Bonde Zaidalifah: THYMOS ANTI HFMD/FLU SPRAY KAWALAN PERLINDUNGAN UNTUK KANAK-KANAK

THYMOS ANTI HFMD/FLU SPRAY KAWALAN PERLINDUNGAN UNTUK KANAK-KANAK

8:20 am

Assalamualaikum Dan Selamat Pagi.

Hai reader semua,

Hai reader semua, disini Bonde yang cerita sedikit berkaitan penyakit Influenza A (H1N1) adakah anda tahu tentang penyakit ini dan penyebaran virus yang menular di Malaysia.

Untuk anda yang dah tahu mengenai Influenza A anda memang alert dan bagus ambil maklum tentang perkara ini kerana ianya melibatkan ahli keluarga anda dan bagi anda yang masih belum tahu sila baca entri ini sehingga habis kerana ianya sangat penting anda tahu dan faham.

APAKAH ITU INFLUENZA A (H1N1)?

Influenza A (H1N1) ialah sejenis demam selesema yang sangat mudah berjangkit. Simptom selesema ini adalah hampir sama seperti selesema bermusim biasa. Ia juga dinamakan selesema babi kerana ia adalah satu bentuk virus baru yang dikatakan berasal daripada babi. 

BAGAIMANAKAH INFLUENZA A (H1N1) MEREBAK?

Selesema H1N1 merebak dari individu ke individu sama seperti cara virus selesema lain merebak melalui batuk dan bersin oleh individu yang dijangkiti. Selesema H1N1 sangat mudah berjangkit dan merebak, terutamanya dalam ruang tertutup di mana terdapat ruang yang terhad dan rapat di antara orang yang dijangkiti dan orang yang sihat. Walaupun digelar "selesema babi" namun penyakit ini tidak boleh dijangkiti daripada pemakanan atau penyediaan daging babi. 

APAKAH SIMPTOM-SIMPTOM INFLUENZA A (H1N1)?



Kesan selesema H1N1 berbeza dari individu ke individu. Sesetengah individu yang dijangkiti virus ini hanya mengalami simptom yang sederhana. Tetapi terdapat juga individu yang boleh mengalami komplikasi seperti penyahhidratan, pneumonia (radang paru-paru) atau kesukaran untuk bernafas. 

Simptom-simptom selesema H1N1 adalah hampir sama dengan simptom-simptom selesema biasa:

  • demam; dengan mengejut;
  • keletihan atau kurang tenaga;
  • sakit tekak;
  • hidung berhingus;
  • batuk;
  • sakit kepala;
  • sakit otot dan sendi.
Selesema H1N1 juga boleh menyebabkan:

  • sakit abdomen;
  • cirit-birit;
  • muntah.
Selesema H1N1 boleh menyebabkan demam yang panas: jika bayi anda menghidap selesema biasa, kadar suhu ketika demam selalunya tidak melebihi 39 darjah C (102.2 darjah F). Jika bayi anda menghidap selesema H1N1, suhu bayi anda boleh mencecah lebih daripada 39 darjah C; 2 darjah lebih tinggi daripada suhu badan normal. Hubungi doktor untuk nasihat jika anak anda menunjukkan tanda-tanda berikut:

  • demam panas;
  • mengantuk;
  • tidak mahu berinteraksi;
  • telah kehilangan selera makan.
Kanak-kanak yang menghidapi kes jangkitan selesema H1N1 yang teruk kadangkala menunjukkan simptom seperti:

  • kegelisahan yang ekstrim;
  • kesukaran bernafas;
  • perubahan warna kulit atau kulit berkerut/ berkedut;
  • sawan
Jika anak anda mempunyai gejala-gejala tersebut, sila hubungi doktor keluarga anda, doktor kanak-kanak atau hospital tempatan secepat mungkin. 

ADAKAH TERDAPAT SEBARANG RAWATAN BAGI INFLUENZA A (H1N1)?

