itu sangat penting kerana buih-buih tersebutlah yang membantu membersihkan wajah dan menghilangkan semua kotoran yang ada pada kulit wajah.

Mengeluarkan kotoran pada liang dan membersih secara mendalam, ia juga mengeluarkan sebum / minyak yang berlebihan dengan Aloe Ac Clean Bubble Cleanser

Cara penggunaan adalah seperti :

1. Basahkan seluruh tapak tangan 

2. Tadah tangan pada muncung pump dan tekan 2-3 pump untuk sekali penggunaan.

3. Ratakan buih keseluruh kulit wajah, Urutlah kulit wajah dengan penuh kasih sayang secara putaran bulat (Penting! Sambiltu… doa dalam hati moga diberi kesihatan pada kulit wajah dan dijauhkan dari penyakit-penyakit yang tidak diingini.)

4. Kemudian bilas dengan air suam. Pastikan semua kotoran bersih.



MENGENAI TEKSTUR ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER


Mula dengan 1 pump, anda pasti akan teruja hendak merasainya  tekstur buih Aloe Ac Clean Bubble Cleanser ni...


Buih berair Aloe Ac Clean Bubble Cleanser sangat lembut dan kulit wajah rasa sangat lembab sekali. 


Buih berair Aloe Ac Clean Bubble Cleanser sangat lembut, mencair pada kulit wajah, apabila ia di urut secara membulat.. memberikan rasa selesa dan bersihkan secara mendalam.


Biasanya, pembersih jenis buih gelembung akan menjadikan kulit kering selepas wajah yang dibersihkan, tetapi ini adalah Buih Aloe Ac Clean Bubble Cleanser Gelembung Berair dan Melembapkan. 


Aloe Ac Clean Bubble Cleanser adalah jenis Cecair, tetapi selepas anda mengepam keluar dari botol, ia segera menjadi Lembapan Lembut Lembut di tangan ...



Ia tidak akan kering, ia memberikan rasa lembapan dan bersih selepas digunakan. 




REVIEW DARI BONDE:

Memandangkan kulit muka Bonde ni jenis kering jadi Bonde sangat sukakan ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER ni, Buih-buih putih memberikan keselesaan pada kulit wajah Bonde.

ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER Produk ni memang sangat best selain dari membersih dan menghilangkan kotoran ia juga bertindak melembutkan serta melembabkan kulit wajah.

Bau Tea Tree Leaf Oil sangat wangi Bonde sukakannya dan ianya memberi rasa segar.

Saiz yang mudah untuk dibawa kemana-mana.. (balik kampung atau travel memang akan bawa just selit sahaja dalam handbag.

INFO HARGA :

1 Botol -150ml  hanya RM 65.00

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web dan media social dibawah. Ada banyak testimoni dan juga info lengkap jika anda masih memerlukan info berkaitan.








~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

26 TEGURAN MEMBINA

  1. banyak jugak bahan2 dia yerr.. tapi RM65.. hmmm i dunno if worth to try x... tapi dia bubble2 tu yang best tuu!

    ReplyDelete
  2. Saya suka jenis pencuci muka yang foam macam ni. rasa lagi senang nak pakai and basuh. kalau yang biasa punya rasa macam melekit lekit walaupun dah basuh

    ReplyDelete
  3. Wah Wah menarik ni bonde..harga hun x mahal sangat...reasonable ..suka plak tengok buih2 dia tu..sure lepas tu muka jadi segar

    ReplyDelete
  4. Saya memang suka produk aloe vera, Tapi kalau jenis pencuci muka bubble macam ni, tak pernah cuba lagi. Nampak macam menarik.

    ReplyDelete
  5. baru tahu hasangee ni ada cleanser juga. selama ni saya tengok yang cc cream sahaja.

    foam cleanser ni memang bagus juga sebenarnya. sebab dia tak pakai banyak. jimat banyak.

    ReplyDelete
  6. Banyak dah pembersih di pasaran. Ni pertama kali dengar pasal produk ni. Nampak buih2 tu halus2 je ye?. Kalau best boleh la teruskan penggunaan.

    ReplyDelete
  7. wah suka tengok buih-buih tu...gebu jer muka bonda lps cuci hehe..

    ReplyDelete
  8. nampak segar bila tgk bonde lepas pakai

    ReplyDelete
  9. Bagus ada produk mcm ni...lagi2 kenis foam yg memudahkan penggunaan...

    ReplyDelete
  10. best yer bonde pakai bubble cleanser tu..nampak segar jer lepas guna. bau Tea Tree Leaf Oil memang best kan! Huda pun suka

    ReplyDelete
  11. Patut lah nampak muka makin putih gebu dan menawan hehehehe ada produk Bubble Cleanser ini boleh nak bersihkan muka daripada makeup.... Orang laki guna untuk apa yer hehehehe..

    ReplyDelete
  12. wowwww! sukanya cleanser yang dalam bentuk foam ni, puas nak gonyoh muka rasa. Tula, tengok ramai puji CC Cream dia, nak gak try cuba best ke...kulit bonde letop kebabom, sebelum pakai pun muka dah glowing <3

    ReplyDelete
  13. Ramai dah tgk wat review hansaegee ni so kte pun teringin nak cuba sbb rata2 review kata bagus heheh nak try la!

    ReplyDelete
  14. Rawlins suka pembersih yang tidak mengeringkan kulit selepas menggunakannya. Lagi-lagi produk yang bersift natural ini memang la menyebabkan hati ini geram nak memilikinya.

    ReplyDelete
  15. wow nampak muka sis fresh habis.. macam best pula tengok cleanser ni.. mesti lepas ni muka nampak suci gitu... nampak harga pun masih consider reasonable... nak check out la thanks for sharing ;)

    ReplyDelete
  16. Suka tgk cleanser yg hasilkan foam byk ni.. Rasa gebu je muka.. Hihi.. Produk ni bgus sbb guna aloe vera dan byk kebaikan aloe vera ni kan... Pnh try brg kosmetik hansangae je skincare xpenah lg...boleh try nnti..

    ReplyDelete
  17. Bagusnya Bonda sharing cleanser ni. Ramai dah cuba pun cakap best. Hati ni teruja gak nak try! Tertarik part Buble tu.. Hehee
    Patutlaaa makin lawa Bonde

    ReplyDelete
  18. Wahhhh bubble cleanser. Jarang sy jumpa cleanser dlm bentuk bubble. Baguslah nmpk produk nie. Betul2 membersihkan muka. Senang nk tanggalkn make up. Tekstur pon bagus san xmelekir

    ReplyDelete
  19. nampak bubble gitu macam best, tak pelu blend dengan air banyak2..tak messy

    ReplyDelete
  20. Wow...banyaknya ramuan semula jadi yang baik-baik dalam produk ni. Patutlah yang pakai akan rasa berkesankan. Dengan harga yang mampu milik, memang patut menjadi pilihan kaum hawa di Malaysia. :)

    ReplyDelete
  21. Pernah baca testimoni beberap orang pengguna. Rata-rata berpuas hati dgn keberkesanan pembersih muka ni. Harga pun mampu milik tu

    ReplyDelete
  22. Thanks for your review and sharing :)

    ReplyDelete
  23. Baru je terjebak dengan Bubble Cleanser ni. Boleh jugak nak try cleanser yang ni, tp kena tunggu yang sedia ada habis dulu la kot. Hehehe.

    ReplyDelete
  24. Wah, nampak sangat menarik dan terbaik la 👍 Boleh try juga ni...

    ReplyDelete
  25. banyaknya bubble dia.. seronok tengok bonda cuci muka..")

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

JUMLAH PAPARAN HALAMAN