EXPLORE LOMBOK DAY 4 : CHECK OUT DAN SHOPPING DEKAT LOMBOK EXOTIC



Assalamualaikum dan selamat tengahari.. Hai reader semua, Hari ini. hari last dekat Lombok.. Pepagi dah ada drama sedih.. Hati berat nak tinggalkan tempat indah dan kenangan dekat sini.. Check out Hotel Bidari, Mataram... Supir kami Buyong dan Aspan pun dah buat muka murung pagi-pagi ishhh katanya sedih nak berpisah dengan kami, hari ini hari terakhir dia bawa kami semua berjalan di sekitar Lombok.  Apa kan daya.. kami pun berat hati... sob sob sob.

EXPLORE LOMBOK DAY 4 : CHECK OUT DAN SHOPPING DEKAT LOMBOK EXOTIC

CHEK OUT DARI HOTEL BIDARA

Dua malam disini tak banyak kenangan tercipta cuma malam terakhir kami sempat karaoke tu jerlahh walau kolam mandi depan pintu, tak berkesempatan nak mandi=manda sebabnya masa kami banyak dihabiskan aktiviti diluar.



BILIK KAMI...

Bilik kami disebelah bawah sahaja.. paling tepi dan dekat dengan lobi, bilik ni memuatkan kami bertiga 2 bed extra pillow.


Hari ni kerja kami jalan-jalan shopping.. tempat pertama kami singgah ialah.. #lombokexotic. Kedai ini adalah yang terbaru untuk kali yang ketiga pindah selepas becana gempa. Mengikut kata tuan punya kedai saudagar cina 2 lagi kedainya runtuh dan rosak teruk sebab bencana.  Peramah juga tuan punya kedai ni, dah fasih berbahasa Melayu.

Dekat sini.. Kedainya sangat besar dan pelanggan lebih selesa kerana kedai ini mempunyai tempat solat, tempat tukar pakaian dan toilet yang bersih.

LOMBOK EXOTIC

Dekat sini kami shopping T-shirt sahaja.  Buyong sarankan kami beli dekat sini, katanya kualiti kainnya bagus.  Jadi betul apa yang dikatakan oleh Buyong.  Dekat sini ada banyak juga saiz dari s-4xl, jadi saiz Bonde mudah nak beli dekat sini.



Selain Tshirt dekat Lombok Exotic ini ada menjual alat muzik, kraftangan, beg rotan, kopi rumput laut, kopi Bubuk Asli, Kain tenun dan pelbagai jenis sevinior yang boleh dijadikan cenderahati atau ole-ole lombok.

Dekat sini Bonde beli 2 T-shirt untuk Kanda dan Bonde.. T-shirt serupa berlainan saiz he he he








SIAP SHOPPING!

Baik dah siap dan selesai shopping Bonde dan yang lain nak ke destinasi seterusnya.





Next shopping ke Sasake pula... stay tune!

HARI KEEMPAT :

Sarapan pagi
Check out hotel
Shopping Lombok Exotic, Sasake , Beg Rotan, kedai Mutiara Sinar Abadi dan Kedai makanan Wistata Halal Lombok
Makan tengahari di rumah Bunda Buyung Supir kami, spesial Bunda sediakan
Lawatan Kedai tembikar ( buat tembikar kucing dan beli lesung batu)
Lawatan ke Rumah Tenun dan mencuba pakaian tradisional kaum Suku Sasak
Jam 6.00 petang ke Airport untuk pulang ke Malaysia
Trip selesai
Penerbangan jam 7.30 malam
Sampai di KLIA 2 jam 11.00 malam

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. ehehe godaan swimming pool tu kalo CT memang susah nak tepis. haha..
    part paling best adalah shopping =D

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.