Bonde Zaidalifah: BUFET RAMADAN TERBAIK HANYA DI RAJAWALI COFFEE HOUSE, RESORTS WORLD GENTING

BUFET RAMADAN TERBAIK HANYA DI RAJAWALI COFFEE HOUSE, RESORTS WORLD GENTING

7:32 pm

Assalamualaikum dan Selamat Malam...

Hai reader semua,

Bonde nak sharekan dengan anda semua pada hari Rabu 25 April yang lepas Bonde ke Genting Highlands luangkan masa semata-mata untuk Bufet Ramadan terbaik hanya di Rajawali Coffee House

Jika anda bercadang untuk ke Genting Highland pada bulan Ramadan nanti, Maklumlah mesti ramai yang nak shopping dekat GPO yang baru dibuka tu kan!  Lepas tu tak berkesempatan nak cari tempat berbuka puasa yang selesa untuk anda dan keluarga, Bonde cadangankan anda singgahlah ke Resort World Genting ini,  Kerana Resort World Genting ada menyediakan pakej berbuka puasa yang memenuhi selera anda sekeluarga.  Sebab apa Bonde kongsikan cerita ni, sebab Bonde sudah rasa satu persatu dan rasanya perlu Bonde kongsikan dengan anda semua bagi memudahkan anda yang nak cari tempat berbuka puasa nanti.

BUFET RAMADAN TERBAIK HANYA DI RAJAWALI COFFEE HOUSE, RESORTS WORLD GENTING

Berbuka puasa dikelilingi awam di Resorts World Genting dengan lebih 100 hidangan tradisional Malaysia

Bulan suci Ramadan bakal menjelma tidak lama lagi dan Resorts World Genting menjemput semua rakyat Malaysia datang berbuka puasa di Rajawali Coffee House di Hotel Awana. Datang bersama keluarga, dalam satu kumpulan atau rakan-rakan kerja sepejabat untuk berbuka puasa dengan pelbagai juadah dan hidangan menarik tradisional Melayu bermula 18 May hingga 13 Jun 2018.

BUFET RAMADAN TERBAIK HANYA DI RAJAWALI COFFEE HOUSE, RESORTS WORLD GENTING

Bufet Ramadan di Rajawali Coffee House bakal menampilkan lebih daripada 100 hidangan serata Malaysia. Berbuka puasa dengan pelbagai pilihan kurma premium diimport khas dari Iran, Turnisia dan Maghribi. 

Gerai Sate dengan pilihan Sate Ayam, Daging, Kambing dihidangkan bersama Otak-otak dan pelbagai hidangan sampingan termasuk Nasi Himpit, Timun, Bawang Bombay dan Kuah Sate merupakan menu wajib rakyat Malaysia yang terdalam dalam Bufet Ramadan. 



Buat penggemar sup, satu kios khas Sup Citarasa Awana yang merupakan kepakaran Rajawali Coffee House disediakan dengan pilihan termasuk Sup Gear Box ‘Lambreta’, Sup Perut, Sup Daging dihidang bersama Roti Banggali untuk menjadi peneman lengkap dan dengan pelbagai hidangan lain.


Hidangan utama pula ialah Kambing Bakar Australia dengan sos Lada Hitam Homemade dan Sos Pudina termasuk pilihan Ayam Percik dengan Sos Percik Merah dan Rojak Ayam. 



Kios Ikan Bakar pula menawarkan pelbagai pilihan ikan-ikan tempatan yang popular termasuk Kembung, Siakap, Kerapu, Keli, Tenggiri, Terubuk, Patin, Tongkol, Cencaru dan Tilapia. Kesemuanya dibakar dengan sempurna disajikan bersama Sambal Celup, Sambal Belacan, Cincaluk, Budu atau Air Asam. 

BUFET RAMADAN TERBAIK HANYA DI RAJAWALI COFFEE HOUSE, RESORTS WORLD GENTING


Pilihan makanan laut pula terdiri daripada Ketam segar, Udang, Sotong, Ikan Kembung dan Bebola Ikan/Sotong Goreng Tepung.

BUFET RAMADAN TERBAIK HANYA DI RAJAWALI COFFEE HOUSE, RESORTS WORLD GENTING


BUFET RAMADAN TERBAIK HANYA DI RAJAWALI COFFEE HOUSE, RESORTS WORLD GENTING


BUFET RAMADAN TERBAIK HANYA DI RAJAWALI COFFEE HOUSE, RESORTS WORLD GENTING


Hidangan tidak akan lengkap tanpa nasi, pengunjung boleh menikmati keenakan Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Nasi Beriani, dan Nasi Putih. Kesemua hidangan tersebut pula ditemani dengan pilihan kari dan lauk-pauk di kios utama termasuk Gulai Lemak Daging Salai, Asam Pedas Ikaan Pari, Rendang Tok, Patin Tempoyak, Pajeri Terung, Tempe dengan Ubi Kentang bersama Tauhu Jepun dan Cendawan.












Pilihan Nasi Kandar boleh didapati di Kios Penang termasuk Kari Kepala Ikan, Kambing Masala, Kari Sotong, Prathal Ayam, dan Dalca Sayur. Bubur Lambuk dengan pilihan lauk seperti Serunding Kelapa/Ayam/Daging, Udang, Daging Cincang, Lobak Masin, Ikan Bilis, dan Kicap Cili Padi tersedia di Kios Bubur Lambuk.


