KADAR BAYARAN PENGASUH 2018
7:13 am
Assalamualaikum Dan Selamat Pagi....
Hai reader semua...
sudah 5 hari kita berada di tahun 2018 , beberapa hari ini dibangkitkan isu berkaitan bayaran untuk asuhan anak ini lalu di "wall facebook" Bonde, terdetik ingin berkongsi dengan anda semua.
Waktu memang kian berubah... 15 tahun dulu bayaran tak sama macam sekarang. Dulu bayaran 8 jam baru 250.00 sekarang sudah meningkat RM 100.00. Kiraan OT pula dulu RM 1.50 sejam dan kini RM 5.00 sejam. (ni yang buat balik awal jam 5.00 dan punch out)
Bagi ibu yang berkerja anda harus buat kira-kira untuk tidak rasa terbebankan dengan kadar Bayaran ini. Jika boleh buat pilihan antara teruskan kerja atau jaga sendiri lebih berbaloi ada buatlah perancangan yang lebih baik untuk family anda.
KADAR BAYARAN PENGASUH 2018
Pada pendapat Bonde:
Jika gaji kita kecil
tapi anak ramai, lebih baik berhenti kerja dan jaga sendiri anak dirumah dan pada masa yang sama anda buka tawaran untuk penjagaan bayi/kanak-kanak dirumah bagi menjana pendapatan bulanan anda, jika anda tidak mahu mengambil masa yang terlalu lama menjaga bayi/kanak-kanak anda boleh buka tawaran kepada guru sekolah. Waktu penjagaan tidak lama sekejap sahaja kurang dari 8 jam. Satu lagi pilihan, buka tawaran untuk transit sahaja bagi mereka yang bersekolah. Tak perlu ambik ramai-ramai cukupkan setakat 5 orang jika anda larat boleh ambik lebih dari itu.
Apa yang Bonde kongsikan ini, Bonde nampak sendiri bagaimana Mak Cik Bonde sendiri jana pendapatan dengan mengasuh bayi/kanak-kanak di Kampung. Ramai yang menghantar bayi/kanak-kanak kerumahnya. Tak heranlah di mampu bayar ansuran kereta bulanan untuk suaminya.
Jana pendapatan dari rumah sahaja, dah boleh dapat pendapatan lumayan tak perlu pikir nak tempuh jem dan sesak jalan raya. Cuma anda kena pandai-pandai mengatur jadual dan apa yang anda sasarkan.
Pada ibu-ibu anda jangan pening-pening lagi. Move on....

~ Bonde Senyum Riang ~
26 TEGURAN MEMBINA
Nak cari pengasuh ni kena cari yang betul-betul suka anak-anak bukan sebab kerjanya mengasuh atau duit semata-mata. Apa pun memang menguji nak cari pengasuh yang baik dan serasi dengan ank-anak
ReplyDeleteBanyak juga kos yg terbabit ye? Takde choice la kalau 2-2 suami isteri kerja. Nak tak nak kena bayar juga.
ReplyDeletePergh!! Mujurlah tempat Sha hantar ini masih berbaloi..
ReplyDeleteMemang mahal lah bonde kos jaga budak. Anak saya sebulan RM450. Overtime pulak sejam RM10.00 . Stress jer rasa. Campur OT cecah RM500 sebulah untuk sorang anak... huhuhu...
ReplyDeleteFor Chinese lagi mahal. Everything is so expensive now. Sigh...
ReplyDeleteMmg boleh buat sumber pendapatan mcm ni Kan. Makin Mahal rate skrg ni
ReplyDeleteMemang sekarang ni tinggi budget untuk hantar anak ke pengasuh. Kalau yang ramai anak tu, better buat kira-kira dulu berbaloi atau tak jumlah gaji parents untuk hantar belanja rumah dan anak. Kalau tak berbaloi, better mak berhenti kerja dan buat kerja dari rumah saya
ReplyDeleteAlhamdulillah anak-anak dah besar panjang. Dulu masa masing-masing kecil pening juga kepala nak cari pengasuh yang sesuai. Sekarang kos untuk penjagaan anak terutama yang beranak ramai ni amat tinggi. Perlulah merancang dengan baik.
ReplyDeleteFuh zaman sekarang mahal betul. Saya pun sedang mengalami fasa pengasuh. Lepas tu bayar mahal risau cara jagaan mereka. Hurmm. Saya hantar harian kekadang pun dah risau. Haha. Tengok fb kes dera lg. Adudududu. Kalau nak beranak. Fikir le camana nak jaga anak. Sebab org pompuan je fikir bab ni. Lelaki dia rilek je. Salah sorang dalam ahli keluarga ada keje tetap pun still tak cukup utk tampung kehidupan. So sad.
