BondeZaidalifahDotCom: BENGKEL MASAKAN KELUARGA DENGAN SHARP

BENGKEL MASAKAN KELUARGA DENGAN SHARP

12:20 am

Assalamualaikum Dan Selamat Malam,

Hai reader semua,


Pada 13 Jan 2018 (Sabtu) yang lalu Bonde telah menghadiri Family Cooking Workshop With Sharp #100comment.com.  Majlis bermula pada 10:30 pagi bertempat: Aras 2, KidZania, Kuala Lumpur.

BENGKEL MASAKAN KELUARGA DENGAN SHARP


Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendekatkan anak-anak dan ibu/bapa,  seperti yang anda maklum, Tahun 2018 ini, adalah tahun yang begitu mencabar bagi ibu/bapa yang bekerja dan tidak mempunyai masa untuk anak mereka,  hendaklah mencari alternatif lain untuk mendekat jarak antara ibu dan anak.



Bagi Bonde yang mempunyai kerja tetap, kerja tetap kerja, sesibuk mana pun berkerja, anak tetap nombor satu dan perlu diberi perhatian lebih-lebih lagi 'Bab Makan' memang perlu dijaga dan diawasi (tak boleh biarkan perut mereka kosong).



Pada kali ini, Bonde telah berlajar resipi baru dan belajar teknik memasak baru bersama produk sharp.

Ibu bapa hendaklah mengambil peluang waktu 'free' bagi mempelajari dan berkongsi dengan anak bagi menghabiskan masa yang berkualiti dengan merancang untuk memasak bersama anak-anak.  Sedikit sebanyak anak-anak dapat belajar cara asas memasak dan  mereka  praktikkan semasa ketiaadan ibu/bapa dirumah.

Kali ini 100comment.com telah menampilkan seorang Chef berbakat iaitu Chef Patricia, beliau adalah seorang jurulatih tukang masak yang berpengalaman dan menjadi tenaga pengajar untuk Bengkel masakan keluarga yang menunjukkan kepada kami cara memasak makanan sihat menggunakan perkakas dapur SHARP yang inovatif.


Chef Patricia mengadakan banyak demonstrasi memasak untuk SHARP sebelum ini. Beliau telah bekerja dengan SHARP selama 23 tahun dan merupakan ketua yang bertanggungjawab untuk ketuhar gelombang mikro dan ketuhar. Sebagai tambahan kepada demonstrasi memasak, dia juga menjalankan promosi jualan, menguruskan promosi jualan dan mencipta resipi baru. 

Chef Patricia telah merancang program memasak untuk pertama kali iaitu untuk, kanak-kanak dan kelas dewasa. 

Chef Patricia juga, ada menulis buku berkaitan masak dan perjalanan ke banyak tempat untuk belajar seni memasak

Pada kali ini, Chef Patricia memberi tunjuk ajar kepada peserta kanak-kanak dan ibu/pada mepelajari cara memasak hidangan yang sangat mudah iaitu :

1. Parti pasta

2. Set sarapan pagi yang sihat

3. Set makan tengah hari

4. Ayam goreng

5. Nasi goreng ayam

6. Sos Salad

7. Smoothie 

8. Muffin carot & blueberry 


 Set sarapan pagi yang sihat

 Parti pasta


 Muffin carrot & blueberry 


Seronok kanak-kanak mencuba membuat muffin carrot dan bluberry.


blueberry 


muffin carot 



Nasi goreng ayam


[PERALATAN DAPUR INOVATIF SHARP]




Chef Patricia menggunakan 3 alat dapur SHARP yang menakjubkan di seluruh demonstrasi memasak. 


Tekanan Tekanan SHARP membolehkan anda memasak tendon kegemaran anda, kacang, daging dan bubur dalam waktu kurang dari yang anda bayangkan. Fungsi rebus, khususnya, menghasilkan rebusan ayam yang paling lazat. Ia boleh mengekalkan tekanan dari 0 hingga 99 minit dan mempunyai pre-set 24-jam supaya anda boleh memasak masakan anda untuk bermula pada masa akan datang. Bahagian terbaik dari Mesin Bowl Sharp ini ialah ia dilengkapi dengan periuk mendidih pintar tanpa ciri yang banyak.

Healsio Superheated Steam Oven


Kebanyakan resepi menggunakan ketuhar SHARP Healsio Superheated inovatif. Ketuhar pelbagai guna ini mempunyai empat fungsi utama yang membolehkan anda memasak apa sahaja dengannya. 

Uap super panasnya membolehkan anda menggoreng, membakar, membakar, membakar, mencairkan, stim dan anda boleh menggunakannya sebagai ketuhar konvensional dan microwave.



Seterusnya, Chef Patricia juga menunjukkan bagaimana cara-cara untuk blender kacang berkelajuan tinggi yang membolehkan anda membuat smoothies, salad  dan pencuci mulut dengan mudah.

