MENANG TEMPAT PERTAMA PERTANDINGAN SWAFOTORAYA'17



Assalamualaikum dan Selamat Petang...

Hai reader semua....

Sempena Sambutan Hari Raya di pejabat Bonde tahun ini, seperti tahun yang lepas, tahun ini tidak terkecuali tetap ada pertandingan #swafotoraya tahun ini dengan #swafotorayampsepang17

PERTANDINGAN SWAFOTORAYA'17


PERTANDINGAN SWAFOTO
(poster pertandingan)

SYARAT-SYARAT SUAFOTORAYA17:

1)Penyertaan adalah TERBUKA KEPADA KAKITANGAN MPSepang SAHAJA.

2)Tiada had umur dikenakan

3)Peserta boleh menghantar berapa banyak penyertaan. Suafoto adalah mengikut kreativiti masing-masing.

4)Pertandingan akan berlangsung pada (14 Julai 2017 ) (Jumaat 8.00 malam - 10.00 malam)

5)Suafotoraya hendaklah berlatar belakangkan suasana (JAMUAN RAYA MPSepang2017)

6)Pemenang akan diumumkan dua hari selepas jamuan raya MPsepang2017 iaitu pada 17.7.2017 (Isnin)

7) Suafotoraya akan dimuat naik semula di FB Rasmi MPSepang

8) Keputusan juri profesional adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

9) Sebarang pertanyaan dan peryertaan boleh berhubung terus dengan pihak urus setia.

Sambutan tahun ini lebih meriah dan lebih havoc majlis sambutan hari raya di pejabat Bonde, tahun ini Bonde mulakan dengan bergambar terlebih dahulu sebabnya.. nak bergambar dekat photobooth pon sebenarnya kena ambik turn.  Jadi sebelum barisan beratur panjang Bonde ambil langkah awal untuk berselfie dan bergambar.

Lagi pun lepas makan-makan kang comot abis baju tudung semua bersambal ha ha ha...

Selama 17.7.2017 telah diumumkan... Pemenang Tempat Pertama Pertandingan Swafoto Raya MPSepang 2017.

Alhamdulillah...

Bonde telah diumunkan Pemenang tempat pertama... terima kasih pada yang like dan comment post Bonde di FB.



PERTANDINGAN SWAFOTO

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

2 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.