Bonde Zaidalifah: LAFAZKAN KALIMMAH CINTA MU

LAFAZKAN KALIMMAH CINTA MU

11:59 pm

Assalamualaikum dan Selamat Petang...

Hai reader semua,

Tak sabar nak menonton drama adaptasi novel ni... yang bakal di tayangkan tak lama lagi  di kaca tv anda ... iaitu Lafazkan Kalimah Cintamu karya penulis yang Bonde minati Siti Rosmizah. Tarikh tayangan pada 15 Januari 2018 waktu siaran Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di astro Ria 104 dan Ria HD 132 arahan Along Kamaludin Terbitan SR One Sdn Bhd.  sebanyak 32 episod.

LAFAZKAN KALIMMAH CINTA MU


SINOPSIS LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar di Syarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

LAFAZKAN KALIMMAH CINTA MU


Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?


LAFAZKAN KALIMMAH CINTA MU

PELAKON : 

Nelydia Senrose, Farid Kamil, Nadiyah Shahab, Adriana Adnan, Farez Ridzwan, Imam Shah, Azri Iskandar, Liza Abdullah, Anne Abdullah, Azhar Sulaiman, Adibah Noor, Nazia Mustafar, Nur Qistina Raisah

WATAK PELAKON :

Farid Kamil sebagai Tengku Ryan Ameer

Nelydia Senrose sebagai Tengku Aqilah

Nadiyah Shahab sebagai Tengku Natasha

Azri Iskandar sebagai Tengku Hisham

Liza Abdullah sebagai Tengku Azreena

Adriana Adnan sebagai Farhana

Farez Ridzwan sebagai Azrul

Imam Shah sebagai Shafiq



~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

9 TEGURAN MEMBINA

  1. Ana masa tgk iklan drama ni siap terus cari novel ni dkt rak buku. Terus baca sinopsis dan ending mcm mana. Haha. Gigih kejap.

    ReplyDelete
  2. Wah, pelakonnya pun boleh tahan tu. Farid Kamil pun lama tak berlakon drama

    ReplyDelete
  3. Bonde..sep sikit.. Kita sama ada novel nih..

    ReplyDelete
  4. Bonde..sep sikit.. Kita sama ada novel nih..

    ReplyDelete
  5. eh, novel ni dah ada cerita ke bonde?? hehehe.. best giler novel ni.. memang teresak-esak menangis..

    ReplyDelete
  6. sinopsis macam best tapi pelakon tak berapa nk minat..

    ReplyDelete
  7. Macam best juga ya cerita nie Bonde..

    ReplyDelete
  8. sejak kurang layan novel ni,tak tau dah pengakhiran cerita dia,tapi kalau dah novel,haruslah last episode adegan yang sweet kan

    ReplyDelete
  9. cerita ni best! gandingan farid dengan nelydia best sangat! novel takbaca pun hehe

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

JUMLAH PAPARAN HALAMAN