SUKA GANDINGAN LAKONAN AERIL ZAFRIL DAN AZAR AZMI DALAM DRAMA CINTA FATAMORGANA



SUKA GANDINGAN LAKONAN AERIL ZAFRIL DAN AZAR AZMI DALAM DRAMA CINTA FATAMORGANA.  Assalamualaikum Dan Selamat Petang...Hai reader semua,

Drama bersiri hasil sentuhan sutradara Heykal Hanifah bertajuk 'Cinta Fatamorgana' yang bersiaran di slot Akasia di TV3. Dibintangi oleh Aeril Zafrel, Azar Azmi, Syazuwan Hassan, dan Nazeera Sardi. 

Bermula 13 April yang lalu, ditayangkan setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 7.00 malam di TV3.

Mula-mula memang tak berkesempatan nak menonton drama ni dari awal kerana selalu balik kerja lewat disebabkan lalulintas yang sesak membuatkan Bonde selalu keluar pejabat lambat.  Jadi Drama ni dapat tengok last-last time nak tamat.  Memang sadis betul "traffik jam"

Tapi macam biasalah... tak dapat tengok "on time" kita tengok "on line" keh keh keh

Tak tahu kenapa drama ni, cepat sangat sangkut dekat jiwa hi hah! he he he

TONTON FULL EPISOD CINTIA FATAMORGANA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

[11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20]

[21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


SUKA GANDINGAN LAKONAN AERIL ZAFRIL DAN AZAR AZMI DALAM DRAMA CINTA FATAMORGANA



SUKA GANDINGAN LAKONAN AERIL ZAFRIL DAN AZAR AZMI DALAM DRAMA CINTA FATAMORGANA

SINOPSIS CINTA FATAMORGANA

Kisah persahabatan di antara Rifqi (Aeril Zafrel), Huzair (Syazuwan Hassan) dan Wildad (Azar Azmi). Hubungan Rifqi dan Huzair sangat rapat. Rifqi sangat terhutang budi dengan Tuan Deraman (Norman Hakim) dan Puan Habibah (Linda Rafar) yang mengganggap Rifqi seperti anak mereka sendiri. Malah Rifqi turut tinggal bersama-sama keluarga Huzair setelah kematian bapanya yang telah banyak berjasa kepada keluarga Huzair.

Dalam diam, Wildad dan Rifqi saling jatuh cinta namun terhalang kerana Huzair turut menyintai Wildad. Sikap Rifqi yang lebih mementingkan perasaan Huzair berbanding Wildad membuatkan Wildad sering berkecil hati. Namun, dalam diam hati lelakinya tetap merasa cemburu apabila melihat Huzair mesra bersama Wildad tetapi perasan itu hanya dipendam Rifqi demi menjaga persahabatan mereka. Delina pula punya calon kekasih hatinya sendiri, Shakir, namun ibunya, Puan Karmila menentang perhubungan mereka. Dia mahu Delina berkahwin dengan Huzair kerana mengimpikan syarikat milik Tuan Deraman.

Suatu hari, keluarga Wildad ditimpa malang apabila mereka di buru Ahlong akibat hutang kakaknya, Wahidah. Apabila mengetahui masalah Wildad, Huzair meminta bantuan bapanya untuk menyelesaikan hutang Wildad. Wahidah juga turut diberi pekerjaan di syarikat mereka. Rifqi mengambil keputusan untuk menjarakkan diri apabila melihat Huzair dan Wildad semakin rapat. Wildad sebenarnya terluka dengan sikap Rifqi yang tidak ambil peduli tetapi dia juga tersepit dengan kebaikan Huzair yang telah banyak membantu keluarganya.

Namun, Tuan Deraman pula tidak mahu Huzair berkawan rapat dengan Wildad kerana dia mahu menjodohkan Huzair dengan Delina, anak sahabat baiknya. Tanpa pengetahuan Huzair, Tuan Deraman membuat keputusan untuk menikahkan Rifqi dan Wildad ketika Huzair ke luar negara untuk menyambung pelajaran. Adakah Huzair dapat menerima orang yang dicintainya dirampas Rifqi sedangkan selama ini Wildad hanya mencintai Rifqi?


JUDUL : CINTA FATAMORGANA


JUMLAH EPISOD : 27 episod

TARIKH TAYANGAN : 13 April 2018

WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam

SIARAN TV : Slot Akasia TV3

PENULIS SKRIP : Farhana Fauri

IDEA ASAL : Mama Bella & Maizura Mohd Ederis

PENGARAH : Heykal Hanifah

TERBITAN : Luqsar Kreatif Sdn Bhd

PELAKON : Aeril Zafrel, Azar Azmi, Syazuwan Hassan, Shahz Jaszle, Nazeera Sardi, Norman Hakim, Faezah Elai, Rusdi Ramli, Emelda Rosmila, Dayana Roza, Asry Azizan, Mak Wan, Linda Rafar, Syuhaida Abraz (Dottie), Julia Farhana Marin, Rais Ismail, Nelissa Edreena

SUKA GANDINGAN LAKONAN AERIL ZAFRIL DAN AZAR AZMI DALAM DRAMA CINTA FATAMORGANA

Selamat Menonton semua....


~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

2 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.