DAY 2 EXPLORE LOMBOK : PULAU GILI NANGGU



Assalamualaikum dan Selamat tengahari hai reader semua... sambungan entri Explore Lombok... bagi anda yang tidak berkesempatan membaca cerita sebelum ni, anda boleh baca entri hari pertama dekat sini Hari kedua tentunya Bonde lebih teruja sebab nak Explore Pulau-Pulau dekat Lombok!

Aktiviti hari kedua seperti dalam itinenary



HARI KEDUA: 

Sarapan pagi di hotel
Snorkeling di Pulau Gili Nanggu, Makan tengahari di Gili Sudak, Photoshot di Pasir Putih Gili Kedis
Makan Malam Satey Rembiga Di Resehan Satey Rembiga Lombok
Check in Hotel Bidari
Rehat


Selepas bersarapan Bonde dengan kawan-kawan terus ke destinasi kami iaitu Pulau Gili Nanggu dekat Pulau ini aktiviti kami adalah snorkeling, part yang memang Bonde idam-idamkan dan impikan untuk snorkeling dekat Pulau Lombok!! bila nampak air jer hati terus tak tentu arah... adakah cinta pandang pertama telah berputik arghhh gitue ha ha ha


Oh yea.. Perjalanan dari Hotel ke tempat boat (Pelabuhan Tawun) mengambil masa lebih kurang satu jam, dari situ kami menaiki boat untuk ketiga pulau, Pulau Gili Nanggu, Gili Sudak dan Gili Kedis. 


Pulau Gili Nanggu tidaklah besar sebenarnya keluasannya hanya lebih kurang 12,5 hektar.

Untuk aktiviti pulau ni kami tak perlu bawa pakaian banyak-banyak.. sebabnya akan main air sahaja aktiviti dekat pulau nanti.  Lepas balik dari Pulau pon Bonde tak salin baju sebab pakai baju renang ianya cepat kering. Sebenarnya sebelum naik boat  Buyong dah beli gorengan untuk dimakan dekat pulau nanti.. Goreng pisang dan goreng keledek memang sedaplah makan panas-panas.. tapi sebenarnya dalam boat lagi dah di makan... sewaktu perjalanan ke pulau Nanggu. ( tak tahan baunya yang harum ha ha ha)


Sebelum memulakan aktiviti snorkeling kami dibawa oleh Buyong untuk melihat sekitar kawasan Pulau Gili Nanggu ni.. Sambil-sambil tu kami bergambarlah.. he he he


Kalau anda semua nak tahu, cuaca sangat-sangat cerah masa kami sampai dan tentu-tentunya panas terik.. Bonde dah pakai Sun block siap-siap tau! masa dekat hotel lagi...

Ya Allah kami tak tahu sebenarnya, trip kami ni pakej dengan photografer sebabnya.. Buyong, Asfan dan Kamarudin memang power ambik gambar! cantik-cantik shot dan view yang diaorang ambil.  Mereka tu bukan biasa-biasa rupanya.. berpegalaman dan berkebolehan.. ( jangan pandang sebelah mata )

APA YANG MENARIK DI PULAU GILI NANGGU??

Pulau Gili Nanggu ini mempunyai keindahan pantainya yang tersendiri, mempunyai air laut yang jernih, pasir yang putih dan terumbu karang pelbagai jenis dan pelbagai jenis ikan dan kehidupan laut yang lain yang boleh dilihat dengan dekat melalui aktiviti :

- Scuba
- Snorkeling

Anda juga boleh bermalam di Pulau ini dengan rakan jika sukakan aktiviti Camping.







Dari dalam boat lagi Bonde dah nampak dari jauh pokok-pokok yang tinggal ranting ni... pemandangan dari dalam boat dah nampak cantik sekali.  Berkata dalam hati nak jejak kaki kat situ nak ambik gambar... Tak sangka memang kami mengelilingan Pulau ini dan tiba-tiba sampai tempat yang dimaksudkan.  Ya Allah syukur sangat.. terkilan rasa dihati kalau dah sampai tapi terlepas peluang.  di atas bukit kecil ini juga terdapatnya kincir angin.

Bila berjalan disini teringat macam berada dekat Pulau Nami... Sekitarnya sangat bersih dan sejuk mata memandang, rasa berat nak tinggalkan Pulau ini.





Tepi Pantai dari atas bukit Pulau Gili Nanggu, dekat kawasan ini agak tak sesuai untuk berehat ditepi kerana banyak batu saiz besar dan kecil, terdapat juga terumbu karang yang mati di sekitar pantai... agak tak sesuai nak jalan santai-santai sekitar kawasan ni.


Pemandangan dari atas bukit Pulau Gili Nanggu...










SNORKELING DI PULAU GILI NANGGU

Aktiviti yang di tunggu-tunggu oleh Bonde akhirnya... tercapai juga! Untuk jaket dan peralatan snorkeling semua telah termasuk dalam pakej kami.  Jadi tinggal pakai sahaja.  Aktiviti snorkeling ni yang terakhir Bonde dengan Banana pergi adalah dekat Pulau Rawa, Mersing.


Jomlah Bonde bawa anda semua ke dasar laut....




























Jumpa di next Entri..... Pulau Gili Sudak ( ada star fish atau tapak Sulaiman)

HARI KEDUA: 

Sarapan pagi di hotel
Snorkeling di Pulau Gili Nanggu, Makan tengahari di Gili Sudak, Photoshot di Pasir Putih Gili Kedis
Makan Malam Satey Rembiga Di Resehan Satey Rembiga Lombok
Check in Hotel Bidari
Rehat


~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

0 Ulasan