Jika doktor anda mengesahkan bahawa anak anda telah dijangkiti Influenza A (H1N1), anda perlu menjaga dia di rumah dan memberi rawatan sama seperti selesema biasa. Pastikan anak anda mendapat rehat yang mencukupi dan memberinya banyak air untuk memastikan dia terhidrasi dengan baik. Jika anak anda masih menyusu badan, teruskan ataupun, jika anak anda sudah mula minum susu formula, berikannya susu formula dan air suam. Jika anak anda sudah mula makan makanan pejal, dorong anak anda untuk terus makan. 

Kawal suhu anak anda dengan menggunakan kipas angin ataupun span basah. Anda juga boleh memberikannya paracatemol untuk kanak-kanak bagi mengurangkan suhu badannya. Ikut arahan pada pakej dengan teliti dan jangan melebihi dos yang ditetapkan. 



Buat masa terdekat ini, masih belum terdapat penawar bagi selesema H1N1, namun begitu, ubat antivirus boleh digunakan untuk melegakan simptom-simptom dan membantu anak anda pulih dengan lebih cepat. Untuk memastikan keberkesanan ubat antivirus, ia harus diberikan dalam tempoh 48 jam daripada permulaan simptom-simptom awal. 


APA YANG BOLEH SAYA LAKUKAN UNTUK MENGELAKAN KELUARGA SAYA DIJANGKITI INFLUENZA A (H1N1)?


Sama seperti selesema biasa, terdapat beberapa perkara yang anda perlu lakukan untuk mengelakkan jangkitan dan mengurangkan penyebaran:
  • Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu pakai buang apabila anda batuk dan bersin, dan buangkan tisu itu selepas digunakan.
  • Jika anda tidak mempunyai tisu, tutup mulut anda dengan bahagian dalam siku anda apabila batuk atau bersin, ini akan mengelakkan penyebaran jangkitan ke tangan anda dan akan mengurangkan penyebaran penyakit ini.
  • Selepas batuk dan bersin, basuh tangan anda dengan air suam dan sabun. Gosok kedua-dua belah tangan anda yang bersabun sekurang-kurangnya 15 saat dan bilas dengan air yang banyak. Jika tiada sabun dan air, gunakan pengelap pakai buang berasaskan alkohol atau sanitiser gel.
  • Jangan sentuh mata, hidung atau mulut anda sebab kuman merebak dengan pantas.
  • Basuh tangan anda dengan kerap – virus boleh hidup sehingga dua jam pada permukaan seperti tombol pintu dan telefon.
  • Amalkan diet yang sihat termasuk banyak makan buah-buahan segar, sayur-sayuran dan makanan penuh bijirin – keseimbangan ini akan memberikan anda mineral dan vitamin antioksida seperti vitamin C yang akan membantu melawan jangkitan.
Vaksin H1N1 termasuk dalam suntikan selsema bermusim, yang juga memberi perlindungan terhadap selesema biasa yang lain. Hubungi doktor keluarga anda atau doktor kanak-kanak untuk maklumat lebih lanjut. 

Jika anak anda di bawah enam bulan dia tidak dapat diberi pemvaksinan terhadap selsema H1N1 atau demam selsema lain. Hal ini kerana suntikan selsema bermusim tidak cukup menghasilkan tindakbalas imuniti pada bayi yang masih kecil. Ini bermakna bahawa suntikan tidak dapat berfungsi untuk melindunginya. 



Bayi-bayi dan anak-anak yang sihat tidak perlu pemvaksinan. Mereka mungkin tidak akan ada komplikasi teruk jika mereka dijangkiti selesema H1N1 atau selsema jenis lain. 

GOLONGAN YANG BERISIKO AKIBAT JANGKITAN INFLUENZA A (H1N1)

• Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun


• Individu berusia 65 tahun dan ke atas

• Kanak-kanak dan remaja (< 18 tahun) yang menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang

• Wanita mengandung

• Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus  

• Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)


• Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain

TINDAKAN-TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL

THYMOS ANTI HFMD/FLU SPRAY KAWALAN PERLINDUNGAN UNTUK KANAK-KANAK


Disini ingin Bonde perkenalkan kepada anda semua ada satu produk yang diberi nama :


[THYMOS ANTI HFMD/FLU SPRAY INFLUENZA A H1N1 VIRUS]


THYMOS ANTI HFMD/FLU SPRAY INFLUENZA A H1N1 VIRUS


THYMOS ANTI HFMD/FLU SPRAY direka khas untuk membantu ibu-ibu menyediakan kawalan menyeluruh untuk anak mereka dengan menghapuskan 99.99 % penyakit berjangkit virus seperti virus HFMD & Influenza A H1N1.



