Bonde Zaidalifah: MUSIM BUAH-BUAHAN KG SUNGAI PELEK DAN KG SUNGAI MANGGIS

MUSIM BUAH-BUAHAN KG SUNGAI PELEK DAN KG SUNGAI MANGGIS

11:17 am

Assalamualaikum Dan Selamat Pagi..

Throwback gambar-gambar dalam gallery smartphone Bonde! sebelum di delette Bonde kongsikan disini,  Tahun ini alhamdulillah semua dapat merasa! Durian dan Rambutan berbuah tanpa henti, dengan cuaca yang baik panas dan hujan yang datang menghasilkan pokok buah-buah yang subur dan hasilnya dimakan oleh semua anak dan cucu arwah ayah.

Semua pokok-pokok buah-buahan yang ditanam dapat di makan oleh anak dan cucu.  Saat makan bersama dengan insan yang menanam tak mungkin dikecapi lagi, tapi pahala tetap ada... untuk arwah kerana berbudi kepada tanah.  Hasilnya untuk anak dan cucu.

Syukur Alhamdulillah.

Semua merasa.. Rambutan merah dan kuning.. Durian dan Manggis Ya Allah sedap-sedap semuanya.  Memang benih pokok ini pilihan terbaik arwah.  Hanya dia yang tahu memilih benih yang terbaik, kami masa kecik memang tak tahu apa?  Yang kami tahu masa tu waktu cuti sekolah waktu pagi kena siram semua pokok yang ditanam dan sekali lagi siram pada waktu petang... Kalau hujan pada hari itu horayyyyy tak perlu siram (masa tu kalau hujan tiap-tiap hari memang suka sangat)

Memori... tipulah tak merungut kena siram pokok-pokok ni time tu... siap bergaduh adik beradik yang kena siram tak ikut giliran... macam pegawas sangat kat kebun sekankang kera tu.. he he he

Jenis dan gred buah durian ni, memang jujur tidak diketahui! tapi semuanya adalah yang terbaik sekali!


MUSIM BUAH-BUAHAN KG SUNGAI PELEK DAN KG SUNGAI MANGGIS

MUSIM BUAH-BUAHAN, DURIAN, RAMBUTAN, MANGGIS,

Mangga tu kawan Kak Long yang bagi he he he

MUSIM BUAH-BUAHAN, DURIAN, RAMBUTAN, MANGGIS,

MUSIM BUAH-BUAHAN, DURIAN, RAMBUTAN, MANGGIS,

PETUA : ELAK PANAS BADAN LEPAS MAKAN DURIAN KENA MINUM DALAM PANGSA DURIAN

Pesanan arwah ayah dengan mak, lepas makan durian minum air dalam pangsa ni, untuk elak demam katanya... (hingga kehari ini kami amalkan minum dalam pangsa durian dan... lepas makan sedia air kosong banyak sebabnya kami bukan jenis makan sebiji dua.. Hantu duriankan! ha ha ha

MUSIM BUAH-BUAHAN, DURIAN, RAMBUTAN, MANGGIS,

MANGGIS

Ada juga beberapa pokok ditanam oleh arwah ni pun seingat Bonde hasil buahnya, arwah tak sempat rasa (sob sob sob)  tapi tahun ini memang rezeki anak-cucu buahnya menjadi dan sangat sedap!

MUSIM BUAH-BUAHAN, DURIAN, RAMBUTAN, MANGGIS,

MUSIM BUAH-BUAHAN, DURIAN, RAMBUTAN, MANGGIS,

DURIAN KAMPUNG SUNGAI MANGGIS,BANTING

Dekat Kampung Sungai Manggis pun ada buah-buahan juga, Abah call kami suruh balik, katanya ada buah Durian untuk kami... Yeayyy sayang Abah.  Kalau tak ada Durian pun tetap sayang tau!

MUSIM BUAH-BUAHAN, DURIAN, RAMBUTAN, MANGGIS,

MUSIM BUAH-BUAHAN, DURIAN, RAMBUTAN, MANGGIS,

Taaaaadaaaaaa sedapnyeeee

 MUSIM BUAH-BUAHAN, DURIAN, RAMBUTAN, MANGGIS,

LOVE DURIAN KAMPUNG

MUSIM BUAH-BUAHAN, DURIAN, RAMBUTAN, MANGGIS,


RAMBUTAN MERAH DI KAMPUNG SUNGAI PELEK, SEPANG

Rambutan ni, memang sangat sedap disebabkan terlalu banyak buah-buahkan rambutan merahlah yang terakhir sekali habis.

Rambutan kuning pula sudah lama habis... yang dekat bawah, tinggal yang dekat pucuk-pucuk sahaja tak sampai dah nak ambik he he he

MUSIM BUAH-BUAHAN, DURIAN, RAMBUTAN, MANGGIS,


MUSIM BUAH-BUAHAN, DURIAN, RAMBUTAN, MANGGIS,

Moga ditahun hadapan Pokok-pokok ni semua berbuah dengan lebat lagi dan dapat anak-cucu merasa Aamiin.

InsyaAllah.

~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

7 TEGURAN MEMBINA

  1. terliurnya tengok manggis dgn rambutan tu bonde. durian aina tak makan, hihi.

    ReplyDelete
  2. perghhh meriahnyaaa. sedap nya durian huwaaa i love durian :D

    ReplyDelete
  3. Puas makan kalau ada kebun sendiri kan Bonda..

    ReplyDelete
  4. wahhh durian my feveret....untunglh ad kebun kan....seronok!

    ReplyDelete
  5. Meriah nyer.
    Aida pon time musim buah tu dpt la merasa mcm2 buah.
    My favourite is manggis :-)

    ReplyDelete
  6. Zaman dulu umah nenek Aida ada pokok ciku, manggis, durian. Puas kami makan. Now no more. Petnah kena panah petir! Terus x subur area tu :-(

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

JUMLAH PAPARAN HALAMAN