FLOWER CHIMP MENERIMA PELABURAN BERJUMLAH RM 6 JUTA BERIKUTAN PRESTASI CEMERLANG DI ASIA TENGGARA



FLOWER CHIMP MENERIMA PELABURAN BERJUMLAH RM 6 JUTA BERIKUTAN PRESTASI CEMERLANG DI ASIA TENGGARA Assalamualaikum Dan Selamat Petang!  seronoknya kalau dapat Bunga! jarang sekali wanita tak sukakan bunga, sekarang ni wanita dan lelaki boleh jadikan hadiah bunga sesuatu yang istimewa.  Bagi wanita yang memberi lelaki bunga ianya boleh diletakkan di sudut meja mereka, dengan memandang bunga tersebut pasti si dia akan ingat pada kita betul tak?  Tahukah anda ada satu syarikat yang membuat perkhidmatan penghantaran bunga ini.  Anda tak perlu keluar bazir-bazir masa, duit dan tenaga nak keluar mencari florist, anda boleh tempah secara atas talian sahaja.  wahhh mudah bukan.  Bonde tengok kat laman web Floer Chimp tu cantik-cantik tau! jadi tak heranlah kenapa FLOWER CHIMP MENERIMA PELABURAN BERJUMLAH RM 6 JUTA BERIKUTAN PRESTASI CEMERLANG DI ASIA TENGGARA

FLOWER CHIMP MENERIMA PELABURAN BERJUMLAH RM 6 JUTA BERIKUTAN PRESTASI CEMERLANG DI ASIA TENGGARA
Pengasas Berhasrat Meluaskan Perniagaan ke Singapura Menjelang Pertengahan Ogos 2018

FLOWER CHIMP MENERIMA PELABURAN BERJUMLAH RM 6 JUTA BERIKUTAN PRESTASI CEMERLANG DI ASIA TENGGARA, FLOWER CHIMP, GUBAHAN BUNGA, PENGHANTARAN BUNGA, TEMPAHAN BUNGA, SURPRISE , GUBAHAN BUNGA, BUNGA, SEBAKUL BUNGA,KUALA LUMPUR, 15 Ogos 2018 - “Ucapkan dengan bunga!” Kepesatan industri e-dagang di peringkat global telah memacu perkhidmatan penghantaran bunga dan membolehkan pengguna mencipta kenangan indah bersama insan tersayang. Bayangkan, betapa mudahnya anda boleh memilih jambangan bunga kegemaran anda dan merancang penghantaran semudah di hujung jari sahaja.

FLOWER CHIMP MENERIMA PELABURAN BERJUMLAH RM 6 JUTA BERIKUTAN PRESTASI CEMERLANG DI ASIA TENGGARA, FLOWER CHIMP, GUBAHAN BUNGA, PENGHANTARAN BUNGA, TEMPAHAN BUNGA, SURPRISE , GUBAHAN BUNGA, BUNGA, SEBAKUL BUNGA,
Daripada pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke kiriman bunga sebagai tanda ucapan tahniah, titipan istimewa sempena sambutan Hari Kekasih dan Hari Ibu, Flower Chimp akan memenuhi keperluan bunga-bungaan anda dari harga serendah RM89 sahaja. Melangkah setapak ke hadapan berbanding pesaing mereka, Flower Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak. Dengan rangkaian meluas seperti itu, tidak hairanlah perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut menjadi pilihan utama pelanggan yang turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. Malah, pelanggan juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk mengejutkan insan tersayang mereka.

FLOWER CHIMP MENERIMA PELABURAN BERJUMLAH RM 6 JUTA BERIKUTAN PRESTASI CEMERLANG DI ASIA TENGGARA, FLOWER CHIMP, GUBAHAN BUNGA, PENGHANTARAN BUNGA, TEMPAHAN BUNGA, SURPRISE , GUBAHAN BUNGA, BUNGA, SEBAKUL BUNGA,

“Walaupun kami masih baharu dalam perniagaan penghantaran bunga ini, Flower Chimp telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini. Dalam tempoh kurang daripada dua tahun, kami telah menjadi pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan lima (5) kali ganda berbanding tahun lepas,” kata Maximilian Lotz, Pengasas Flower Chimp.

Berikutan prestasi memberangsangkan mereka dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG), sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang unik. Syarikat yang sama turut membuat pelaburan dengan syarikat lain seperti iMoney, Happy Fresh dan iPrice. “Kami mensasarkan untuk mengembangkan rangkaian kami di Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019,” tambah Lotz.

Lotz dan rakan kongsi/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa yang mendalami sendiri perniagaan bunga-bungaan berhasrat untuk menggunakan pelaburan yang diterima untuk mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina, di samping meningkatkan infrastruktur teknikal untuk memanfaatkan pelanggan kami dengan ciri-ciri pintar termasuklah sistem penjejakan secara langsung bagi setiap pesanan. “Dalam masa yang sama, kami menjalankan kajian ke atas pasaran semasa secara berterusan dalam mencari idea untuk produk dan promosi baharu untuk pelanggan kami yang kembali untuk mencari sesuatu yang bersesuaian dengan keperluan mereka,” kata Frassa.

FLOWER CHIMP MENERIMA PELABURAN BERJUMLAH RM 6 JUTA BERIKUTAN PRESTASI CEMERLANG DI ASIA TENGGARA, FLOWER CHIMP, GUBAHAN BUNGA, PENGHANTARAN BUNGA, TEMPAHAN BUNGA, SURPRISE , GUBAHAN BUNGA, BUNGA, SEBAKUL BUNGA,

Kata Frassa lagi, “Dengan kuasa pemasaran dalam talian dan media sosial, kami mahu mengukuhkan penjenamaan kami dan menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan yang semakin lama semakin bijak mengendalikan perkata berkaitan teknologi. Kami yakin, dalam tempoh dua belas (12) bulan akan datang, dari Suku Keempat (Q4) 2018 hingga ke Suku Keempat (Q4)  2019, Flower Chimp akan berkembang sehingga tiga (3) kali ganda menerusi sumbangan daripada empat pasaran utama iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina”.

FLOWER CHIMP MENERIMA PELABURAN BERJUMLAH RM 6 JUTA BERIKUTAN PRESTASI CEMERLANG DI ASIA TENGGARA, FLOWER CHIMP, GUBAHAN BUNGA, PENGHANTARAN BUNGA, TEMPAHAN BUNGA, SURPRISE , GUBAHAN BUNGA, BUNGA, SEBAKUL BUNGA,




Untuk Keterangan lanjut layari laman web tersebut: 


Flower Chimp di Malaysia Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com/ Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpMY/ 
Instagram: @flowerchimp 

Flower Chimp di Indonesia Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.co.id/ Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpID/ 
Instagram: @flowerchimp.id 

Flower Chimp di Filipina Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com.ph/ Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpPH/ 
Instagram: @flowerchimp.ph






~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Senang ada delivery mcm ni kan. Bunga pn nampak fresh dan cantik²

    BalasPadam
  2. Penghantaran pada hari yg sama dengan harga serendah rm89? Terbaik lah flower Chimp.

    BalasPadam
  3. Bunga dia lawa sangat bestnya kalau dapat satu ni

    BalasPadam
  4. bestnyaa kalo ada yang sudi post kasi kite hehe..

    BalasPadam
  5. Cantik canik bouquet bunga tuh kan bonde

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.