Produk ini tidak mengandungi alkohol, bahan kimia bertoksin, bahan pewangi ataupun steroid.

THYMOS ANTI HFMD/FLU SPRAY INFLUENZA A H1N1 VIRUS


Bagusnya THYMOS ANTI HFMD/FLU SPRAY INFLUENZA A H1N1 VIRUS kerana dengan sekali spray ianya tahan hingga 10 hari. Teknologi “Self Sanitizing” (pembersihan automatik) yang telah dipaten ini mengandungi mineral aktif berkualiti tinggi yang menghasilkan ion negative bakterostatik yang menyahfungsikan dan memusnahkan kuman-kuman dan patogen sebelum ia berpeluang menyerang. Mineral aktif ini akan cas semula secara automatik apabila terdedah kepada udara, maka sekali semburan boleh tahan 10 hari.

THYMOS ANTI HFMD/FLU SPRAY INFLUENZA A H1N1 VIRUS





[3 CARA PENGGUNAAN THYMOS ANTI HFMD/FLU SPRAY INFLUENZA A H1N1 VIRUS]

THYMOS ANTI HFMD/FLU SPRAY INFLUENZA A H1N1 VIRUS


1- Spray pada baju anak-anak seperti kita memakai minyak wangi untuk meningkatkan antibody anak.

2- Spray pada mainan anak-anak seperti buaian, kerusi meja dan tempat yang selalu disinggahi untuk mereka untuk main.  (ini bagi anda yang mempunyai anak kecil)

3- Jika berada ditempat awam contohnya di airport spraykan pada penutup hidung/mask.

PENGALAMAN BONDE SEBAGAI PENGGUNA :

Apa yang ingin Bonde kongsikan disini adalah, sebelum anak ke sekolah spray THYMOS ANTI HFMD/FLU SPRAY INFLUENZA A H1N1 VIRUS ini terlebih dahulu pada baju, kain dan tudung.  Kerana di sekolah memang terdapat kanak-kanak yang tidak sihat datang juga ke sekolah kerana dipaksa oleh ibu/bapa mereka.  (sedih betul ibu-bapa yang tak pentingkan kesihatan anak-anak) Ini boleh menyebabkan pelajar lain juga turut berjangkit. 

Anda sebagai family harus mengambil tahu tentang kesihatan anak, apa yang perlu anda lakukan adalah selepas anak-anak pulang dari sekolah suruh mereka salin pakaian dan mandi dengan segera bagi mengelakkan jangkitan pada adik beradik yang lain.  Jika ada diantara anak-anak yang terkena jangkitan, Nanti kita sebagai ibu bapa akan berasa susah hati.

Cadangan....
Bonde sarankan setiap family perlu ada 1 spray ini untuk stanby dalam beg supaya boleh digunakan pada bila-bila masa.

MACAM MANA NAK DAPATKAN THYMOS ANTI HFMD/FLU ?

Thymos Anti HFMD/FLU boleh didapati di semua rangkaian kedai Guardian, Boleh semak Catalog disini.


Untuk Maklumat Lanjut boleh layari :

Laman web : www.thymos.uk

Facebook : thymos.uk

Instagram : thymos.global



~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

27 TEGURAN MEMBINA

  1. Kita buat apa yang kita boleh untuk mencegah. Doa moga dijauhkan. Dan kalau nampak simptom yang kurang enak, cepat cepat dapatkan rawatan yang sebetulnya

    ReplyDelete
  2. Patut ada spray ni sbg langkah pencegahan utk kesayangan

    ReplyDelete
  3. Spray je dah boleh cegah virus2 jahat tu. Saiznya yg comel senang nak bawa g mana2 pun. Kena ada 1 setiap keluarga ni.

    ReplyDelete
  4. bagus juga untuk pencegahan.. anyway, banyaknya barang hello kitty. hehe

    ReplyDelete
  5. Mudah nak guna dan kesannya sgt bagus utk lindung anak anak

    ReplyDelete
  6. Bagus kan produk nie, harus ada kat setiap rumah..

    ReplyDelete
  7. mesti rasa confident bila bawa produk ni ke mana2 kan..

    ReplyDelete
  8. Bagus nya ada juga ubatan seperti spray nk untuk membantu kita dari terken jangkitan virus ni.

    ReplyDelete
  9. Kena selalu jaga diri Dan prihatin dengan app yang Kita sentuh,makan dan buat demi keselamatan Dan kesihatan diri.

    ReplyDelete
  10. hfmd ni bahaya untuk kanak2 sbb boleh bawa maut...seb baik ada juga produk yang blh mengurangkan risiko ni

    ReplyDelete
  11. anak buah emi 2 org sekaligus kena hfmd, jangkit dekat tadika. Kesian betul. Last year pun dia kena jugak. kat tadika mmg senang jangkit.

    ReplyDelete
  12. anak saya baru je dpt skait ni.. bagus ada alat pencegahan macam ni terutama org yg lemah n antiimun x kuat

    ReplyDelete
  13. bagus produk camni... senang nk di bawa ke mana2...

    ReplyDelete
  14. bonde, kebetulan sorang anak member Aida now dlm ward.
    influenza. aduhai. tak sanggup rasa nya kalau anak dlm ward :(
    skang ni memang kena standby produk sebegini la.
    virus di mana-mana. moreover, Izzat pun dok tadika. aduhai.
    2-3 minggu kebelakangan ni, virus demam berleluasa!!! tq for sharing this, bonde.

    ReplyDelete
  15. Skrg bahaya kan kak zaida. Influenza A dh start merebak balik. Semoga adanya produk mcm nie boleh membantu sedikit sebanyak dlm menghalang drpd influenza nie merebak.

    ReplyDelete
  16. Such a handy product for kids, especially when influenza is quite common these days it's better to prevent.

    ReplyDelete
  17. Mencegah lebih baik dari mengubati... mmg patut ada produk ni di rumah utk protection sekeluarga dari jangkitan HFMD dan flu ni. Nak beli pun mudah.. thanks sharing.

    ReplyDelete
  18. bagus kan ada produk macamni. tak risau dah nak keluar

    ReplyDelete
  19. penting ni kena ada thymos ni sebab sy ada anak bawah 5 tahun. almaklum budak umur macam ni kdg2 senang nk dapat sakit selsema. thanks bonda bagi sharing pasal produk ni.

    ReplyDelete
  20. bagus saranan bonde supaya semua family harus ada produk ni. Better stanby kan. Lagipun sekarang ni memang penyakit mudah merebak

    ReplyDelete
  21. Wow 10 hari tahan. Kena HFMD ni memang seksa. Lagi sakit HFMD daripada campak. Kesian kalau anak kena HFMD ni.. moga dengan ada produk ni boleh membantu mengelakkan HFMD

    ReplyDelete
  22. Bagus produk ni. Packaging pun comel.

    ReplyDelete
  23. Wah, terbaik la ada produk camni. H1N1 tu memang sangat menakutkan. Nak syor kat adik-adik suruh beli...

    ReplyDelete
  24. Memang patut ada produk ni di rumah. Sangat bagus sebab berkesan bunuh patogen penyebab penyakit. Nak guna pun senang, saiz pun kecik nak bawa kemana-mana. Prevention is better than cure! At least ini usaha kita sebelum kena sakit kan.

    ReplyDelete
  25. Nice info untuk di kongsi. Apapon bagus produk tu.

    ReplyDelete
  26. I read many good review about this and wanted to try also

    ReplyDelete
  27. wajib ada satu ni kan Bonde, untuk pencegahan.plus size dia tu sng kita nak bawa kemana2.

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

JUMLAH PAPARAN HALAMAN