Bonde Zaidalifah: KENAPA KURMA JADI KEBENCIAN JIN DAN SYAITAN?

KENAPA KURMA JADI KEBENCIAN JIN DAN SYAITAN?

4:39 pm

KENAPA KURMA JADI KEBENCIAN JIN DAN SYAITAN? Assalamualaikum Dan Selamat Petang.  Bonde terbaca di group whatsapp berkaitan buah Kurma ini, jadi suka untuk Bonde kongsikan dengan anda semua... KENAPA KURMA JADI KEBENCIAN JIN DAN SYAITAN? 
Kurma seperti yang kita sedia maklum merupakan salah satu makanan sunnah. Tetapi mengapa jin dan syaitan amat membenci buah kurma? Mengapa pula Nabi SAW perintahkan kita untuk memakannya dalam bilangan yang ganjil, seperti 3,5,7, mahupun 11 dan dimakan pada waktu pagi? Tapi seelok-eloknya makan tujuh biji kurma kerana ia baik dari segi agama mahupun menurut fakta sains.


Ini kerana buah kurma memberikan daya perlindungan kepada tubuh manusia dan membuat perisai untuk melindungi tubuh manusia.


Amir bin Saad dari bapanya – berkata : Rasulullah SAW bersabda : “Lakukanlah ikhtiar perlindungan daripada sihir dengan memakan 7 biji kurma. Penelitian sudah menunjukkan bahawa buah kurma miliki manfaat utama.”


KENAPA KURMA JADI KEBENCIAN JIN DAN SYAITAN?

Kenapa kurma jadi kebencian jin dan syaitan... dan kenapa Nabi SAW makan dalam bilangan ganjil?


1. Mengurangkan paras kolesterol dalam darah dan mencegah saluran darah daripada tersumbat.

2. Mencegah kanser usus besar serta mencegah penyakit buasir dan juga mengurangkan bentuk batu kepahitan serta membantu memberi tenaga kepada wanita hamil dan ketika bersalin, kerana ia mengandungi serat serta merupakan makanan yang baik pencernaan dan gulanya.

3. Mencegah kerosakan gigi kerana mengandungi fluorine.

4. Mencegah racun kerana mengandungi natrium, gallium dan vitamin C.

5. Penyembuhan kepada mereka yang mengalami kekurangan darah merah kerana kurma mengandungi zat besi, tembaga, vitamin B-2.


6. Ubat untuk penyakit lemah tulang kerana kurma mengandungi kalsium, fosfor, vitamin A.


7. Penyembuhan untuk kehilangan selera makan dan kurangnya fokus kerana ia mengandungi gallium.

8. Untuk menyembuhkan kekurangan umum dan jantung berdebar kerana mengandungi magnesium, tembaga.

9. Ubat kanser sendi dan otak kerana mengandungi boron.

10. Anti kanser kerana ia mengandungi selenium.

11. Pengubatan disfungsi ereksi kerana mengandungi boron, vitamin A.

12. Perawatan untuk kulit kering dan penyakit kornea mata kering serta kebutaan malam kerana mengandungi vitamin A.

13. Ubat untuk penyakit saluran pencernaan saraf kerana mengandungi vitamin B1.

14. Merawat rambut gugur dan stres mata serta selaput lendir rongga mulut dan inflamasi bibir kerana mengandungi vitamin B-2.

15. Merawat inflamasi kulit kerana mengandungi vitamin niacin.


16. Ubat untuk penyakit kudis, melemahkan keseluruhan tubuh dan jantung berdebar, sesak nafas dan kecut pembuluh darah serta timbulnya bintik-bintik merah pada kulit, kerana mengandungi Vitamin C, atau ascorbic acid 2 E.


17. Mengubati penyakit kemasaman di perut kerana mengandungi klorin, natrium dan gallium.

18. Merawat penyakit gusi dan kekurangan saluran darah kapilari kerana mengandungi vitamin C.

19. Merawat penyakit kekurangan kekuatan otot dan tulang kerana mengandungi vitamin C.

20. Ubat atasi kekurangan dalam tulang dan gigi, kerana mengandungi Vitamin C, atau ascorbic acid 2 E.

Kongsikan dengan yang lain agar semua mendapat manfaat. Jom amalkan makan kurma setiap hari. Bulan Ramadan ni, kita amalkan setiap kali makan sahur.

copy & paste.


~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

5 TEGURAN MEMBINA

  1. nice sharing.. suka kurma lagi2 yang moist2.. dap =D

    ReplyDelete
  2. Dulu tak suka rasa kurma.. tp bila pregnant anak ptama dulu.. mengidam kurma.. smpai skrg tak boleh kalau tak mkn kurma.. walaupun bkn bulan ramadhan ,kak shaz tetap usaha cari buah kurma.. hehe

    ReplyDelete
  3. tqq sharing bonde. memang tak dinafikan terlalu banyak khasiatnya dan memang sudah terbukti. hee. tp kena beli kurma yang betul. takmo yg rendam air gula n jadi kembang tu, hehe.

    kurma yg ada tangkai pesuma tu best. makan fresh2

    ReplyDelete
  4. khaty kurang gemar kurma sebab kadang-kadang terkena yang sangat manis, tapi memnag betul bonde khasiat terlalu banyak, sekarang bila dah lepas besalin khaty amalkan makan kurma sampai boleh untuk meningkat kan kualiti susu ibu

    ReplyDelete
  5. Nice sharing bonda.. Sha suka kurma tapi memang memilih kalau beli.. Sebab kadang-kadang ada yang manis sangat.. Tak boleh nak makan..

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

JUMLAH PAPARAN HALAMAN