SELAMAT HARI KEMERDEKAAN 2017



Assalamualaikum dan Selamat Pagi.

Hai reader semua,

Hari ini adalah 30 Ogos 2017 dan esok semua rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 60 tahun.  Syukur Alhamdulillah sudah 39 tahun Bonde menetap di Malaysia yang tercinta ini.

Moga Malaysia terus aman dan makmur dengan izinnya.

Untuk tahun ini, Tema kemerdekaan adalah "NegaraKu Sehati Sejiwa"

Seperti tahun sebelumnya, untuk siri tema hari kemerdekaan 2017 masih lagi sama di mana ia dikekalkan bagi mengambil semangat penyatuan dan perpaduan dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan juga bangsa.

LOGO HARI KEBANGSAAN


MAKSUD LOGO :


RASIONAL TEMA


NEGARAKU SEHATI SEJIWA yang berlandaskan perpaduan dan kesepakatan (unity) ini akan menjadi pengerak kepada agenda memperkasakan integrasi nasional dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat dan kaum di Malaysia. Konsep yang diadun dan direka dengan teliti berasaskan 'keharmonian dalam kepelbagaian' ini akan menyemarakkan semangat patriotisme serta memperluas dan memperkukuh semangat kekitaan, kebersamaan, saling memahami dan hormat menghormati dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya.

LOGO NEGARAKU SEHATI SEJIWA


Lirik Lagu Tema Merdeka 2015: Sehati Sejiwa


Demi ……tanah yang bertuah
Taman….. cinta merdeka ..aaa
Kasih …di hatiku ini
Untukmu ….tanah pertiwi …iii

Dari …..utara selatan
Juga….. timur ke barat
Turut gagah ….Sabah Serawak
Se….hati Sejiwa

Chorus
Ku dengar janjimu
Bayu Kinabalu
Ku dengar sumpahmu
Rejang yang membiru
Bersatu denganku
Tegap Titiwangsa
Malaysia Sehati sejiwa

Bridge
Laut luas terbentang
Bukan satu halangan
Untuk kita bersama
Melafaz janji setia
Demi mu Malaysia
Cinta kasih di jiwa
Tidak akan kami khianatinya…..

Chorus
Walaupun berbeza
Budaya Agama
Bukanlah penghalang
Kita bergandingan
Marilah bersatu

Sehati sejiwa

Malaysia Kekal Sejahtera … Korus Iban Kadazan…
(Mi i so ginavo) kadazan
(Kitai Dekak Mujur) iban
( mi i so ginavo)kadazan
(Ngetan Ke Menua) iban
(Mi i soginavo) kadazan
(Nyuluk Cita Mulia) iban
Malaysia Sehati Sejiwa


~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. selamat hari merdeka dan selamat bercuti !

    BalasPadam
  2. selamat hari merdeka bonda..tahniah bonda dpt topup daripada kak uyul rosli..dah baca ke belum entry blog sis uyul rosli?

    BalasPadam
  3. Selamat menyambut hari kemerdekaan Bonde. Perkongsian yang baik.. kadang2 kita tak tahu kan maksud2 disebalik logo-logo tu..

    Kalau tahu lebih baik.. Boleh menaikkan semangat patriotik ni

    BalasPadam
  4. Perkongsian yamg bagus. At least tahu apa maksud logo tu kan

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.