ReplyDeletetak de ape yang murah sekarang ni bonde.. hee~ sebab tu saya tak bekerja dan memilih untuk duduk di rumah.. jadi pengasuh untuk anak sendiri..
ReplyDeleteZaman sekarang memang mahal. Takut bila dengar pelbagai cerita pusat asuhan ni. Hmmm. Kalau bagus asuh sendiri anak sebab trauma pikir benda macam ni. Harap2 dapatlah pengasuh yang betul2 ikhlas. Memang perlu rancang perbelanjaan baik2 kan kalau anak ramai.
ReplyDeleteSiapa sangka hanya dengan melakukan kerja ini je kita dah boleh dapatkan macam-macam. Tapi dulu mana ada orang pandang kerja mengasuh ni
ReplyDeletehuda memilih tak bekerja sebab tak percaya pada pengasuh. berat hati hari first nk tinggal anak. terus amik keputusan nak jadi WAHM
ReplyDeleteand it depends on how many kids that pengasuh jaga also right? if like 1 or 2 lagi mahal! in Penang i think at least RM1,000!
ReplyDeleteYourFinanceDoctor
Uittt mahainya..x pernah htr anak ke pengasuh pun, x tahu bape harga dulu dan sekrg, tp skrg sure le melambung baik kan.
ReplyDeleteUmmm...rasa mcm nak jadi pengasuh pulak..:D
This charges is consider very cheap, I pay more than 1k every month for my daugther and the next baby coming soon huhuh and it's not even one on one.
ReplyDeleteinformasi sangat menarik, ini pasti untuk satu kid ya?
ReplyDeleteSemua sekarang berbayar kan. Itu sebab adik #RawlinsGLAM buat perkhidmatan rumah transit juga. Tapi bilangan kanak-kanak terhad bagi memastikan penjagaan yang rapi dan teratur. Kalau reramai kang ada macam-macam hal kan.
ReplyDeletesekarang ni, memang mahal-mahal kos kehidupan. Nak jaga baby pun kena fikir 2-3 kali. And rasanya, paling penting adalah keselamatan & kebersihan baby terjaga! :)
ReplyDeleteAlhamdulillah dulu masa hantar anak ke pengasuh dpt yg betul2 sygkan anak kita...
ReplyDeleteTpi sekarang ni jaga sendiri...bukan senang nak jaga budak2 ni sebenarnya..
Mau xmau kena pndai2 tmabha pendaptan sdiri
Boleh tahan juga upah mengasuhkan anak ye zaman sekarang. Kalau saya prefer jaga anak sendiri.
ReplyDeleteMacam mak saya ..dari saya kecik smp besar dia jage anak orang..
ReplyDeleteTapi start 2009-2016 kitorg da x bg mak jage lg anak ..
tp start 2017...ade jiran baru suami isteri mnta mak saya tlg jage ( wlupn kitorg adik beradik tegah )..sbb mak umur 70 thn mase 2017
Sbb kesian kn jiran..mak saya tlg jgk..and pikirkan diorg kerja kilang..mak saya amik 800 utk 3 org ( 10 bln / 4 thn / 7 thn * 2018*)...
Mslhnye diorg amik kesempatan....slalu ot....shift anta mlm2....kadang2 sabtu ahad pn antar....tp bayaran still 800
Ape pendapat Puan?
Mak saya da tua....kitorg da ckp kot dgn jiran tu...tp anta jgk...sbb diorg merayu...mak lak kesian..
tp diorg amik kesempatan
Mmg ada puan org yg ambil kesempatan. Saya sendiru sebagai pengasuh... dah rasa semua tu. Dia fikir time dia susah aje... x fikir org langsung. Sakit ati di buatnya.. ckp dgn dia org.. kalau x boleh ambil awal. X nak jaga lagi... terpaksalah ckp mcm tu sbb dia x faham mak puan dah berumur.
Deletemakcik sha mengasuh budak 2 tahun lebih rm300 sebulan hahaha tapi takdelah sampai 8 jam, kadang datang pkul 4 pkul 6 balik hahaha
ReplyDeleteUishh mahalnya kadar bayaran pengasuh ni ye. Untung kalau buka taska ni bonde hihi
ReplyDeleteOT, RM5 sejam tu untuk seorang atau 2, 3, orang?
ReplyDelete~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang