EXPLORE LOMBOK DAY 3 : SUNSET SENGGIGI BEACH



Assalamualaikum dan Selamat Malam.. Hai Reader semua.. Lepas makan Sate Bulayat kami singgah dekat Senggigi Beach untuk tengok sunset... Kami sampai disini lebih kurang jam 5.00 petang matahari masih meninggi dan cuaca sangat panas.  Air laut pula kelihatan seperti surut...  Saat ini, Handphone masing-masing sudah kekurangan bateri.  Jadi tak dapat nak share video time slap ke? panorama ke? semua tu angan-angan je la.. walau pada asalnya nak buat sebab nak jadikan kenangan dan boleh kongsikan dengan anda semua.


EXPLORE LOMBOK DAY 3 : SUNSET SENGGIGI BEACH 







 



Jam 5.30 petang:

Dekat sini, boleh dilihat.. matahari masih diatas... jadi kami lepak dulu dekat bangku tepi tebing tinggi. "sambil tunggu Cik En beli jagung.. santai-santai makan jagung tepi pantai gitu.. eh kami ni tak kenyang-kenyang ke asyik makan jer... Masalahnya kami bukanlah lapar sangat tapi, dah terlanjur sampai Lombok apa salahnya kita cuba makanan yang popular dekat sini.



Jam 6.00 petang :

Matahari sudah semakin rendah, jadi Bonde dengan Banana sudah tak boleh duduk dekat bangku, kami kena turun sebab matahari terbenam bila dah turun ke sisi laut pergerakkannya agak pantas! Jadi kami segera turun ke arah pantai... 




Jam 6.10 petang :

Kami sudah dekat dengan air laut.. kalini lepak duduk atas pasir pula... Eh mana Cik En ni??? Cik En beli jagung bakar dekat gerai depan tu... Sayangnya.. Bonde nak share gambar jagung yang Cik En beli tu.. tapi tak ingat ada dekat siapa scroll-scroll pic kat folder tak jumpa pula?  Menariknya jagung bakar yang Cik En beli tu.. ianya pedas dan pertama kali Bonde makan jagung pedas dekat Lombok ni.  Rasanya 'Not Bad' sedap juga.. ( Bonde memang suka makan jagung tak kira rebus atau bakar... rasanya tak cukup setongkol makan jagung bakar pedas ni!! ishhh malu)









RESEPI JANGUNG MANIS PEDAS



Gambar google... rupa jagung pedas macam ni!

Bonde google sekali resepinya :

Nanti boleh buat he he he

Bahan-bahan:

6 buah jagung manis, dikupas kulitnya

Bahan sapuan:

3 ulas bawang putih, di cincang halus
2 sendok makan cili kering kisar
50 gram sos tomato 
1 sendok makan gula pasir 
50 gram marjerin, dilelehkan

Caranya bakar jangung kemudian goleskan bahan-bahan sapuan dengan berus sekeliling tongkong jagung dan pusing-pusingkan, sedia untuk dimakan.

PEMANDANGAN SUNSET DI SENGGIGI BEACH

Jam 6.15 petang :

Tadaaaa mentari senja nan merah... haaa macam alam lagu Kak Ziana Zain tu.. Senja nan merah!  Bersyukur sekali dapat menyaksikan matahari terbenam di depan mata.. Mestilah kagum kan! Subhanallah cantik sekali.



Jam 6.30 petang:

Ok dah senja kami kena balik ke hotel... simpan kenangan ini disini!  Moga bertemu lagi nanti moment indah ini.


 Next entri iaitu... Beli gorengan di tepi jalan duduk lepak makan dekat hotel. 


~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. gambar2 waktu sunset memang layan habis. sukaaa tengok sunset. Lombok pulak tu memang tahu pantai2 sana lawa2.. =)

    BalasPadam
  2. SubhanaAllah.. Cantiknya sunset tu..

    BalasPadam
  3. Jagung manis pedas tu cambest je untuk dicuba buat.

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.