MENGENALI TRADISI MAKANAN KOREA DAN PERATURAN DI MEJA MAKAN



Assalamualaikum Dan Selamat Malam...

Hai Reader semua, Punya lama Bonde tak Move On lagi tau Melancong ke Korea ni... ish-ish seperti bermimpi disiang hari tau! sebab tu entri tak siap-siap dah setahun tau... tapi rasanya macam baru semalam kejadian ni... ha ha ha bila Facebook mengimbas memori arghhh rindu pun bertandang lagi.

Cerita hari ke dua kami ikut internary :

Lepas lawatan Ladang Anggur kami terus dibawa ke tempat makan, untuk menikmati makan tengahari.  Perut memang dah berkeroncong masa ni, sebab waktu terakhir makan tadi keluar dari airport makan roti jagung gardinear yang dibekalkan oleh pihak Ziarah Sutera dan susu pisang yang dibeli semasa di airport tadi.

MENGENALI TRADISI MAKANAN KOREA DAN PERATURAN DI MEJA MAKAN


MENGENALI TRADISI MAKANAN KOREA DAN PERATURAN DI MEJA MAKAN, MAKANAN TRADISI KOREA, KOREAN FOOD, MENCUBA MAKANAN KOREA, MENGENALI MAKANAN KOREA,

Setiap Nagara ada makanan tradisi mereka, disini Bonde nak kongsikan dengan anda semua mengenai apa Peraturan Di Meja Makan dan Tata Cara Ketika makan Dalam Kehidupan Budaya di Korea,  Sebabnya Bonde sudah 2 kali mencuba makanan tradisi ini, Bila balik Malaysia lupa apa yang dimakan. jadi untuk pengenalan dan pembelajaran bonde ambik sedikit masa google kembali apa yang Bonde dah cuba pada tahun 2017 dan 2012 di Korea.

PERATURAN DI MEJA MAKAN


Tata Cara Ketika Makan Dalam Kehidupan Budaya Di Korea

Dalam kehidupan masyarakat di Korea ada beberapa etika atau tata cara yang perlu diperhatikan ketika sedang makan, diantaranya:
  • Yang paling tua harus terlebih dahulu mengangkat sendok dan chopstik, jika sudah dimulai makan baru diikuti oleh yang lainnya.
  • Tidak mengeluarkan suara ketika makan.
  • Mangkok nasi dan sayur harus diletakkan di meja, tidak boleh mengangkat mangkok nasi ketika makan.
  • Tidak boleh makan sambil berdiri.
  • Tidak boleh meletakkan lauk pauk yang sudah dimasukkan ke dalam mulut.
  • Makanan yang berduri atau bertulang hendaknya ketika membuang duri atau tulang tersebut tidak diperlihatkan kepada orang lain, dan diusahakan untuk membuang di dalam gulungan tisu atau mangkok lainnya.
Selain itu juga ada beberapa perilaku yang dianggap TIDAK SOPAN bila dilakukan ketika makan:
  • Menghembuskan nafas dari hidung ke meja
  • Mendahului makan sebelum orang tertua
  • Mendirikan chopstik atau sendok ke atas, kerana melambangkan dupa yang dibakar saat upacara kematian
  • Palamkan makanan dengan chopstik dan mengambil makanan dengan tangan (ada makanan yang boleh diambil dengan jari tangan, namun panchan tidak diperbolehkan)
  • Menggunakan chopstik dan sendok pada saat bersamaan (hanya boleh dengan satu tangan)
  • Menggunakan chopstik atau sendok dengan tangan kiri, Membuat suara berisik saat mengunyah makanan atau memukul mangkuk dengan alat makan
  • Mengaduk-aduk nasi atau sup dengan sendok/chopstik
  • Mengaduk-aduk lauk pauk dengan sendok/chopstik
  • Menyelesaikan makan terlalu cepat atau terlalu lambat
  • Minum minuman menghadap ke orang tua (ini sangat tidak sopan, seseorang harus memutar posisi ke arah lain/sebelahnya)
  • Menerima minuman dari orang tua dan dihormati dengan kedua tangan, seharusnya tangan kiri diletakkan ke dada dan tangan kanan memegang tempat minum/cawan saat minuman dituangkan
  • Dalam situasi informal, peraturan-peraturan ini kurang begitu penting
  • Dalam acara makan keluarga, anak-anak diajari oleh orang tua tentang cara dan etiket makan tradisional
  • Bercakap saat mengunyah makanan tidak apa-apa, selama mulut tidak dibuka. Adalah tidak sopan saat makan bercakap dengan mulut terbuka. Namun, jika bercakap saat makan, orang Korea terbiasa menjawab dengan hanya mengangguk-anggukkan kepala atau menyebut "mm" sebagai erti "ya" dan tidak membuka mulut. Menyantap/menyeruput sup dengan suara berdesis sangat dianjurkan. Orang korea akan memberi komentar terhadap tamu yang sangat diam saat makan (jika ia tidak bercakap), supaya ia tidak terus berpacu menyantap makanan jika ia berhenti makan untuk bercakap.
Sebenarnya sama sahaja dekat Malaysia pon ada adap dan cara makan yang sopan.  Bila kita pergi ke negara lain, sedikit sebanyak kita kena belajar cara dan budaya mereka sebagai tanda menghormati.

