Bonde Zaidalifah: SYAMPU RAMBUT KANAK-KANAK CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER

SYAMPU RAMBUT KANAK-KANAK CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER

1:20 pm

Assalamualaikum Dan Selamat Petang...

Hai reader semua, Bonde nak perkenalkan kepada anda semua.. produk terbaharu dari Carrie Junior iaitu :

SYAMPU RAMBUT KANAK-KANAK CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER

SYAMPU RAMBUT KANAK-KANAK CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER
 SYAMPU RAMBUT KANAK-KANAK CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER

~ ALAMI RAMBUT HARUM DAN SEGAR SEPANJANG HARI!

Pernahkah anda mengalami bau yang kuat dari kulit kepala dan rambut yang berpeluh selepas anak anda bermain di luar atau pulang dari sekolah? Baunya menjadi lebih teruk apabila kulit kepala anak anda berminyak dan berpeluh. Satu-satunya cara untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan ini adalah dengan memastikan anak anda mencuci rambutnya selepas waktu sekolah, atau bermain di luar. Mengekalkan kebersihan rambut akan dapat mengurangkan risiko jangkitan kulit kepala selain memastikan mereka berbau segar.

Penting bagi ibu bapa untuk mengetahui bahawa syampu dewasa tidak digalakkan untuk kanak-kanak. Penggunaan syampu dewasa pada kanak-kanak akan menyebabkan masalah kulit kepala dan rambut terutama bagi kanak-kanak berumur antara 6-12 tahun. Disebabkan kulit kepala dan rambut kanak-kanak yang halus amat sensitif, maka cara yang terbaik adalah menggunakan syampu yang dirumus khas agar rambut dan kulit kepala yang sihat dapat dikekalkan.

Memahami keperluan kanak-kanak terhadap produk yang lembut dan selesa pada kulit, CARRIE JUNIOR memperkenalkan CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER, syampu yang selamat digunakan setiap hari dan memberikan haruman pada rambut sepanjang hari. Ia merupakan syampu baharu yang dirumus khas bagi menghilangkan bau yang tidak menyenangkan secara berkesan, tanpa mendatangkan kesan buruk pada rambut dan kulit kepala. Dengan aroma buah-buahan yang berkekalan selama 24 jam, si manja pasti kekal segar dan berbau wangi walaupun setelah seharian bermain dan berseronok di luar kediaman. Diperkaya dengan minyak zaitun, produk ini dapat menyuburkan dan melembutkan rambut agar mudah diurus dan disikat.
SYAMPU RAMBUT KANAK-KANAK CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER

CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER hadir dalam aroma Perky Peach Fruity Burst yang menyenangkan serta mempunyai pH seimbang, lembut dan tidak menghakis untuk kegunaan seharian. 

CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER boleh didapati dalam dua saiz, iaitu pek 280g yang dijual pada harga RM10.10* di Semenanjung Malaysia dan RM 10.60* di Sabah & Sarawak.

Manakala CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER bersaiz 700g dijual pada harga RM20.70* di Semenanjung Malaysia dan RM 21.70* di Sabah & Sarawak.

Produk CARRIE JUNIOR boleh didapati di kedai runcit, pasaraya, pasaraya besar dan farmasi utama seluruh negara.

Kini, ibu bapa boleh memeluk anak-anak selepas bermain walaupun berpeluh namun masih kekal segar dan berbau aroma buah buahan sepanjang hari!

*Harga tertakluk kepada perubahan berdasarkan cukai yang akan diumumkan oleh Kerajaan

SYAMPU RAMBUT KANAK-KANAK CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER

~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

1 TEGURAN MEMBINA

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

JUMLAH PAPARAN HALAMAN