REVIEW FILEM DUKUN



Assalamulaikum Dan Selamat Pagi....

Hai reader semua,

Anda semua dah tengok filem Dukun ke belum?  Kalau belum marilah baca sampai habis berkaitan filem yang tengah hangat di semua pawagam seluruh negeri di Malaysia.

Bonde memang teringin sangat nak tengok filem ni, berdasarkan mitos-mitos yang didengari berkaitan filem ni memang menarik perhatian untuk terus membeli tiket secara online.

Tidak heranlah...
hari pertama sahaja ianya ditayangkan telah mengutip 1.5 juta tiket telah dijual, sesuatu yangdibanggakan dalam industri fefileman Malaysia.

REVIEW FILEM DUKUN,UMIE AIDA, HANTU KEBAYA MERAH,

Pada saat pembelian tiket online terpaksa memakan masa kerana panggung  berdekatan penuh dan yang tinggal hanya 2 baris hadapan sahaja. (memang tak akan beli sebab tak nak sakit leher...) masa pilihan untuk kami tonton filem ini terpaksa ditukar agak lewat sedikit walaupun plan asal kami, tidak malu tengok 'might night' terpaksa juga tukar pilihan disaat akhir.  Kerana waktu itu sahaja yang ada kosong... 


[ BARISAN PELAKON ]

Umie Aida Sebagai Diana Dahlan

Faizal Hussein Sebagai Karim

Elyana Sebagai Nadia

Adlin Aman Ramlie Sebahagai Datuk Jefri Jailani

Nam Ron Sebagai ASP Talib

Sofi Jikan Sebagai Fadzil

Hasnul Rahmat 

[ PENGARAH ]

Dain Iskandar Said

[ PENULIS ]

Dain Iskandar Said ... Lakon layar

Huzir Sulaiman ... Skrip

Dominique Hee ... Idea asal

sumber : http ://filemkita.com

REVIEW FILEM DUKUN,UMIE AIDA, HANTU KEBAYA MERAH,

[ SINOPSIS FILEM DUKUN ]

Diilhamkan daripada kes berprofil tinggi pada awal tahun 2000, Dukun menceritakan mengenai seorang peguam, Karim (Faizal Hussin) yang mencari anaknya yang hilang, Nadia (Elyana). 

Dalam pencarian itu, Karim meminta bantuan bantuan pihak polis dan pihak polis juga memintanya untuk menerima kes Diana Dahlan (Umie Aida). 

Diana Dahlan dibicarakan atas tuduhan membunuh Dato' Jefri. Diana telah mengaku dan ada kaitan antara Diana dan anak Karim, Nadia yang menghilangkan diri. 

Pelbagai kisah misteri terjadi sehingga menjawab persoalan mengenai kematian Dato' Jefri dan kehilangan Nadia. 

Dapatkah Nadia ditemui? Apakah hukuman yang dijatuhkan terhadap Diana?

REVIEW FILEM DUKUN,UMIE AIDA, HANTU KEBAYA MERAH,

[ BETUL KE KISAH DAN LAKONAN INI DARI KISAH BENAR MONA FANDEY ]

Memang betul ada part lakonan dari kisah benar Mona Fandey.. berdasarkan sejarah/isu tersebut "flashback" pada tahun 90an zaman Bonde masih dibangku Sekolah kisah ini memang hangat di dada akbar, majalah dan berita rtm dan tv3.  Kadang-kadang tu dah siap sedia tunggu depan tv nak tahu perkembangan berita mengenai kisah beliau setiap hari.

Dalam filem ini, memang ada terdapat persamaan Kisah Mona Fandey yang dikatakan terdapat dalam filem ini adalah benar. Beliau merupakan seorang Dukun dan pengamal ilmu hitam.  Ada juga part membunuh dan kerat 18 seperti yang keluar dalam berita kisah Mona Fandey anda boleh rujuk disini ----->>>  Wikipedia Mona Fandey

REVIEW FILEM DUKUN,UMIE AIDA, HANTU KEBAYA MERAH,

Tapi tak semualah kisah Mona Fandey dalam filem ni ada juga watak tambahan seperti kisah Karim dan anaknya Nadia.

