Bonde Zaidalifah: CAFE IMPIAN GIANT NILAI, HIDANG MASAKAN NOGORI 9

CAFE IMPIAN GIANT NILAI, HIDANG MASAKAN NOGORI 9

2:47 am

Assalamualaikum Dan Selamat Pagi...

Hai reader semua,

Bulan lepas sebelum hantar Fatin balik asrama Bonde singgah beli keperluan dan sedikit bekalan Fatin dekat area Giant Nilai. Biasalah mesti ada banyak tempat singgahan Fatin nak beli keperluan dia tapi tak apa terlanjur dah keluar rumah bolehlah beli sekali apa yang diperlukan.  Yang pastinya Bonde utamakan keperluan dahulu dari kehendak he he he. Benda yang tak patut memang tapis-tapis duu sebelum dibeli.

Wajib singgah Mr. DIY untuk cari fail-fail dan alat tulis, Bonde pon suka beli barang dekat Mr. DIY semua ada. So Bonde bagi peluang Fatin cari barang yang telah dilistkan untuk dibeli.

Lepas selesai dekat Mr. DIY singgah pula dekat giant untuk beli bekalan makanan macam air kotak, biskut, maggi, gula-gula dan kudapan-kudapan.

Jam menunjukan 12.30 tengahari,  Lepas selesai shopping semua barang barulah Kami cari makan tengahari, perut pun dah lapar siap bernyanyi-nyanyi sebelum gerak ke Seremban. 

CAFE IMPIAN GIANT NILAI, HIDANG MASAKAN NOGORI 9


Bonde singgah makan dekat area giant juga, Cafe Impian namanya... Suka makan dekat situ sebab ada lauk masakan kampung.

Fatin pun teringin nak makan keli salai jadi terus order kei salai dua set untuk Fatin dan Kanda.  Satu set lagi Bonde Order Daging salai.

MASAKAN TRADISI NEGERI SEMBILAN, MASAK LEMAK KELI SALAI, MASAK LEMAK DAGING SALAI,

Tada.... Ini lah set yang kami nak makan.

MASAKAN TRADISI NEGERI SEMBILAN, MASAK LEMAK KELI SALAI, MASAK LEMAK DAGING SALAI,

Keli Salai Masak Lemak


MASAKAN TRADISI NEGERI SEMBILAN, MASAK LEMAK KELI SALAI, MASAK LEMAK DAGING SALAI,

Daging Salai Masak Lemak



Set yang kami makan ni taklah mahal sangat harga satu set bawah RM 15.  Kalau nak makan tengahari dekat sini kena datang awal, sebab cafe ni tak besar mana, selalunya 'time lunch' ramai dan 'fullhouse' he he he

Kalau anda berhajat bolehlah ke Cafe Impian sebaris dengan Shushi King.

~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

21 TEGURAN MEMBINA

  1. tak pernah rasa keli salai.. daging salai pun. tp tahu ade hidangan tu x pernah cuba je.. tingat zaman dok asrama jugak hehe mesti nak beli bekalan makanan hihi.. kami panggil talian hayat dulu =P

    ReplyDelete
  2. Masak lomak cili padi dan org nogori berpisah tiado...sodap eh tuh bonde

    ReplyDelete
  3. Sedap nampaknya tu bonde. Harga pun ok juga. Mesti sedap sebab tu selalu full house.

    ReplyDelete
  4. Giant sekarang makin maju. Boleh membeli-belah dan mengisi perut lapar. Bawa banyak duit bila ke giant.

    ReplyDelete
  5. Betul2 masakan nogori Tu bonde. Gerenti sedap kan

    ReplyDelete
  6. Hhmmm....sodap tu..masakan nogori9,hubby saya org sana kalau balik mmg sukalah makan masakan sana, masak lemak cili api tp ikan sembilang xmkn haaa..

    ReplyDelete
  7. Ya Allah sedapnya bonda..
    Masakan fav saya ni bonde

    ReplyDelete
  8. Arghhh sedapnyer menu yang dihidangkan. Kecur pulak air liur nak rasa juga. Tapi kejauhan la pula.

    ReplyDelete
  9. Selalu gak ke Nilai ... bole la cari cafe ni rasa masakan poses nogori tu hihi

    ReplyDelete
  10. Perghhhh, masak lemak tu. Emi dulu-dulu tak suka masak lemak. Tekak ni takleh terima. Tari sejak beberapa tahun kebelakangan ni jadi terbalik pulak, dah jadi menu kesukaan.

    ReplyDelete
  11. perghhh telan air liur tengok masakan salai... sedapnya dah lama tak makan...

    ReplyDelete
  12. Wahhh sgt menarik.. bolehlah singgah nanti klu ke sana. Syok juga tengok cara dia hidangkan tu. Mmg terbuka selera.. best2 :)

    ReplyDelete
  13. Wahh. Hidangan dia tak nampak macam cafe hidangan makan biasa-biasa. Nampak eksklusif sangat. Harga pun not bad.

    ReplyDelete
  14. Setuju ngan Bonde masakan nogori mmg terbaek..hahaha...nilai banyak tempat makan best yg SA x sempat nak jejak lagi.. insyaallah one fine day..

    ReplyDelete
  15. Haii bonda :) terime kasih untuk sharing ni.. nanti bile datang nilai dengan family boleh ajak mereka pergi makan situ laa.. :P

    saya follow bonda sekali ye.. :)

    ReplyDelete
  16. Giant Nilai ada food court ke ? Alamak lamanya tak singgah situ tak silap ada yang deretan banyak banyak kan, dulu pernah tinggal dekat Taman Nilai... huhuh nampak macam sedap pula kuah daging salai tu.... harap harganye affordable lah..

    ReplyDelete
  17. Kami ni dahla tengah lapar. Memang fav makan ikan keli. Lama juga tak makan keli salai lemak. Podas terangkat tak kak?

    ReplyDelete
  18. daging salai tu antara feveret saya. macam2 style saya belajar cara masak...tapi yg paling bet resepi chef dr fazley

    ReplyDelete
  19. keli salai masak lemak cili api tu fav saya! Kalau nampak menu tu tak pandang yang lain dah!

    ReplyDelete
  20. haihhhhhhhhhhh
    masak lemak cili api nih dah lah favorite saya

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

JUMLAH PAPARAN HALAMAN