Mengenal Budaya Makan Dan Makanan Masyarakat Korea

Masyarakat Korea pada umumnya makan tiga kali dalam sehari. Istilah untuk makan pagi dalam bahasa Korea disebut "achim" (아침), untuk makan siang "cômsim" (점심), dan untuk makan malam "côn'yôk" (저녁).

"Achim" (아침) pada umumnya dilakukan sebelum berangkat bekerja, "cômsim" (점심) ketika matahari berada di posisi tengah, dan "côn'yôk" (저녁) dilakukan pada saat setelah mengakhiri segala kegiatan.

Kebiasaan makan masyarakat kini setiap rumah berbeza-beza. Contohnya jika di luar bandar makan pagi dan makan malam lebih cepat, namun jika di Bandar kebanyakan makan pagi dilakukan dengan makanan ringan. Waktu makan juga banyak sekali perbezaan. Selain tiga kali makan ada juga waktu untuk makanan ringan yang istilahnya dalam bahasa Korea disebut "kansik" (간식) atau "saecham" (새참).

Menu makan yang disajikan tiga kali sehari dalam "pap sang" (밥상 = meja makan) masyarakat Korea adalah sebagai berikut:
  • "pap" (밥 = nasi)
    Makanan pokok yang disajikan adalah nasi. Selain "ssal" (쌀 = beras) ditambahkan juga biji-bijian seperti kacang, gandum, beras merah, dan lain-lain. Selain itu ada juga makanan pengganti nasi seperti mie dan roti.
  • "panchan" (반찬 = lauk pauk)
    "Panchan" yaitu makanan tambahan selain "pap" yang terdiri dari "kimchi", "namul", "saengsôn", "gogi" dan lain-lainnya. Untuk menu sederhana biasanya terdiri dari dua atau tiga jenis lauk bersama nasi, namun pada saat-saat istimewa dihidangkan hingga 10 macam jenis lauk pauk.
  • "guk" (국 = kuah sayur), "ccigae" (찌개 = sayur berkuah sedikit)
    Macam-macam jenis sayuran dan daging, makanan laut, yang dimasak dengan mencampur dengan air yang disebut dengan istilah "guk". Banyak di antara orang Korea yang tidak bisa makan tanpa sayur. Pada umumnya sayur yang berkuah banyak dan tidak masin disebut "guk", dan yang kuahnya lebih sedikit dan rasanya lebih keras dan kuat serta banyak sayurannya dibanding kuahnya disebut "ccigae".

MENGENALI TRADISI MAKANAN KOREA DAN PERATURAN DI MEJA MAKAN, MAKANAN TRADISI KOREA, KOREAN FOOD, MENCUBA MAKANAN KOREA, MENGENALI MAKANAN KOREA,

Menu makanan yang tidak terlepas dari orang Korea:


"Pap" (밥 = nasi)

Istilah memakan nasi atau "makan" dalam bahasa Korea disebut dengan istilah "pap mongneunda" (밥먹는다). Atau ada juga yang mengatakan "papsim" (밥심) yang kalau diterjemahkan bermaksud  "nasi adalah pemberi tenaga untuk hidup". 

"Pap" (밥) sendiri bermaksud "nasi". Bahkan dalam kehidupan di Korea ketika mengucapkan salam atau ketika menyapa seseorang dalam bahasa Korea sering digunakan kalimat bertanya seperti "Pap môgôssô?" (밥 먹었어?) yang bermaksud "Sudah makan?". Dan penggunaan kata makan pun menggunakan kata "pap" (밥 = nasi). Itulah betapa pentingnya "pap" untuk kehidupan orang Korea.

