Bonde Zaidalifah: AIRBNB MELANCARKAN PENGALAMAN DI KUALA LUMPUR SEBAGAI BANDAR PERTAMA DI MALAYSIA

AIRBNB MELANCARKAN PENGALAMAN DI KUALA LUMPUR SEBAGAI BANDAR PERTAMA DI MALAYSIA

11:02 pm

Assalamualaikum Dan Selamat Malam...

Hai reader semua,

AIRBNB MELANCARKAN PENGALAMAN DI KUALA LUMPUR SEBAGAI BANDAR PERTAMA DI MALAYSIA


Jelajahi Kuala Lumpur seperti warga tempatan menerusi Pengalaman yang dirangka khas oleh pakar di Airbnb
  
MALAYSIA 20 Mac 2018 

Hari ini, Airbnb, selaku syarikat hospitaliti berasaskan komuniti yang terkemuka di dunia, telah mengumumkan pelancaran lebih daripada 40 Pengalaman Airbnb di Kuala Lumpur. Ini berikutan peningkatan populariti Malaysia sebagai sebuah destinasi global (peningkatan 137% dari tahun ke tahun[1]). Kini Kuala Lumpur menyertai 60 destinasi lain di serata dunia di mana Airbnb telah mengorak langkah melangkaui sekadar perkongsian penginapan, dan kini menawarkan lawatan dan aktiviti oleh warga tempatan bagi memastikan pengunjung dapat menjelajahi tempat dan lokasi yang biasanya takkan dapat diterokai.


AIRBNB MELANCARKAN PENGALAMAN DI KUALA LUMPUR SEBAGAI BANDAR PERTAMA DI MALAYSIA


Pengalaman” Airbnb merupakan aktiviti tempatan yang direka dan diterajui oleh pakar tempatan yang berpengalaman yang berkongsi sudut pandangan tempatan mengenai bandar mereka bersama pengembara. Antara Pengalaman yang ditawarkan termasuk; sehari dalam kehidupan seorang pelukis batik dan pelajari cara mencipta karya asli anda sendiri, lari daripada kesibukan dunia moden dan jelajahi hutan dengan air terjun tersembunyi, atau pelajari tentang menoreh getah di salah sebuah ladang getah yang terakhir di bandar ini.

Pengalaman di Kuala Lumpur bukan sahaja memudahkan usahawan Malaysia untuk berkongsi minat dan hobi mereka bersama orang ramai dari seluruh dunia, malah platform ini juga menyaksikan warga tempatan memanfaatkannya untuk menyumbang kembali kepada komuniti menerusi Pengalaman Impak Sosial. Pengalaman Impak Sosial Airbnb menyediakan hos tempatan peluang untuk berkongsi lebih mendalam mengenai perjuangan mereka. Airbnb tidak mengambil sebarang bayaran, dan 100% daripada dana yang dikumpul daripada tetamu disalurkan kepada organisasi kebajikan yang dipilih oleh hos tempatan. Antara inisiatif yang terlibat termasuk Dapur Jalanan, sebuah organisasi sukarela yang menawarkan makanan percuma kepada golongan gelandangan dan juga sesi mendalam bersama komuniti kurang upaya pendengaran dengan mempelajari bahasa isyarat dan menyertai kumpulan dram DeafBeat.

Pelancaran Pengalaman Airbnb di Kuala Lumpur mensasarkan untuk mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai salah sebuah destinasi percutian yang terkemuka di dunia, sekaligus membolehkan pengembara untuk menerokai sisi bandar ini yang berbeza dan tinggal seperti warga tempatan.

Sriram Vaidhya, Pengarah Jabatan Perjalanan bagi Asia Tenggara dan India, Airbnb

“Pengembara mencari pengembaraan alternatif, sama ada sebagai pengembara solo mahupun bersama keluarga atau rakan. Selain pilihan untuk tinggal di penginapan unik, para pengembara juga mempunyai keinginan untuk menikmati sesebuah bandar daripada kaca mata warga tempatan. Pengalaman ialah cara yang sangat baik untuk membuka peluang ekonomi buat rakyat tempatan, dan Airbnb telah muncul sebagai satu platform untuk orang ramai menjana pendapatan daripada minat dan bakat mereka. Aset terbaik kami ialah masa dan potensi, dan Pengalaman mempunyai cara untuk memanfaatkannya,” kata Sriram Vaidhya, Pengarah Jabatan Perjalanan di Asia Tenggara dan India, Airbnb

