BondeZaidalifahDotCom: 15 TEMPAT MENARIK DI MELAKA YANG WAJIB ANDA KUNJUNGI

15 TEMPAT MENARIK DI MELAKA YANG WAJIB ANDA KUNJUNGI

10:10 am

Assalamualaikum Dan Selamat Pagi...

Hai reader semua,


Ada tak yang berminat nak tahu tempat-tempat yang menarik di Melaka Bonde ingin kongsikan kepada anda semua yang belum pernah ke Melaka, Ada banyak tempat Menarik di Melaka, negeri Melaka Kaya dengan kesan peninggalan sejarah dan penuh dengan tarikan moden menjadikan negeri Melaka destinasi sasaran popular pelancong tempatan dan antarabangsa. Melaka juga merupakan destinasi pilihan utama warga Ibu Kota yang mencari tempat percutian singkat untuk melarikan diri daripada kesibukan bandar buat seketika.


Dibawah ini Bonde senaraikan tempat-tempat yang pernah Bonde lawati bersama keluarga.

15 TEMPAT MENARIK DI MELAKA YANG WAJIB ANDA KUNJUNGI

TEMPAT PENINGGALAN SEJARAH NEGERI MELAKA


Adalah tempat paling ramai dilawati oleh pelancong asing dan tempatan Bonde juga tidak tidak melepaskan peluang untuk pergi dan lihat sendiri depan mata.  Berikut adalah tempat yang bersejarah itu.

 SEJARAH PERIGI HANG TUAH


1. SEJARAH PERIGI HANG TUAH


Perigi Hang Tuah terletak di Kampung Duyong, Melaka. Dikatakan mempunyai kaitan dengan Hang Tuah seorang pahlawan yang terkemuka di Nusantara ini di Zaman ahirkan di Kampung Duyong ini dipercayai menggali sendiri perigi ini untuk kegunaannya. 


Pada asalnya perigi ini adalah kecil tetapi lama kelamaan menjadi besar dan dalam. Perigi ini dikatakan tidak pernah kering, walaupun di musim kemarau panjang.  Airnya sentiasa jernih dan dikatakan boleh menyembuhkan penyakit. 

Bonde pernah ambik air dekat situ dan minum, Air perigi Hang Tuah ni tak rasa apa-apa tapi dia sejuk. Kalau ada yang nak cuba untuk sembuhkan penyakit kulit bolehlah buat mandi air dari perigi ni.


Bayaran Masuk:

-Percuma        

MUZIUM KAPAL SELAM

2. MUZIUM KAPAL SELAM

Muzium Kapal Selam ini terletak Dataran 1 Malaysia, Klebang, 75200 Melaka.
Di Kapal selam yang boleh dilihat di muzium ini bergelar FS Quessant Agosta 70 dan merupakan sebuah kapal selam bekas milik tentera Perancis.


Ia diserahkan kepada Kementrian Pertahanan dan kemudian diserahkan kepada kerajaan negeri Melaka untuk dipamerkan ke orang awam. Dengan bayaran yang kecil anda dapat masuk dan melihat dengan mata sendiri bagaimana rupa bahagian dalam kapal selam.

Pengalaman masuk dalam Muzium Kapal Selam ni, memang istimewa sekali, sebabnya kita akan rasa seperti berada dalam Kapal Selam yang sedang berada di dasar lautan, Boleh tahu dan rasa sendiri bagaimana keadaan pekerja navi yang bertugas disitu. Cara mereka bekerja dalam tempat yang sempit, Boleh lihat sendiri tempat makan, tempat tidur, tempat mesyuarat dan tandas yang digunakan. Yang pasti semua ruang dalam saiz yang kecil dan semua pekerja perlu sesuaikan diri dengan keadaan kapal tersebut. Bawalah anak anda kesini dan pasti ianya akan teruja dan dapat pengalaman berharga yang tak ternilai tidak semua orang dapat merasainya.

Bayaran Masuk:


Dewasa RM5
Kanak-kanak RM3

Waktu Operasi:

Isnin – Khamis (9.00am – 5.30pm)
Jumaat – Ahad (9.00am-9.00pm)

 MELAKA RIVER CRUISE

3.      3. MELAKA RIVER CRUISE


Bertempat di Melaka River Cruise Boarding Port, Jalan Tun Mutahir, 75300 Melaka.

Jika anda mahu melihat keindahan Bandar Melaka tanpa melalui kesesakan jalan raya dan jauh daripada orang ramai anda boleh menaiki Melaka River Cruise.  Kelebihan Melaka River Cruise ini adalah kerana anda boleh naik waktu siang atau malam.

Cruise ini bermula dari Jeti Muara, kemudian ia akan berhenti sebentar di Jeti Tanah Rempah dan selepas itu berpatah balik ke Jeti Tanah Rempah dimana ia berakhir.

Haaaa kalau anda nak tahu Bonde sudah tiga kali naik Melaka River Cruise ni, Bonde pilih untuk naik pada waktu malam,  Selain dari waktu malam yang sejuk dan angin yang menyenangkan. Ini kerana untuk menikmati pemandangan Bandar Melaka pada waktu malam yang sangat cantik dan Bonde tak pernah jemu untuk melihatnya.  Pemandangan kampong manton yang berwarna warni  dengan lampu kelip-kelip yang sangat mendamaikan.  Dan terdapat juga kedai-kedai ditepi sungai yang sangat menarik perhatian pelancong, mereka secara kreatif mencantikkan kedai/restoran mereka dengan lukisan dan mendendangkan muzik mengikut tema kedai/restoran mereka.  Suasana itu, tidak dapat dilihat pada waktu siang. Yang pasti mendamaikan dan menenangkan.

Bayaran Masuk: 

Dewasa RM10

Kanak-kanak RM5

Waktu Operasi: 

Isnin – Ahad (9.30am – 11.00pm)

 MUZIUM MARITIME

4. MUZIUM MARITIME


Bertempat di Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka. 

Muzium Maritime atau Muzium Samudera, berjaya menarik sebanyak 20,000 orang sebulan. Di sini ini anda berpeluang untuk melihat bagai mana kekuatan tentera maritime memainkan peranan penting dalam menuntukan pihak yang berkuasa pada zaman tersebut.

Tarikan utama di sini merupaka replica kapal Flor de la Mar (Flower of the Sea) yang mengikut sejarah telah karam di perairan Sumatra. Agak teruja melihat bahtera dengan ketinggian 34 meter tinggi ini.

Pengalaman masuk dalam kapal ni juga sesuatu yang istimewa, Hanya di Melaka sahaja ada kapal Flor de la Mar ini memang boleh Nampak tersergam ditengah Banda Melaka, Sebelum ini Kalau Bond ke Melaka, tak pernah masuk dan singgah dekat kapal tu tapi bila Fatin ada, dialah yang teruja nak tahu, kalau anda tak pernah masuk lagi dalam kapal ini,   pasti anda akan tertanya-tanya apa yang ada di dalamnya.  Bila sudah masuk baru anda akan puas hati dan bila ada yang bertanya pada anda apa dekat dalam tu pasti anda boleh bagi penerangan apa yang ada dekat dalam tu.

Pengalaman berada di atas Kapal ni, boleh tengok view yang sangat cantik sekali.

Bayaran Masuk: 

Dewasa RM5

Kanak-kanak RM3

Waktu Operasi: 

Isnin (9.00am-6.00pm) | Rabu-Ahad (9.00am-6.00pm)

ZOO MELAKA

5. ZOO MELAKA

Bertempat di Jalan Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh, 75450 Melaka.

Kalau anda merancang aktiviti untuk seisi keluarga anda dapat meluangkan masa bersama keluarga di Zoo Melaka. Zoo Melaka merupakan Zoo kedua terbesar di Malaysia dan menjadi rumah kepada 215 spesis haiwan yang berbeza.

Antara haiwan yang boleh ditemui di Zoo Melaka ini adalah Badak Sumatera yang hamper pupus dan Gajah Kecil Asia yang kewujudanya di muka bumi ini juga terancam.

Siapa yang teruja nak masuk dalam Zoo ( mesti lah Fatin juga ha ha ha ) masa tu umur Fatin dalam 8 tahun dan berlajar di sekolah rendah.  Pada masa ini Fatin memang teruja nak kenal haiwan-haiwan yang ada dekat Zoo,  Pastinya apa yang dibelajarkan di sekolah mereka hendak rasa dan lihat dengan lebih dekat lagi,  kami jalan-jalan dalam Zoo dekat dua jam untuk melihat kesemua haiwan yang terdapat dalam Zoo.  Beri anak-anak pendedahan untuk mengenali haiwan-haiwan di persekitaran mereka.

Bayaran Masuk: 

Dewasa RM17.80

Kanak-kanak RM7.10

Waktu Operasi: 

Isnin – Ahad (9.00am-6.00pm

MUZIUM KESULTANAN MELAYU MELAKA


6. MUZIUM KESULTANAN MELAYU MELAKA


Bertempat di Jalan Kota, 75000 Melaka, Malaysia.

Datang dan lihat sendiri kehidupan harian penduduk istana di Muzium Kesultanan Melayu Melaka. Di sini anda dapat melihat apa yang terkandung dibelakang dinding istana dan mempelajari tentang adat istiadat Kesultanan Melayu. Istana ini dibina dengan cara tradisional bagi mengekalkan ciri-ciri unik sejarahnya.

Pengalaman masuk Muzium ni sangat lama, kerana memang menarik meninjau sejarah Kesultanan Melayu  Melaka. Kami sekeluarga mengambil masa yang lama melihat sendiri secara dekat pameran yang ada di dalam Muzium,  bukan sahaja Fatin sesiapa sekalipun yang masuk akan teruja nak tahu sejarah Kesultanan Melayu  Melaka.

Dari segi pakaian dan persalinan raja-raja memang banyak dipamerkan disini, replika keris taming sari juga ada cerita dan sejarahnya dan boleh dilihat disini.

Bayaran Masuk: 

Dewasa RM3

Kanak-kanak RM2

Waktu Operasi: 

Isnin – Ahad (9.00am – 5.30pm)

KOTA A’FAMOSA

7. KOTA A’FAMOSA


Bertempat di Jalan Parameswara, Bandar Hilir, Alor Gajah, 78000 Melaka.

Kota A Famosa  dikenali sebagai mercu tanda paling popular di Melaka. Mengikut sejarah ia didirikan oleh penjajah Portugis sebagai kubu pertahanan mereka di Melaka.

Pada tahun 1807 kebanyakkan dari pada  bangunan ini telah diruntuhkan dan yang tinggal adalah sebahagian daripada pintu gerebang dan Portade Santiago. Apa yang dapat dilihat sekarang hanya sebahagian kecil sahaja daripada kubu asal. Ini adalah tarikan yang wajib dilawati semasa anda bercuti ke Melaka kerana ia merupakan satu detik penting dalam sejarah Negara.

Ramai yang tertarik dan teruja nak bergambar dekat sini, sebab terdapatnya pintu gerbang yang menarik di situ,  Ia juga memang menjadi tarikan utama pelancong. Dekat depan pintu gerbang ini terdapat beca untuk anda sewa. Cantik-cantik rekaan beca tau, anda boleh sewa dan naik.  Dan sini terdapat jualan lukisan, key chain dan cenderahati untuk anda beli.

Pengalaman menaiki tangga untuk melihat peninggalan sejarah dari arah dekat memang sesuatu yang menarik sekali percuma pemandangan menarik dari atas  dan anda akan lihat sendiri seni bina bangunan sejarah yang tinggal.  Tidak heranlah dekat kawasan tu , selalu menjadi tempat bergambar dan shooting drama/filem, sebabnya pemandangan disitu akan nampak macam dekat luar Negara tau.


MENARA TAMING SARI


8.  MENARA TAMING SARI


Bertempat di  Jalan Merdeka Banda Hilir, 75000 Melaka.

Menara Taming Sari adalah Gyro tower pertama di Malaysia dan dibuka secara rasmi pada tahun 2008. Dengan ketinggian 110 meter, strurtur yang berpusing ini dapat memuatkan seramai 80 oran dan memberi pengunjung pandangan panoramik 360 darjah Bandar Melaka.

Seperti mana yang anda sudah teka, menara ini di namakan seperti keris Hang Tuah yang masih belum dijumpai lagi hingga ke zaman ini. Kalau di lihat dengan teliti mereka telah cuba membina menara ini menyerupai bentuk keris.

Pengalaman naik di atas menara ini memang sesuatu yang indah dan sukar dilepaskan.  Perasaan teruja bila nak naik tu memang ada.  (tapi kalau anda gayat memang rugilah tak naik atas menara tu)

Menara tu akan berpusing dari bawah keatas dan dari atas akan turun kebawah semula.  Anda akan dapat lihat pemandangan sekitar Banda Melaka yang berhampiran.  Tapi sayangnya Bonde tak pernah naik lagi Menara ni pada waktu malam.  Tentunya pemandangan pada waktu malam lebih cantik dari waktu siang.

Bayaran Masuk: 

Dewasa RM17

Kanak-kanak RM11

Waktu Operasi:

Isnin – Ahad (10.00am – 11.00pm)    

MENARA TAMING SARI

9. TAMAN BUAYA


Bertempat di Pusat Pelancongan Ayer Keroh, Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka.

Taman Buaya ini sudah lama menjadi sasaran pelancong ke Melaka dan dibuka kepada orang ramai semenjak tahun 1987. Kawasan kurungan buaya ini di reka untuk menyerupai habitat semulajadi haiwan ini.

Antara spesis buaya yang boleh ditemui di sini adalah Buaya America, Buaya Marsh Mugger India, Buaya Cayman dan lain-lain lagi. Anda juga dapat berhibur dengan tarikan bonus di sini seperti rumah mamalia dan rumah reptilia.

Anda akan dapat melihat pertunjukan pentas yang diadakan disitu, ramai yang teruja nak tengok pertunjukan ini dengan dekat.  Hebat mereka dapat menjinakkan haiwan ganas ini.  Kanak-kanak pasti teruja nak tengok 'show' buaya.

Bayaran Masuk: 

Dewasa RM20

Kanak-kanak RM17

Waktu Operasi: 

Isnin – Ahad (9.00am – 7.00pm)

MINI MALAYSIA & ASEAN CULTURAL

10. MINI MALAYSIA & ASEAN CULTURAL

Terletak di Ayer Keroh, Taman budaya Malaysia & ASEAN Mini.

Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park adalah Taman budaya di mana mengagumkan replika rumah-rumah tradisional Malaysia dan ASEAN dapat dilihat dengan dekat. 

Di dalam setiap rumah terdapat patung lilin yang lengkap berpakaian pakaian tradisional masing-masing serta hasil kraftangan tempatan. terdapat juga model sebuah kampung Orang Asli disini.

Tahun lepas Bonde berkesempatan ke sini. Datang buat kali ke tiga. He he he

Bayaran Masuk :

Dewasa : RM 18

Kanak-kanak : RM 10

Pelajar RM 12

Waktu Operasi :

Isnin – Sabtu (9.00am – 5.30pm)

Ahad (9.00am – 6.00pm) 


 THE SHORE OCEANARIUM


11. THE SHORE OCEANARIUM

 

Bertempat di 2F-01, The Shore Shopping Gallery,193, Pinggiran @ Sungai Melaka,Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100 Melaka.


The Shorea Oceanarium ini merupakan tarikan baru di Melaka yang bertema hidupan laut. Di sini bukan anda dapat melihat hidupan laut yang unik anda juga dapat memegang haiwan akuatik seperti Ikan Yu, Kuda Laut, Starfish dan macam-macam lagi.

Pengalaman berada didalam Oceanarium ni memang seronok sekali.  Bonde datang sini bersama rakan  office masa tu Jabatan kami buat family day. Di sebab kami menginap di sini, salah satu aktiviti adalah lawatan ke Oceanarium.  Bukan setakat kana-kanak yang teruja,  kami orang-orang dewasa ni pun tak kurang rasa keterujaan itu, memang seronok dapat melihat sendiri dengan dekat kehidupan laut dan sungai.

Bayaran Masuk: 

Dewasa RM35

Kanak-kanak RM25

Waktu Operasi: 

Isnin-Ahad (10.30am – 9.00pm)   
            

3 TEMPAT MANDI MANDA YANG SELALU KAMI KUNJUNGI



A’FAMOSA RESORT,  A’FAMOSA WATER WORLD,

12. A’FAMOSA WATER WORLD

Bertempat Lot PT 17178, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh, 75450 Melaka.

A’Famosa Resort ini mempunyai 2 taman tema yang menarik. Pertama adalah A’famosa Water Park yang bergelar taman tema air terbesar di Malaysia. Disini kanak-kanak anda dapat bermain di Kids Adventure Party Pool dan anda pula boleh mencabar diri di gelongsor air High Speed Slides.

Taman tema kedua pula bertema safari dan diberi nama Safari Wonderland. Di sini anda berpeluang untuk melihat gelagat lucu haiwan liar di kawasan Safari Adventure, Monkey Island dan Farm House.

