THROWBACK STORY DI SEOUL GARDEN
5:15 pm
Assalamualaikum dan Selamat Petang...
Hai reader semua, Apa khabar ?? Moga semua sihat sahaja... "Story Throwback" bulan Ramadan hari tu... berbuka di "Seoul Garden" layan "steamboat" untuk kali yang kedua didalam bulan Ramadan menikmati buka puasa "steamboat dan grill". Seronoknya makan.. dekat "Seoul garden" Sebab memang menjadi kesukaan Bonde suka makanan berkuah dan bakar-bakar yang siap di peram dengan rempah lepas tu makan masa panas-panas memang sangat membuka selera. Seoul Garden yang Bonde pergi ni dekat dalam bangunan D'Pulze, Cyberjaya.
THROWBACK STORY DI SEOUL GARDEN
[SOUP TOM YAM]
Disebabkan kali ini hanya satu periuk sahaja yang disediakan untuk satu table kami share sama-sama, Bonde follow apa yang Kanda dan Fatin nak pilih. Soup Tom Yam.
Bonde story apa yang Bonde ambik untuk makan nanti.. ni hidangan Bonde untuk buka puasa nanti, untuk Kanda dan Fatin mereka pun pilih sendiri kesukaan mereka.
*Pinggan Pertama
- Yee Mee
- Kepingan tahu kering
- Telur
*Pinggan Kedua
- Sayuran kobis panjang
- Brokoli
- Jagung
- Ikan kembung (dalam daun pisang)
*Pinggan Ketiga
- Ikan dori
- Ketam
*Pinggan Keempat
- Shushi
- Cendawan goreng tepung
- Kuih udang
- Samosa
Sos cili ambik yang Fav jer...
Sementara menunggu masuknya azan magrib. sempatlah kami berbincang dan beramah mesra story hal-hal keluarga.
Sempatlah dua beranak ni bergurau senda.. ha ha ha
Untuk apa Bonde kongsikan di sini supaya satu masa nanti akan menjadi kenangan family kecil kami..
Fatin mempunyai Ayah yang suka menyakat kemudian acah-acah memujuk.. pula.
[INFO HARGA BUFET SEOUL GARDEN]
Sebaiknya kalau nak berbuka dekat Seoul Garden masa bulan puasa ni, anda booking terlebih dahulu sebab sepanjang bulan puasa ni mana-mana tempat akan full house betul tak?
Kalau sudah booking tak jadi masalah sudah tentu ada tempat untuk kita nanti, kalau nak work in tu tak tahu lagi sama ada kosong atau telah penuh.. bergantung pada rezeki juga so..

~ Bonde Senyum Riang ~
1 TEGURAN MEMBINA
bestnya ada ketam!
ReplyDelete~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang