DRAMA PUJAAN HATI KANDA ANDA SUKA WATAK SIAPA?




Assalamualaikum Dan Selamat Petang, Hai reader semua... Anda tengok tak drama petang-petang tu.. Semua sekarang minat sangat menonton drama adaptasi novel iaitu Pujaan Hati Kanda Drama ini mula ditayangkan di Slot Akasia TV3 mulai 20 Disember 2018 tahun lalu.

Drama 28 episod ini dibintangi oleh pelakon-pelakon popular iaitu Remy Ishak, Mira Filzah, Sarah Hildebrand, Azar Azmi dan Syazwan Zulkifly.



Ramai yang meracau dengan watak Pali, Nadine dan juga Fatimah... Ha ha ha watak diaorang bawa ni menjadikan! mana yang layan drama ni adalah yang menyampah dengan watak diorang.. walau menyampah tapi tetap nak tengok juga drama ni kan!.. Bagi Bonde memang tak berkesempatan nak tengok on time.. Biasanya akan tengok siaran ulangan pada belah malam..

Pelakon utama


Mira Filzah sebagai Tiara

Remy Ishak sebagai Megat Danish/Danny

Sarah Hildebrand sebagai Nadine

Syazwan Zulkifli sebagai Fazli/Pali

Azar Azmi sebagai Fatimah


Pelakon pembantu

Elisya Sandha sebagai Reena

Mustaqim Bahadon sebagai Kashah

Omar Abdullah sebagai Dato' Megat Aiyub

Dian P. Ramlee sebagai Datin Puteri Aisyah

Reen Rahim sebagai Suria

Taufiq Hanafi sebagai Naim

Qazem Nor sebagai Rizman


BACA ONLINE PUJAAN HATI KANDA



 di blog penulis Aulia Iman : http://hikayatauliaiman.blogspot.com

Full langgan di wattpadd

SINOPSIS PUJAAN HATI KANDA


Mengisahkan Megat Danish/Danny (Remy Ishak), seorang playboy yang sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru.
Namun ketika hari pernikahannya, dia menerima sebuah 'hadiah' iaitu seorang bayi yang diletakkan di ruang legar masjid bersama kad ucapan dan sijil kelahiran. Calon isterinya, Nadine (Sarah Hildebrand) enggan meneruskan pernikahan mereka selagi misteri kehadiran bayi itu tidak terungkai. Majlis pernikahan dibatalkan dan Danny perlu bertanggungjawab ke atas bayi itu.    Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga Rizqi sementara dia menyiasat siapa sebenarnya ibu kepada Rizqi dan benarkah Rizqi itu anak kandungnya.
Dalam kesulitan, Danny dipertemukan dengan Tiara (Mira Filzah), pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny merahsiakan perkara sebenar mengenai identiti bayi itu. Tiara hanya mengetahui Danny adalah seorang duda yang kematian isteri.
Tanpa diduga, cinta mula berputik antara Danny dan Tiara. Dalam masa yang sama, Danny masih berusaha menjejak gadis misteri demi sebuah kebenaran dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya.

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Suka dengan waktu Remy Ishak selain dari Syazwan Zulkifli dan Azar Azmi.. ;)

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.