JOM KUMPULKAN KESEMUA 6 MAINAN DENGAN PEMBELIAN PRODUK CARRIE JUNIOR



Assalamualaikum Dan Selamat Pagi...

Hai reader semua,

Kita telah mencapai zaman di mana teknologi mula mengambil alih interaksi ibu bapa dengan anak-anak secara perlahan-lahan. Kanak-kanak yang terdedah kepada teknologi akan lebih cenderung ke arah menjalani gaya hidup tidak aktif kerana leka dengan alatan gajet. Kanak-kanak secara semulajadi gemar bermain dan mereka seharusnya digalakkan untuk menjadi aktif. Latihan sukan dan permainan memberikan peluang untuk anak-anak bersenam bagi memastikan mereka kekal sihat dan membantu perkembangan fizikal mereka.

JOM KUMPULKAN KESEMUA 6 MAINAN DENGAN PEMBELIAN PRODUK CARRIE JUNIOR

CARRIE JUNIOR Baby Shampoo, CARRIE JUNIOR Baby Hair , Body Wash , CARRIE JUNIOR Kids Shampoo,

Bermain dengan air merupakan aktiviti yang paling dinantikan kanak-kanak, dan waktu mandi sememangnya merupakan masa yang paling sesuai untuk bermain bersama permainan mereka. Walaupun mainan seringkali dilihat sekadar permainan dan sesuatu yang menyeronokkan, namun ia sebenarnya lebih dari itu. Mainan sekurang-kurangnya dapat menyediakan peluang untuk si manja belajar dalam pelbagai aspek pembangunan diri. Ia menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengukuhkan kemahiran fizikal mereka, menggilap kemahiran sosial dan emosi, serta meningkatkan perkembangan bahasa dan pertuturan.

CARRIE JUNIOR Baby Shampoo, CARRIE JUNIOR Baby Hair , Body Wash , CARRIE JUNIOR Kids Shampoo,

Direka untuk mencetuskan keriangan kepada kanak-kanak, CARRIE JUNIOR telah mereka 6 figura mainan comel yang dikenali sebagai ‘Sukan Ria’ bagi membantu perkembangan imaginasi dan minda mereka. CARRIE JUNIOR bukan sahaja sentiasa menggalakkan keseronokan masa mandi, ia juga turut menekankan amalan nilai murni di dalam interaksi semasa bermain dengan permainan dengan cara yang kreatif dan imaginatif.


CARRIE JUNIOR, CARRIE JUNIOR & Buddies boleh didapati bersama mana-mana variasi CARRIE JUNIOR Baby Bath, CARRIE JUNIOR Baby Shampoo, CARRIE JUNIOR Baby Hair , Body Wash , CARRIE JUNIOR Kids Shampoo, bersaiz 700ml,

Sebanyak 6 figura mainan comel yang terdiri daripada :

CARRIE JUNIOR- si gajah yang gemar bermain bola sepak, 

SPEEDY TOMMY- si kura kura yang terpantas di atas trek larian, 

TUFFY TEDDY- si beruang yang paling kuat, 

DRIBBLY MINKY- si racoon yang mahir dalam sukan hoki, 

SMASHY MACKY- si monyet yang tangkas bermain ping pong, dan juga ....

TROFI- kejohanan sukan yang akan di bungkus setiap satu di dalam setiap produk CARRIE JUNIOR bersaiz 700ml.

Sama seperti pembungkusan CARRIE JUNIOR sebelum ini, koleksi mainan baharu ini akan disembunyikan di dalam ‘ruangan rahsia’ yang akan menempatkan figura mainan ‘misteri’ dan menggalakkan anak-anak untuk meneroka, merangsang sifat ingin tahu dan memberikan mereka keseronokan. Dengan koleksi mainan CARRIE JUNIOR Sukan Ria yang baharu, masa mandian si manja pasti akan menjadi satu pengembaraan yang menyeronokkan kerana dapat menggunakan imaginasi mereka.

Koleksi figura CARRIE JUNIOR & Buddies boleh didapati bersama mana-mana variasi CARRIE JUNIOR Baby Bath, CARRIE JUNIOR Baby Shampoo, CARRIE JUNIOR Baby Hair & Body Wash serta CARRIE JUNIOR Kids Shampoo bersaiz 700ml

CARRIE JUNIOR, CARRIE JUNIOR & Buddies boleh didapati bersama mana-mana variasi CARRIE JUNIOR Baby Bath, CARRIE JUNIOR Baby Shampoo, CARRIE JUNIOR Baby Hair , Body Wash , CARRIE JUNIOR Kids Shampoo, bersaiz 700ml,

Tentang CARRIE JUNIOR 

CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.

Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut si manja. Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari.  Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian.

Diiktiraf Halal, rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga mempunyai bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak.

Untuk makluman lanjut anda boleh ke :

Facebook :CarrieMY


~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. untunglah kalau mcm ni. sambil mandi boleh main mainan free

    BalasPadam
  2. Wangi sangat bau sabun CARRIE JUNIOR ni bonde. Bukan anak je suka, mak ayah pun suka sekali. Siap dapat mainan lagi. Best.

    BalasPadam
  3. Suka sangat dengan bau Carrier Junior ni. Nasib baik sabun, kalau tal memang kena telan la..hehe

    BalasPadam
  4. Mommy baru dapat DRIBBLY MINKY lah.. lagi 5, carrier junior, speedy tommy, tuffy teddy, SMASHY MACKY & trofi je la belum dapat...hahaa comey plus wangi giler mandian carrier junior.. lagi satu rasa hebat giler ada mainan dalam botol mandian tu

    BalasPadam
  5. My children loves to use Carrie Junior. With the toys given, we will definitely collect all.

    BalasPadam
  6. Masa kecik2 pun dah ada Carrie Junior ni. Teringat tagline 'Tak pedihkan mata!'. Rupanya ada 5 figur haiwan Carrie Junior ni. Dedulu tak pernah la nak kira. Hehe. Kena kumpul ni kesemuanya bg anak.

    BalasPadam
  7. wah kenapa comel sangat semua tu. tetiba rasa nak guna carry junior la

    BalasPadam
  8. Selalu dapat yg gajah tu je.. tp bau produk carrie junior ni memang best.

    BalasPadam
  9. anak2 mmg sukakan produk ni..wangi betul

    BalasPadam
  10. anak buah kalau beli carrie junior dok sibuk nak mainan jek..haha

    BalasPadam
  11. Kalau ada toys comel macam ni bukan setakat kanak-kanak yang suka. Orang dewasa pun minat nak kumpul. Lia suka pakai bedak Carrie Junior ni sebab bau dia wangi sangat walaupun ianya untuk kanak-kanak.

    BalasPadam
  12. alahai... cutenyer figurine tu... O dulu pun memang pakai carrie junior untuk anak2

    BalasPadam
  13. i dah beli banyak lah carrie junior, kadang-kadang repetitive je items nya haha

    BalasPadam
  14. Zaman anak kecik dulu mmg pakai jugak Carrie Junior, now semua dah besar pjg dah..masing2 dah beli mandian sendiri. So lama dah tak bau sabun ni

    BalasPadam
  15. fariza pun dapat mianan gajah tu..bukan main seronok dia..suka bawak mandi

    BalasPadam
  16. Ramainya guna carrie junior! Bau die bes ya? Nak try la

    BalasPadam
  17. Ni kalau adik kita ni mesti suka mengumpul ni. Kat rumah kita still pakai Carrie Junior lagi,hehe

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.