BondeZaidalifahDotCom: MR MANSHOR TEMPAT LEPAK RIDERS DAN BIKERS D'MALAM MINGGU

MR MANSHOR TEMPAT LEPAK RIDERS DAN BIKERS D'MALAM MINGGU

10:42 pm

Assalamualaikum Dan Selamat Pagi...

Hai reader semua...

Anda pernah lepak dekat Mr. Manshor Kopitiam Power??? Malam minggu yang lepas, Kanda buat surprise bawa Bonde, Fatin dan Banana (bukan nama sebenar) ke situ.

Maklumlah sebelum ni Bonde selalu di tinggalkan oleh Kanda, kerana Kanda pergi bersama geng ridernya... (Geng motor).

Bonde selalu tertanya-tanya kenapa kerap Kanda ke Mr. Manshor ni, boleh dikatakan seminggu tu 2 kali akan kesana sambil-sambil bawa motor dengan gengridenya.  Selalu Kanda kata nak pekena kopi power!  ( Apa dah tak sedap ke kopi deka rumah ni??)

MR MANSHOR TEMPAT LEPAK RIDERS DAN BIKERS D'MALAM MINGGU



MR. MANSHOR ,TEMPAT LEPAK RIDERS DAN BIKERS , KOPI POWER,

Ada beberapa rakan Bonde pon turut lepak minum dekat situ memang tak boleh jadi ni kene rasa juga kopi ni.... apa yang menarik sangat kopi ni.... hingga ramai yang update kat media sosial tentang kopi power ni.

Mr Manshor terletak di Lot 717, Jalan Kuala Pilah - Seremban,  boleh waze Mr Manshor pasti jumpa.


anda pasti teruja nak rasa kopi yang paling sedap dan paling mahal didunia boleh didapati di sini.  Harga di Hotel 5 bintang RM 300.00 secawan. Di restoran mahal RM 60.00 dan harga kami cuma........


Baiklah Bonde nak share cerita ... tentang kopi dan makanan yang ada...

MR. MANSHOR ,TEMPAT LEPAK RIDERS DAN BIKERS , KOPI POWER,

Kopi Power - eleleh RM 7.00 secawan.  Memang sedap anda pasti teringat-ingat lepas dah minum nak minum lagi... (patutlah Kanda asyik ride sini...kan kan kan)

MR. MANSHOR ,TEMPAT LEPAK RIDERS DAN BIKERS , KOPI POWER,

Sup Ayam Berempah - RM 6.00 Sop Ayam Berempah ni sedap makan panas-panas cicah dengan roti bun sedap giler... tak tipu!

MR. MANSHOR ,TEMPAT LEPAK RIDERS DAN BIKERS , KOPI POWER,

Mee Bandung - RM 6.50 sedap.... ( boleh repeat lagi )

MR. MANSHOR ,TEMPAT LEPAK RIDERS DAN BIKERS , KOPI POWER,

Kentang Goreng - Banana yang order... 

MR. MANSHOR ,TEMPAT LEPAK RIDERS DAN BIKERS , KOPI POWER,

Roti Bakar - ni pon Banana juga yang order... sedap giler... cicah dalam kopi leleh tu.



Roti Kelapa - RM 70 memang rare...  sebenarnya roti bun dah habis masa ni, jadi bonde cicahkan aje roti tu dekat sup berempah tu (sedap janji cicah roti).

MR. MANSHOR ,TEMPAT LEPAK RIDERS DAN BIKERS , KOPI POWER,

Kopi Power Ice - RM 8 sekali tengok macam milo tabur...

MR. MANSHOR ,TEMPAT LEPAK RIDERS DAN BIKERS , KOPI POWER,

Tips nak datang sini, Kalau bawa family kene waktu siang,  Kalau malam minggu macam time Bonde pergi memang kena duduk tepi dulu tunggu meja dan kerusi kosong... 

kalau anda tak ramai boleh jer selit-selit dengan yang lain.  Keadaan masa Bonde datang memang fullhouse kedai ni... Ramai jer yang sabar menunggu giliran dekat tepi dan luar... 

Jadi tempat ni tak sesuai untuk kita blogger nak santai-santai update blog... lupakan sahaja niat tu... pelanggan lain ramai kesian mereka.  Kalau mat riders dan bikers yang datang tak apa boleh lepak lagi tunggu giliran, tapi kalau  yang datang bawa family, anak kecil tak sampai hati rasanyanya nak biarkan mereka mereka menunggu lama.. kang anak teriak pula.  

MR. MANSHOR ,TEMPAT LEPAK RIDERS DAN BIKERS , KOPI POWER,

Review dari hati :

Kopi tu memang power dan sedap. Boleh repeat lagi datang minum dan makan dekat sini.  Tak sabar nak tunggu bila Kanda nak bawak kami lagi... emmmm terima kasih Kanda ku... love u


~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

6 TEGURAN MEMBINA

  1. Sedapnya sup Tu Dan mee Bandung. Terliur tgk gambo. Kopi Tu mmg nampak sedap sampai buih2 terkeluar Dari cawan tu

    ReplyDelete
  2. aduhaiiiii.. kebetulan baca blog Bonde time lunch hour..
    Kopi Power tu memang nampak ke'power'an tu.. must try ni..!! :)

    ...

    ReplyDelete
  3. kena secawan kopi...terang mata dibuatnya

    ReplyDelete
  4. Sedapnya sup berempah tu..

    singgah blogwalking dari Segmen Nak URL Blog #31

    www.myarosli.com

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN