Bonde Zaidalifah: MENGHADIRI SUKAN PBT MALAYSIA DI MIRI SARAWAK

MENGHADIRI SUKAN PBT MALAYSIA DI MIRI SARAWAK

11:08 am

Assalamualaikum Dan Selamat Pagi...

Julai 2018 menghadirkan diri untuk Sukan Pihak Berkuasa Tempatan MALA di Miri, Sarawak.  Bonde di pertanggungjawabkan oleh Jabatan untuk menguruskan Pasukan Ten Pin Bowling Untuk Kejohan Sukan Mala di Miri Sarawak.  Ini adalah kali kedua Bonde jejakkan kaki ke Negeri Serawak, buat pertama kalinya Bonde ke Negeri Serawak sempena Lawatan Kerja Dokumentasi ISO pada tahun 2000 lebih 18 tahun tu tak sampai ke Negeri Sarawak.  Perasaan teruja sukar digambarkan untuk menghadiri Sukan MALA tersebut.  Berbekalkan pengalaman sebelum ni boleh gagahkan juga membawa nama Jabatan di peringkat PBT Malaysia.


Jadual perjalanan kami adalah pada jam 10.00 pagi. Perjalanan kami menaiki Kapal Terbang Mas dari KLIA 1, memakan masa lebih kurang 1 jam 45 minit. 


Perjalanan menaiki Mas selama 1 Jam 45 Minit, agak membosankan sebab dalam kapal yang kecil ini tiada disediakan tv untuk kami menonton sebarang video.  Sebelum crew kapal hidang makanan Bonde sempatlah melelapkan mata.. maklumlah sudah bangun awal untuk ke KLIA, takut terlepas erl dan flight.

Naseblah flight kali ni walau dekat ada disediakan makan untuk lunch.. boleh pilih pulak tu nak makan apa? Ayam atau Ikan.  Jadi Bonde request Ikan.. Tadaaaaa




Makan sambil ditemani awam membiru, memutih dan pemandangan yang macam ni... makan jadi pelahan.. moment yang tidak dapat gambarkan dengan perasaan... pemandangan diluar sangat indah tiap kali naik flight memang suka pandang view ni hu hu hu




Kami sampai di Lapangan Terbang Miri di sambut oleh staff Dewan Bandaraya Miri Sarawak.  Kami ada ada tujuh orang semuanya, empat peserta terus dibawa ke hotel dan Bonde bersama seorang lagi rakan menghadiri Mesyuarat untuk Pengurus Pasukan, kami di bawa ke tempat Mesyuarat berdekatan dengan  Dewan Bandaraya Miri Sarawak.  Lama jugalah dekat Mesyuarat ni perbincangan sangat hangat berkaitan peraturan perlawanan dan peserta. ( nak cerita bab ni memang tak habislaaa sehari ha ha ha)


HOTEL KINGSLEY MIRI SARAWAK

Habis sahaja Mesyuarat kami terus ke Hotel Kings tempat kami menginap di situ selama 3 Hari 2 Malam.  Seterunya kami ke Mega Lane di mall untuk sesi latihan bowling dan test lane.



Selesai sesi latihan kami balik ke hotel untuk makan malam dan seterusnya rehat.. jadual untuk pasukan kami adalah sesi petama jam 9.00 pagi.  Jadi malam tu tak boleh nak meronda Bandar Miri.  Hanya makan malam dan rehat di hotel.


MAKAN MALAM DI RESTORAN ANI SUP UTARA BANDAR MIRI, SARAWAK

Alhamdulillah tak susah kami nak mencari Restoran untuk makan.  Kerana terdapat Restoran Ani Sup Utara terletak di bawah Hotel sahaja. Kalau dekat semenanjung memang popularkan Restoran Ani Sup Utara ni, terkenal dengan menu sup dan tom yam yang superb sedap Ha ha ha

Sebelum Bonde naik ke bilik Hotel, Bonde pekena menu popular di Sarawak iaitu Mee Kolok.  Memang datang Sarawak nak mencuba makanan yang popular dekat situ.  Barulah rareee ha ha ha

MEE KOLOK SARAWAK

Hidangan Mee Kolok kalau anda nak tahu, yang Bonde order ni adalah, Mee Kolok Seafood.  Mee Kolok bagi Bonde adalah sama macam Mee Indome dihidangankan bersama-sama sup dan cili superb pedas.  Kalau tak suka pedas tak payah laaa letak cili merah tu.. itu bukan sos tapi cili api merah.. rasa dia memang power pada yang suka pedas haruslaa berselera makan!

HIDANGAN SATU SET MEE KOLOK

SUP DAN CILI API


MEE KOLOK


LET'S..Makannn ha ha ha

CARA MAKAN MEE KOLOK SARAWAK


Cara makan Mee Kolok adalah dengan menuangkan sup kedalam mangkuk Mee Kolok dan gaulkan bersama cili api untuk rasa yang lebih sedap... Bonde suka ! kena dengan selera yang suka makan pedas.

Lepas siap makan, Bonde pon naik ke Bilik untuk berehat, selesai tugasan hari pertama.. Alhamdulillah, Tunggu cerita selanjutnya... lebih menarik lagi...


Anda sedang mencari Homestay boleh rujuk maklumat dibawah :


Muslim Homestay Cameron Highland : 
Maklumat Homestay : https://bit.ly/2MESfAT 
Borang Tempahan : https://bit.ly/2BYxbAk 

Homestay Kak Yong Seri Iskandar : 
Maklumat Homestay : https://bit.ly/2LzfmHm 
Borang Tempahan : https://bit.ly/2BW70dl


~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

5 TEGURAN MEMBINA

  1. Best kan sambil buat aktiviti keja dapat jalan-jalan juga..

    ReplyDelete
  2. Terus SA rindu nak makan mee kokolok hj salleh..kat area Satok..kena repeat pi Sarawak lagi ni..

    ReplyDelete
  3. hai bonde...
    sambil keje sambil makan angin :)

    ReplyDelete
  4. aduhhh sedapnya mee kolok.. lama liez tak makan mee kolok

    ReplyDelete
  5. Wah. Bekerja di sarawak. Best.
    Mee kolok tu sedap kan.
    Time aida kursus di sarawak, pepagi dpt sarapan mee kolok. Best nyer. Puas makan.

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

JUMLAH PAPARAN HALAMAN