BUFET RAMADAN TERBAIK HANYA DI RAJAWALI COFFEE HOUSE, RESORTS WORLD GENTING

Jangan dilupakan keenakan Roti John dihidang bersama Daging, Ayam atau Sardin. Pilihan Murtabak, Roti Canai dan Roti Telur hingga ke Puree, Capati, dan Idli turut disediakan. 

BUFET RAMADAN TERBAIK HANYA DI RAJAWALI COFFEE HOUSE, RESORTS WORLD GENTING

BUFET RAMADAN TERBAIK HANYA DI RAJAWALI COFFEE HOUSE, RESORTS WORLD GENTING

Seleksi mi boleh menuju ke Kios Ipoh dengan pilihan Mi Kari Ipoh dan Char Kuetiau bersama-sama Sotong Kangkung. 

BUFET RAMADAN TERBAIK HANYA DI RAJAWALI COFFEE HOUSE, RESORTS WORLD GENTING

BUFET RAMADAN TERBAIK HANYA DI RAJAWALI COFFEE HOUSE, RESORTS WORLD GENTING

BUFET RAMADAN TERBAIK HANYA DI RAJAWALI COFFEE HOUSE, RESORTS WORLD GENTING

Terdapat juga kios hidangan laksa dengan menu Laksa Kedah, Laksa Johor, Mi Jawa, Mi Bandung dan Mi Rebus. 

BUFET RAMADAN TERBAIK HANYA DI RAJAWALI COFFEE HOUSE, RESORTS WORLD GENTING

BUFET RAMADAN TERBAIK HANYA DI RAJAWALI COFFEE HOUSE, RESORTS WORLD GENTING

Melengkapkan semua hidangan semestinya Ulam segar dengan pilihan Kerabu Kacang Botol, Kerabu Taugeh, Kerabu Mangga, Kerabu Kaki Ayam dan Kerabu Perut Lembu dan dimakan bersama Genting Garden Salad, Tauhu Sumbat, Rojak Buah dan Pasembor.










Jangan lepaskan peluang merasai juadah pencuci mulut. Ia merupakan satu lagi kepakaran Rajawali Coffee House dengan seleksi lebih daripada 50 jenis kuih Melayu Homemade termasuk Kuih Lapis, Kuih Bingka Ubi Kayu dan Kuih Talam sehinggaa ke Lepat Pisang, Badak Berendam, Kuih Sagu Merah. 


Pilihan tradisional lain termasuk Bubu Cha-Cha, Pengat Pisang Raja, Ais Batu Campur, dan Cendol serta aiskrim lazat menanti kanak-kanak. 



Akhiri hari berbuka dengan buah-buahan tropical termasuk Nangka, Cempedak, Ciku, Dokong, Langsat, Mata Kucing, Manggis dan Rambutan ataupun pilihan Jeruk Nyonya Masdor.


Basahkan tekak dengan pilihan air rakyat Malaysia termasuk Sirap Bandung, Sirap Selasih, Kacang Soya, Air Mata Kucing, Air Asam Boi, Teh Tarik dan jus buah-buahan segar.

[SUASANA DALAM RAJAWALI COFFEE HOUSE]






[RIVIEW IKHLAS DARI BONDE]

Bonde sangat berpuashati dengan semua menu yang disajikan, yang sangat sedap dan pasti akan repeat lagi ialah sup gearbox ‘Lambreta’ memang sangat sedap dan sentiasa teringat-ingat... (sila tambah cili kicap untuk rasa yang lebih power he he he..)

Kuih muih yang pelbagai jenis, sangatlah teruja bila melihatnya (naseb Bonde tahan nafsu buaya he he he)

Tempat makan yang sangat selesa, segala menu sentiasa panas perghhhh memang membangkit selera!



Bufet Ramadan di Rajawali Coffee House akan bermula pada 18 Mei hingga 13 Jun 2018 dan diikuti pula Bufet Hari Raya Aidilfitri pada 15 & 16 Jun 2018

[HARGA]

Harga bufet RM110 bersih untuk seorang Dewasa dan RM55 untuk seorang Kanak-kanak berusia bawah 12 tahun dan Warga Emas 60 tahun ke atas. Untuk tempahan awal, nikmati harga istimewa RM90 bersih seorang (Dewasa) bagi tempahan sebelum 20 Mei 2018

[ UNTUK TEMPAHAN ]

Untuk tempahan, sila emel awana.rajawali@rwgenting.com atau hubungi 03 6436 9000 / 019 388 0390.

~ Bonde Senyum Riang ~


Baca entri yang lain

9 TEGURAN MEMBINA

  1. Berbaloi bayar harga dengan pilihan makanan yang banyak! Kalau pergi sana confirm tak tahu nak makan yang mana satu

    ReplyDelete
  2. Bestnye menu die. Mkn like a King nii

    ReplyDelete
  3. Macam-macam ada. Puas makan. Berbaloi dengan harga dia. View pun tenang je.

    ReplyDelete
  4. Sampai atas puncak Genting Bonde gi berbuka yer. hehhe Bestnya makanan kat sini yang menarik ada nasi kandar tu. Tak payah susah payah nak mai penang dah.

    ReplyDelete
  5. pilihan yang banyak..ruang makan pun selesa

    ReplyDelete
  6. sesekali nak kelainan...bolehla jengah GH kan...

    ReplyDelete
  7. Banyak ya pilihan makanan bonde.rambang mata tgk.berbaloilah dengan harga yang ditawarkan

    ReplyDelete
  8. Nasi buluh yang menarik minat Marsha...lain dari lain

    ReplyDelete
  9. Macam2 ada bonde, rambang mata. Berbaloi dengan harga, view pun best.

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

JUMLAH PAPARAN HALAMAN