Dalam hidangan meja makan orang Korea biasanya selalu tersaji "pap" (밥 = nasi), "panchan" (반찬 = lauk pauk), "guk" (국 = kuah sayur), "ccigae" (찌개 = sayur berkuah sedikit), dan lain-lain. Namun yang paling penting adalah "pap" (밥), tetapi bukan berarti kalau sudah ada nasi maka tidak perlu yang lainnya.
"Jang" (장 = saos yang terbuat dari kacang kedelai)

Hal kedua yang tidak dapat terlepas dari menu makanan orang Korea iaitu "Jang" (장 = sos yang terbuat dari kacang kedelai). "Toenjang" (된장), "kanjang" (간장), "kochujang" (고추장) dan lain-lain adalah makanan tradisional Korea yang terbuat dari kacang kedelai. "Jang" (장) ini selain untuk bumbu pelengkap juga sebagai pengharum masakan.

Dan satu lagi yang tidak dapat terlepas dari menu makanan masyarakat Korea adalah "Kimchi" (김치 = Sayur jeruk khas Korea yang terbuat dari sayuran). "Kimchi" iaitu jenis sawi putih dan sayuran lainnya yang dimasamkan. Tiap wilayah, dan setiap rumah cara pembuatan dan rasanya pun sedikit ada perbezaan. Pada umumnya bahan asas Kimchi adalah sawi putih, lobak, daun lobak dan sayuran sejenisnya, dengan ditambahkan serbuk cili merah , sos ikan, daun bawang, bawang putih dan lain-lain.


MENGENALI TRADISI MAKANAN KOREA DAN PERATURAN DI MEJA MAKAN, MAKANAN TRADISI KOREA, KOREAN FOOD, MENCUBA MAKANAN KOREA, MENGENALI MAKANAN KOREA,

MAKANAN TRADISI KOREA

Kami mencuba masakan tradisi Korea, 


Hidangan nasi panas yang ditaburi bijirin di balut besama rumpai laut  dan letakkan sedikit lauk yang dihidangkan, dengan menggunakan chopstik terus masukkan kedalam mulut.



MENGENALI TRADISI MAKANAN KOREA DAN PERATURAN DI MEJA MAKAN, MAKANAN TRADISI KOREA, KOREAN FOOD, MENCUBA MAKANAN KOREA, MENGENALI MAKANAN KOREA,

Rumpai Laut @ Seaweed


MENGENALI TRADISI MAKANAN KOREA DAN PERATURAN DI MEJA MAKAN, MAKANAN TRADISI KOREA, KOREAN FOOD, MENCUBA MAKANAN KOREA, MENGENALI MAKANAN KOREA,

Makan seperti ini ha ha ha penuh mulut wei


LAUK_LAUK YANG DIHIDANGKAN


MENGENALI TRADISI MAKANAN KOREA DAN PERATURAN DI MEJA MAKAN, MAKANAN TRADISI KOREA, KOREAN FOOD, MENCUBA MAKANAN KOREA, MENGENALI MAKANAN KOREA,

SOTONG MANIS, SOTONG SAMBAL, TELUR DADAR DAN KIMCHI

MENGENALI TRADISI MAKANAN KOREA DAN PERATURAN DI MEJA MAKAN, MAKANAN TRADISI KOREA, KOREAN FOOD, MENCUBA MAKANAN KOREA, MENGENALI MAKANAN KOREA,

IKAN BILIS GORENG, SAYUR_TOGE DAN 2 JENIS SAYUR LAGI TAK INGAT NAMA APA

MENGENALI TRADISI MAKANAN KOREA DAN PERATURAN DI MEJA MAKAN, MAKANAN TRADISI KOREA, KOREAN FOOD, MENCUBA MAKANAN KOREA, MENGENALI MAKANAN KOREA,

SUP RUMPAI LAUT

MENGENALI TRADISI MAKANAN KOREA DAN PERATURAN DI MEJA MAKAN, MAKANAN TRADISI KOREA, KOREAN FOOD, MENCUBA MAKANAN KOREA, MENGENALI MAKANAN KOREA,

IKAN GORENG


KEDAI MAKAN YANG KAMI SINGGAH


Kredit pic: 

KekNil, KakLaila, KakSofi, Kak Aisyah dan Honey.

Next Entri : Meneroka Pulau Nami.

Untuk keterangan lanjut tentang pakej anda boleh layari :



~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Sgt la menarik ni, bonde. Kenal makanan korea. Untung la dpt merasa.
    And pasal adab meja makan tu, terbaik. Boleh kita apply jugak dan ajar anak2.

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.