Bonde Zaidalifah: RESEPI SAMBAL TERUNG PIPIT IKAN BILIS

RESEPI SAMBAL TERUNG PIPIT IKAN BILIS

8:30 am

Assalamualaikum Dan Selamat Petang...

Hai reader semua,

Sesekali memang akan rindukan masakan arwah Mak.  Dulu masa zaman kanak-kanak memang akan protes dapat makanan yang tidak kena dengan tekak.

Dulu sekeliling rumah dekat kampung arwah ayah ada tanam macam-macam jenis pokok sayur-sayuran.  Maklumlah ekonomi masa tu memang rendah berbanding sekarang, tapi nak dibandingan hanya arwah ayah yang berkerja nak menyara semua ahli keluarga kami yang masih bersekolah, memang tak mencukupi perelanjaan bulanan. 

Kerja kerajaan lagilah gaji memang rendah. Apa yang wajib masa tu penjimatan. Cara nak jimat adalah sayur-sayuran kena tanam sendiri.

Pada masa tu, manalah kami nak fikir arwah ayah susah mencari duit, yang kami tahu cukup pakai, cukup makan dan cukup duit.  Kadang merunggut duit belanja tak mencukupi he he he.

La ni, teringat masakkan zaman kanak-kanak dulu.  Ada pernah dengar tak terung pipit. Tak tahulah anda panggil nanti anda sharekan panggilan dekat komen yea.  

Ceritanya terung pipit ni dulu, kami jadikan peluru lastik atau pon pistol kayu he he he buat main tembak-tembak deng sepupu sepapat.  Teruk kena hamun dengan arwah mak, sebab dia nak masak buat lauk untuk santapan kami sekeluarga.  Tapi habis kami kerjakan buat main.  Naik hantulah arwah mak masa tu.

RESEPI SAMBAL TERUNG PIPIT IKAN BILIS

Sekarang ni, nak cari terung pipit ni pon susah tau, atas ni lebih kurang 200 gram RM 1.90 dekat jaya grocer... ( Dulu buat peluru... sekarang buat lauk)  Rindu masakan tu...

SAMBAL TERUNG PIPIT IKAN BILIS


RESEPI SAMBAL TERUNG PIPIT IKAN BILIS

RESEPI SAMBAL TERUNG PIPIT IKAN BILIS

Bahan-bahan :

4 senduk cili kering (siap kisar)

5 ulas baang putih (siap kisar)

2 biji bawang besar (siap kisar)

200 gram terung pipit (buang tangkai dan rendam)

100 gram ikan bilis ( bersihkan rendam dan kisar)

sedikit minyak ( untuk menumis)

sedikit garam

sedikit sebuk cukup rasa maggi

Cara-cara Memasak :

Tuang minyak dalam kuali, setelah panas masukan bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar, setelah garing masukkan cili kering yang telah dikisar, setelah garing masukan ikan bilis biarkan sebati dengan cili kering dan masukkan terung pipit bagi terung nampak layu dan separuh masak, masukkan garam dan serbuk cukup rasa maggi seterunya gaul-gaul dan boleh dihidangkan.

Tips layan masakan ini dengan nikmat sekali ialah :


Mulakan suapan dengan bacaan bismillahirahmannirahim dan doa makan.

Makan dengan nasi panas dan ikan gelama jeruk ( emmm tak pandang dah sapa lalu)

Makan dengan bubur ( nikmat ni datang masa demam , selera makan akan meningkat) he he he 

Selamat mencuba :)
~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

9 TEGURAN MEMBINA

  1. Terung pipit tu sedap kalau dibuat ulam saja pun...

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaaaa...dah lama tak makan la...

    ReplyDelete
  3. Kak Sue punya feveret nie tau, selalunya buat sambal la kan. Kalau kat rumah mertua Kak Sue pernah rasa jiran bagi depa masak tumis campur cendawan letak santan sikit tau, sedap gila! Lagi satu terung pipit nie orang jawa panggil Cepokak..

    ReplyDelete
  4. Ingat lagi masa kecik kecik suka majn tembak tembak guna terung pipit ni.konon konon peluru lah..memg best sgt..masa tu tak tahu pun terung pipi ni boleh makan..hahaha

    ReplyDelete
  5. Amboi sedap sgt lauk ni bonde.makan dengan ikan jeruk pula tu. Jahattt.

    ReplyDelete
  6. wah lazatnya.. nak sikit bonde hihii

    ReplyDelete
  7. Wah sedapnyer Bonde, dah lama tak makan terung pipit ni

    ReplyDelete
  8. Alamak.. ini kegemaran TB dulu.. Tapi sekarang TB dah tak boleh makan Terung dha.. apa-apa terung pun.. sebab TB ada Psoriasis.. terpaksa tengok ajelah skerang ni.. huhuhu.. tapi kalau dah teringin sangat TB sebat aje.. hahaha

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

JUMLAH PAPARAN HALAMAN