[ PART SERAM DAN SOUND EFFECT ] 

Sebenarnya bagi Bonde, filem ni ada juga part yang seram, ketika watak Diana dalam lokap memang sangat seram, memang nampak ngerilah part Diana memuja dan membaca mentera muka dia sangat seram part jilat dinding lokap.. tahniah Datin Seri Umie Aida watak sangat menjiwai dan menjadi sekali. 

Walau seram part ni, tetap buka mata nak tengok! apa kesudahan ceritanya...

REVIEW FILEM DUKUN,UMIE AIDA, HANTU KEBAYA MERAH,

SAAT DIPERKENALKAN DENGAN LAWYER YANG BERNAMA KARIM

REVIEW FILEM DUKUN, UMIE AIDA,

SAAT DI DALAM LOKAP

REVIEW FILEM DUKUN, UMIE AIDA,

REVIEW FILEM DUKUN, UMIE AIDA,

Watak Nadia (Elyana)  juga tidak kurang hebatnya.. Elyana pandai dan menjiwai  watak yang diberi kepadanya. 

REVIEW DARI BONDE

Bagi Bonde, filem ni baik untuk ditonton bagi anda yang hendak mencungkil sejarah/isu Mona Fandey yang mengegarkan tanahair satu masa dulu, Cuma anda perlu tahu bahawa filem Dukun telah menjalani pengambaran 12 tahun lepas. Jadi ada banyak kelebihan dan kekurangan dalam filem ini bagi anda yang suka mengkretik terpulanglah itu pendapat anda.  Bukan mudah nak menerbitkan filem sebegini hingga memakan masa bertahun lama untuk di tayangkan kepada penonton.


Anda boleh tonton filem Dukun dan nyatakan pendapat anda mengenai filem ini. 

Ini adalah review peribadi Bonde. Mungkin pendapat anda lain dan berbeza. maka dengan menonton filem ini sedikit sebanyak Bonde dapat meyelami dan mengetahui sejarah/isu Mona Fandey.  Pendek kata kalau anda tak puas hati dengan review ini apa kata anda tempah tiket gsc atau tgv sekarang he he he sokonglah filem Malaysia.

Selamat menonton.

REVIEW FILEM DUKUN,UMIE AIDA, HANTU KEBAYA MERAH,

REVIEW FILEM DUKUN,UMIE AIDA, HANTU KEBAYA MERAH,

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Dania semalam balik dari kem kepimpinan pelajar ayat pertama dia nampak SA keluar ajak tengok filem DUKUN ni....dh la mama dia penakut...

    BalasPadam
  2. terima kasih sebab review cerita ni. Tak tahu la bila dapat tengok

    | blog aimanabdullah |

    BalasPadam
  3. mcm best la review movie ni ... alahai, bilalah nak tengok ni...

    BalasPadam
  4. Wah bonda, bestnya dah tgk Dukun. Ramai juga yang kata seram cerita tu. Ana tunggu kat Astro First dulu la.

    BalasPadam
  5. Alahai blom berkesempatan nak tonton filem ni.. Iris mmg suka filem seram2 ni.. Hihi

    BalasPadam
  6. Menarik sinopsis citer ni...boleh masuk wistlist nanti

    BalasPadam
  7. Tak berani nak tengok wayang dukun..takut terbawa2 dalam reality. Kang ada orang g jamban tak tutup pintu😂😂

    BalasPadam
  8. Kita tak bekesempatan nak tengok filem menarik. Takde masa lagi. Harap sempat lah nk tengok.

    BalasPadam
  9. Nak tengok tapi tak boleh bawa anak2 sekali. Laki pon tamo layan...nak g tengok ngan sapa eh

    BalasPadam
  10. nak tggu keluar astro beli jelah...bwk bdk2 ni ssh sikit...takut nangis takut plk kan...tp tak sabar dangat nak tengok..

    BalasPadam
  11. Macam best jer. Kutipan pon tinggi jugak. Thaks atas perkongsian bonde.

    BalasPadam
  12. Mcm best hehe cantik umie aida dlm nI

    BalasPadam
  13. Dari review bonde ni..macam seronok ceritanya.
    Kena tunggu kt astro first nih.

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.