AIRBNB MELANCARKAN PENGALAMAN DI KUALA LUMPUR SEBAGAI BANDAR PERTAMA DI MALAYSIA, BATIK, BATIK MALAYSIA,

     Sehari Dalam Kehidupan Seorang Pelukis Batik Tempatan (https://www.airbnb.com.sg/experiences/163095) - Belajar daripada Colin yang telah berkecimpung dalam industri ini sejak lebih 15 tahun. Di sini anda akan berpeluang mendalami warisan Malaysia, sejarah dan proses pembuatan batik, malah mencipta mahakarya anda sendiri

     Keindahan Kampung Bahru (https://www.airbnb.com/experiences/116692) - Terokai salah sebuah perkampungan Melayu terakhir di Kuala Lumpur, di mana Fuad akan berkongsi lebih mendalam mengenai kehidupan di dalam komuniti ini serta sejarah kampung tempat beliau membesar. Anda juga berpeluang mencuba sajian istimewa tempatan yang lazat seperti nasi lemak, pisang goreng dan karipap!

     Lawatan Sehari Mendaki Air Terjun (https://www.airbnb.com.sg/experiences/154403) - Lari daripada kesibukan bandar dan sertai lawatan sehari menjelajah kepelbagaian bentuk muka bumi untuk sampai ke antara air terjun yang terindah di Malaysia.

     Pendakian Tersembunyi di Kuala Lumpur (https://www.airbnb.com/experiences/127715) - Fadly, seorang pelari maraton tegar akan mendedahkan pemandangan rahsia Tabu Timur dan membawa anda menikmati sarapan tempatan Malaysia atau India yang asli di tempat kegemarannya.

     Menoreh Getah dan Makan Tengah Hari Dalam Mangkuk Tingkat (https://www.airbnb.com.sg/experiences/155257) - Lawati salah sebuah ladang getah terakhir di bandar ini dan cungkil bakat menoreh getah anda. Selain itu, nikmati hidangan tempatan yang terbaik dari kejiranan ini di dalam mangkuk tingkat anda sendiri.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pengalaman Airbnb, lawati www.airbnb.com/experiences.

Semua Pengalaman dalam siaran berita ini bertujuan semata-mata untuk inspirasi dan ilustrasi.

Catatan kepada Editor:

     Platform Airbnb akan melipatgandakan Pengalaman dalam tahun 2018, dengan pelebaran sayap ke 1000 destinasi dan menambahkan kategori minat baru
     Dengan peningkatan 2,500% dalam tempahan Pengalaman pada tahun 2017, Airbnb akan mewujudkan kategori minat baru dan meluaskan jajahan ke 1000 destinasi tahun ini.
     Tempahan telah meningkat sebanyak 2,500% sepanjang tahun lalu menerusi 5000 Pengalaman di 60 destinasi.
     Antara tempat unik yang termasuk dalam 1000 destinasi tersebut menjelang penghujung 2018 ialah Easter Island, Tasmania dan Iceland.
     Airbnb bakal mengumumkan kategori Pengalaman minat yang baru seperti Konsert Airbnb, Menjamu Selera Sosial, dan Pengembaraan. Ia juga akan mengembangkan kategori Pengalaman Impak Sosial dengan bekerjasama dengan lebih 1000 organisasi bukan untung dalam tahun 2018.
     Pada peringkat global, hos-hos Pengalaman yang paling banyak mendapat tempahan telah menjana lebih USD$200,000 menerusi tawaran mereka.

Airbnb di Malaysia

     1.5 juta ketibaan tetamu ke dalam negara dan peningkatan 137% dari tahun ke tahun sejak tahun lalu
     Bilangan penyenaraian: 31,900 dengan peningkatan 69% dari tahun ke tahun
     Lima pasaran pengembara Airbnb tertinggi ke Malaysia berasal dari: Singapura, China, Amerika Syarikat, Indonesia dan Australia

Airbnb di Kuala Lumpur

     507,100 ketibaan tetamu ke dalam negeri dan peningkatan 135% dari tahun ke tahun sejak tahun lalu
     Bilangan penyenaraian: 11,200 dengan peningkatan 65% dari tahun ke tahun
     Lima pasaran pengembara Airbnb tertinggi ke Malaysia berasal dari: Singapura, China, Indonesia, Amerika Syarikat dan Australia

Lain-lain:

     Malaysia merupakan destinasi ketiga paling popular di Asia, dan Airbnb telahpun membantu kerajaan menyebarkan manfaat ekonomi melalui pelancongan lebih daripada sekadar di destinasi popular seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Walaupun komuniti kami di tempat-tempat seperti Lumut, Cameron Highlands, Ipoh dan Port Dickson masih kecil, ia sedang berkembang dengan pesat saban tahun.




~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

0 TEGURAN MEMBINA

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

JUMLAH PAPARAN HALAMAN