Pejabat Bonde selalu mengadakan ‘family day’ untuk kakitangan dekat A’Famosa Resort ni dan kami sendiri juga ada pergi dengan family sendiri memang sudah banyak kali pergi lebih kurang 8 kali macam tu, jadi tidak heranlah kami dan memang hafal dengan kawasan sekitar dalam A’Famosa Resort ni… memang seronok kerana tempat ini sangat besar dan boleh buat family day secara serentak dengan team lain.  Sebab ada sekali tu Bonde nampak ada dua baju family day dari team lain termasuk team kami ada tiga semuanya memang A’Famosa Resort ni sesuai dijadikan tempat sambutan family day sebab tempat luas.

Bonde tak pernah ke Safari Wonderland, tapi akan dating Bonded an family dah ‘plan’ akan pergi situ.

Bayaran Masuk: 

Dewasa RM69

Kanak-kanak RM55

Waktu Operasi: 

Isnin – Jumaat (11.00am – 7.00pm)

Sabtu – Ahad (9.00am – 7.00pm) | Selasa (Tutup)



MELAKA WONDERLAND THEME PARK & RESORT


13. MELAKA WONDERLAND THEME PARK & RESORT


Bertempat di Lot PT 17178, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka.

Melaka Wonderland Theme Park & Resort adalah antara taman tema air yang baru dibuka di Negara kita dan boleh ditemui di Ayer Keroh Melaka. Satu fakta menarik tentang tarikan ini, jika dihitung jumlah air didalam semua kolam renang yang terdapat di taman tema air ini ia melebihi 200 juta liter.

Tempat ini memang sesuai untuk seisi keluarga kerana terdapat sebanyak 12 tarikan yang unik dan berbeza seperti Tornado chaser, Kamikaze Race, 1 Big Wave Pool dan Adventure Island.

Masa Bonde datang sini ianya masih baru dibuka dan umur Fatin masa tu kecil lagi tak ingat berapa tahun rasanya tujuh tahun,  biasalah masa tu sudah tentu focus dan tumpuan hanya pada Fatin, sudah tentu masa tu mandi-manda kat tempat kanak-kanak jadi… tak dapat nak rasa main semua 12 tarikan yang ada tu, pasti lepas ini Bonde akan repeat lagi sebab Fatin pun sudah besar.

Bayaran Masuk: 

Dewasa RM37.90

Kanak-kanak RM32.00

Waktu Operasi: 

Selasa – Jumaat (11.00am – 7.00pm)

Sabtu – Ahad (9.00am – 7.00pm)


BAYOU LAGOON PARK

14. BAYOU LAGOON PARK

Bertempat di Bayou Lagoon Park Resort, Jalan Wakaf Utama, Bukit Katil, 75450 Melaka.
Hanya 15 minit sahaja dari Bandar Melaka, Bayou Lagoon Park merupakan sebuah resort yang mempunyai service apartment, taman tema air dan pusat membeli belah semua di dalam tempat yang sama.

Bayou Lagoon Park ini juga pertama kali Bonde datang kerana office ada buat familyday dekat situ.  Disini anda boleh sewa apartment dan mandi manda di Taman Tema yang ada terdapat beberapa kolam untuk kanak-kanak dan juga dewasa.

Syukur Alhamdulillah, yang menariknya pihak pengurusan office Bonde sudah beli lot apartment dekat situ untuk kegunaan kakitangan bercuti bersama keluarga.  Tapi ada syarat yang perlu kami ikuti dan patuhi untuk menginap disitu dan seandainya ada kekosongan pada tarikh ingin di sewa memang rezekilahkan.

Bayaran Masuk: 

Dewasa RM28

Kanak-kanak RM20

Waktu Operasi: 

Isnin – Ahad (9.00am – 7.00pm)

Selain itu, negeri Melaka memang telah dikenali dengan tempat makan yang popular dan femes semua Bonde dah pergi terjah tau. Coconut Shake, Keria Antabangsa dan Asam Pedas Claypot semua tu memang dah banyak kali Bonde ulang-ulang jjcm kalau datang Melaka.

Coconut Shake


Satu tempat makan yang Bonde tidak sampai lagi ialah yang memang viral dekat FB iaitu:

MANGGO FLOAT ROYALE MELAKA

15. MANGGO FLOAT ROYALE MELAKA

Beralamat di :

Lot 950, KM 8, Kampung Sungai Putat
Batu Berendam, 75350 Melaka
Tel: 017-678 3602
Waktu Operasi:
Isnin – Sab (12.00pm – 6.30pm, 8.30pm – 11.30pm),

Ahad (11.00am – 6.00pm)
“Segala info akan Bonde kongsikan selepas Bonde dah sampai dekat tempat tu nanti”
Sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik terdapat di Melaka. Ini adalah sebahagian kecil sahaja yang Bonde kongsikan dan telah explore sendiri dekat situ.  Anda Boleh dapatkan info berkaitan dekat laman web ini sebagai rujukan, panduan dan info lengkap untuk perjalanan anda dan keluarga di :https://www.traveloka.com/en-my/infographic/malaysia/unseen-malaysia dan bak kata pelancong asing "where to stay in Melaka" anda tak perlu susah untuk mencari sebab dekat "Traveloka" ada bermacam-macam pilihan dan tawaran menarik untuk kemudahan anda.
Moga perkongsian ini bermanfaat. 
Sumber sejarah : Mai Singgah
  
~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

20 TEGURAN MEMBINA

  1. Lama tak ke Melaka...akhir 2 tahun lepas kalau tak silap..pergi Zoo Melaka...seronok..luas kawasannya..

    ReplyDelete
  2. Yeah!!! Melawat Melaka bererti melawat Malaysia.. Dah lama rasanya LeYa balik kampung dan tak jalan-jalan ke tempat ni.. Almaklumlah, orang kata tempat sendiri malas nak berjalan..ekekeke..

    ReplyDelete
  3. Ada a few places ana tak singgah lagi bonde di melaka. Especially muzium dia. Boleh plan lepas ni.

    ReplyDelete
  4. Dulu masa kecik2 asal cuti sekolah mesti gi Melaka. Rombongan sekolah pun kat Melaka jugak. Banyak kan temoat bersejarah kat Melaka....

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing bonde. Banyak tempat menarik dekat Melaka. Ada beberapa tempat yang dah pergi.

    ReplyDelete
  6. seronok yer kalo bawa anak2 holiday ke Melaka ni, macam2 tarikan best

    ReplyDelete
  7. menara taming sari..tak sempat nak pergi.Dengan anak kecil.. payah nak menunggu

    ReplyDelete
  8. hampir semua I dah jelajah kat Melaka, tapi yang Afomosa resort.tu je belum lagi heheheheheh.. kena ada bajet yang besar nak travel ke sana ke sini unless dapat sponsorship best lah ;)

    ReplyDelete
  9. Tq bonda sebab share 15 tempat best di Melaka. Memudahkan mereka yang nak cuti-cuti ke Melaka.

    ReplyDelete
  10. Lamanya x pergi perigi hang tuah. Dan 30 Tahun ado

    ReplyDelete
  11. Banyak lagi tak terjah tempat-tempat di Melaka ni. Takpe nanti kita plan lain

    ReplyDelete
  12. memang banyak tempat menarik kat melaka ni. bukan tempat menarik je banyak, tempat makan best pun banyak juga.. memang best melaka ni

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  13. Tau pergi a famosa je..tak sangka da lagi tempat menarik..

    ReplyDelete
  14. dlm senarai tu..byk juga saya dh singgah...trining nk pegi yg mango float tu

    ReplyDelete
  15. macam2 ada kat melaka...haruslah dijadikan rujukan bila ke melaka nanti

    ReplyDelete
  16. biasa pergi melaka short trip je.. x smpat jelajah betul2.. lepas ni bleh la plan betul2 ikut ni..

    ReplyDelete
  17. wahhhh ramai cerita pasal melaka skg ni. kita pun baru balik dari melaka tropical frut farm memang best tau. tq for tips1

    ReplyDelete
  18. Dalam banyak2 yang pernah cuba, hanya Melaka River Cruise je yang kurang best.

    Ada beberapa laluan, bau airnya agak.... lebih malang lagi.. bila ia terpercik dekat muka siap pakej masuk dalam mulut lagi hahahah

    ReplyDelete
  19. Thanks for the recommendation, all these places are really suitable for family with kids, gotta plan one with my daugther.

    ReplyDelete
  20. The marine museum seem nice n also perigi Hang Tuah. Adventures places.

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

JUMLAH PAPARAN HALAMAN