Carian Dalam Talian Di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32 % Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina



Assalamualaikum Dan Selamat Petang..


Hai reader semua,

Sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan datang ini dan trend e-Dagang yang semakin popular di Malaysia, Shopee; platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh perayaan ini. Sejak pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee pada 15 Januari yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah di Shopee dalam membuat persiapan sempena Tahun Baharu Cina. 

“Aktiviti membeli-belah selalunya meningkat semasa musim perayaan, dan Tahun Baharu Cina tidak ketinggalan. Tahun ini, kami menyedari lonjakan dalam bilangan carian dalam talian di Shopee apabila kita menghampiri Tahun Baharu Cina, yang menunjukkan peningkatan trend pengguna yang memilih untuk membeli-belah secara dalam talian bagi musim perayaan. Ini petanda baik yang sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu sektor e-Dagang di Malaysia. Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia dan Komisyen Sifar (0), rakyat Malaysia boleh menikmati aktiviti beli-belah di Shopee yang mudah dan menjimatkan,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 

Carian Dalam Talian Di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32 % Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina


Carian paling popular sempena Tahun Baharu Cina bagi tahun 2018 adalah bagi kategori berikut: Pakaian Wanita; Mobil & Gajet; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Kasut Wanita dan Beg Wanita. 

Kategori dan carian tertinggi menggunakan kata kunci yang digunakan oleh pelanggan 


JUALAN MURAH DI SHOPEE.COM.MY,


1) Pakaian Wanita : Blaus, Jeans, Gaun Panjang, Gaun Pendek, Cheongsam

2) Mobil & Gajet : iPhone, Samsung, Jam Pintar, Xiaomi

3) Permainan, Kanak-kanak & Bayi : Pakaian Budak Perempuan, Pakaian Budak Lelaki, Pakaian Bayi, Tommee Tippee 

4) Kasut Wanita : Kasut, Kasut Sukan, Kasut Jenis Wedges, Sandal 

5) Beg Wanita : Beg Sangkut, Beg, Dompet, Beg Galas

Pembelian paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang musim perayaan ini

JUALAN MURAH DI SHOPEE.COM.MY,

Kategori dan produk paling popular terjual di Shopee ialah :


1) Kasut Wanita : Kasut Terbuka


2) Permainan, Kanak-kanak & Bayi : Set Pakaian Bayi


3) Perhiasan Rumah : Set Hadiah Tupperware 


4) Kesihatan & Kecantikan : Set Solekan Mata Tahun Baharu Cina


5) Runcit & Haiwan Peliharaan : KitKat Edisi Khas 

Nikmati potongan harga dan promosi hebat atas pelbagai produk sempena Kempen Wang Bersama Shopee yang berlanjutan sehingga 25 Februari. Dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia, pelanggan boleh memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini. Tambahan lagi, pengguna boleh terus bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888.

Seterusnya, Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari yang akan membariskan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo. 

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

#WangWithShopee

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shopee.com.my



~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. Jom shopping dekay shopee. Ana dh terjebak sama ni. Byk dh masuk dlm cart tu sebab murah sgt.

    BalasPadam
  2. Terbaik la shopee ni bonde..SA x leh tgok la semua barangan murah. adoii..terjebak jugak ni..

    BalasPadam
  3. Jom kita shopping Bonde, Kak Sue pun terjebak dah. Rambang mata..

    BalasPadam
  4. saya salah satunya penyumbang hehehe.,.mmg suka shopping kat shopee. Muraaah sangattt

    BalasPadam
  5. Makin senang nak shopping kan dengan adanya platform e-commerce mcm ni. Hehe

    BalasPadam
  6. Belum pernah lagi shopping di shopee. Selalu di lazada je. Tapi kalau dah banyak promosi menarik, siap promosi hari gaji lagi nih mesti kena try lah nampak gaya. Tihihi!😁

    BalasPadam
  7. syokla shopping online. shopee sekarang ni tengah ada shocking sale lak tu..aduyaiii..rambang mata dibuatnya !

    BalasPadam
  8. Marsha memang shopper tegar shopee....nanti boleh shopping lagi...hihi

    BalasPadam
  9. Suka shopping kat shopee ni sbb byk brg & harga murah2...

    BalasPadam
  10. 32 tu blogger kot yg cari hehhehehe

    BalasPadam
  11. Shopee memang best berkualiti n murahhh gilaa

    BalasPadam
  12. Sis sekarang ni tengah tunggu barang dr Shopee ni...tak sabar pulak nak tunjuk apa sis beli kat uoll..hehehe

    BalasPadam
  13. Tahniah shopee. Best shopoing kat shopee sebab murah dari online shop yang lain.

    BalasPadam
  14. kalau dah masuk sini boleh sesat tak jumpa jalan keluar.hehe

    BalasPadam
  15. Lia selalu shopping Lazada jer. Jarang betul dengan Shopee ni. tapi tengok barang dia makin menarik lah. nak kena cuba lepas ni.

    BalasPadam
  16. Mai pulak godaan nk bershopping, adui. Haha.

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.