Chef Patricia membuat demo menu salad yang dicelup menggunakan blender kelajuan tinggi SHARP. 




Bonde sangat seronok menghadiri Bengkel masakan keluarga dengan shap ini, selain mengenali produk baharu jenama SHARP, Bonde dapat mempelajari menu-menu mudah... yang sangat membantu Fatin untuk mencuba memasaknya.. semasa ketiadaan Bonde dirumah. (alhamdulillah nampak ada minat nak mencuba)





[ SESI RASA MASAKAN ]



Tak sahlah kalau ada bengkel masakan kita tak dapat nak rasa apa yang dimasakkan.  Haruslah jadi juri waktu itu, kena bagi bintang.


Baiklah kami nak menikmati makanan terlebih dahulu jadi anda semua jangan ganggu... he he he


Kalau Bab makan of coz fatin memang seronok sekali....dia dah pergi jauh pon akan patah balik tau sebab teruja nak rasa.


Sedap muffin ni makan panas-panas tau... tak sabar nak masukkan dalam mulut.



Untuk keterangan lanjut anda boleh ke laman web dan mengikuti media sosial  dibawah :






~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

23 TEGURAN MEMBINA

  1. dapat spend masa dengan family jugak kan bila adanya bengkel macam ni

    ReplyDelete
  2. Seronok kan ada aktiviti macam nie Bonde, berkenan pulak produk baru dari Sharp nie..

    ReplyDelete
  3. Bestnya dapat pergi Bengkel masakan dan belanjar masakan. I love all these kitchen device will go check it out!

    ReplyDelete
  4. Seronok ye bonde dpt join prog masakan bersama dgn anak-anak. Banyak resipi juga tu bonde. Sharp memang dah sedia terkenal sebab kualiti nya yanh baik.

    ReplyDelete
  5. Siap Ada party pasta lagi bestnya.. seronok nampaknya budak2 Tu belajar memasak

    ReplyDelete
  6. bestnya tapi nasi goreng ayam tu nampak macam lain la bonde! memang masak dalam tu ke??

    ReplyDelete
  7. Nyum2.. sedapnya menu dia.. best buat sama2 ngn anak.. eratkan hubungan

    ReplyDelete
  8. Meriahnya. Semua makanan tu nampak sedap-sedap. Happy lah anak-anak dapat main dalam kidzania.

    ReplyDelete
  9. Menarik aktiviti ni. Seronok mereka belajar memasak ye....

    ReplyDelete
  10. semua menu best-best belaka. seronoknya makan-makan :D

    ReplyDelete
  11. Kemain menu yang dimasak dengan peralatan Sharp ye. Mudah la kerja kat dapur nanti.

    Kagum dengan kehebatan seorang ibu ni. Penat macam mana pun dia, tetap ak untuk hidangan seisi keluarga. Salute

    ReplyDelete
  12. bagus ada bengkel macam ni..dapat luaskan kenalan. berkenan dengan barangan sharp warna merah tu

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  13. Bestnya 😍😍 seronoknya kalau ada kat Kuantan. Suka join event macam ni.

    ReplyDelete
  14. Ouhh inilah ceritanya rupanya. Muffin tu win betul yer. Nampk gebu je. Rasa dia mesti sedap kan Kak Zaida

    ReplyDelete
  15. Geram pulak tengiok peralatan elektrik/ dapur Sharp tu.. kalau ada depan mata syok la TB sangat-sangat.. heee

    ReplyDelete
  16. aduh terliurnya tengok masakan yang dorang masak tu. bagus aktiviti macam ni sebab dapat ajar masak dari kecil lagi. lagi best sebab guna brand sharp ni.

    ReplyDelete
  17. best yer dapat join event camni. ilmu dapat, makan pun dapat. hehe

    ReplyDelete
  18. la rupanya bonda ke tu ! maaf i tak perasan i ingat bonda tinggal kat area pantai timur,, heee sedap tak nasi ayam I ?

    ReplyDelete
  19. bagus event2 bengkel macamni. dapat expose anak2 jugak. lepas ni diorang pun akan suka masak dengans endiri

    ReplyDelete
  20. Bestnya dapat join cooking workshop macam ni sebab dapat belajar masak healty dishes kan. Barangan elektrik keluaran SHARP pun bagus juga dan jenama dikenal ramai.


    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  21. Ni kalau dapat pergi dengan anak saya ni memang best. Anak saya jenis yang suka menyibuk time mak dia masak. Asal nampak mak dia masuk dapur je mesti nak ikut, nak buat jugak.

    ReplyDelete
  22. Seronoknya dapat sama anak2 belajar memasak...makan pulak masakan yg di masak sure seronok sgt2 kan. Lagi seronok kalau dpt bwk balik brg sharp kan kan..hehehe

    ReplyDelete
  23. Wah bestnya bonde. Banyak juga menu tang di ajar ye.

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

JUMLAH PAPARAN HALAMAN