BondeZaidalifahDotCom: BUKA PUASA SELERA KAMPUNG DI NILAI SPRINGS

BUKA PUASA SELERA KAMPUNG DI NILAI SPRINGS

6:26 pm

Assalamualaikum Dan Selamat Petang...


Hai reader semua...

Hai semua anda pernah berbuka puasa dekat Nilai Springs tak?.. Sebenarnya jarak antara Nilai Springs dengan rumah Bonde tak jauh pon... lebih kurang dalam 15 minit sahaja. (maklumlah Sepang dengan Nilai kan sempadan Selangor dengan Negeri Sembilan)

Bonde pula duduk berdekatan dengan Bandar Baru Salak Tinggi jadi memang dekat sangat...

Bonde suka berbuka puasa di Nilai Springs sebab ada pelbagai lauk-pauk dan masakan kampung yang pastinya... memang sedap sekali... kalau datang berbuka disini memang Bonde akan makan makanan Kampung tak pandang sudah lauk-pauk western tu... Sorry yea... 

Dekat sini memang terkenal makanan tradisional melayu... memang akan ingat setiap kali bulan Ramadhan.

Masakan juga dihidangkan dalam kawah dan periuk tanah... menarik sekali... saya suka, saya suka...


BUKA PUASA SELERA KAMPUNG DI NILAI SPRINGS


Ramadhan

terdapat 8 stall makanan dengan 100 jenis lauk pauk...

Harga untuk Buffet pon boleh tahan murah.

Dewasa RM 80.00

Kanak-kanak RM 60.00

Buffet berakhir pada 24 Jun 2017




Nampak tak terdapat nasihat disetiap meja.. 

" Bulan Ramadhan bulan yang mulia elakkan pembaziran!  Ingatlah mereka yang kurang bernasib baik "

insaf... #syukurselalu



Sorry meja penuh dengan makanan... tapi bukan makanan Bonde seorang. Dah tentu makanan jiran-jiran semeja.. yang pastinya mengiurkan...



Baiklah...

Ini pinggan pertama Bonde... jangan tak percaya! jangan kecam... Bonde pasti habiskan hingga pinggan licin...

bukan tamak tapi selera orang berpuasakan lain.

Dalam pinggan ni ada lauk kerabu udang, kerabu perut lembu, masak lemak cili api perut lembu, siput buluh @pepahat masak lemak cili api , ikan tenggiri goreng berempah dan sedikit nasi.

Ya Allah semua sedap.. sedap dan sangat sedap tak tipu!


next... sec trip pulak...
memang teringgin makan lemang makan dengan rendang daging dan daging masak hitam... sangat sedap jugak... lepas tu tamak nasi impit kuah kacang... bapaklah sedap.... kuah kacang tu datang jengguk lagi dah habis... Alhamdulillah dah rasa dulu...kalau tak kena datang next semata-mata dok teringat kuah kacang tu ha ha ha 



Jiran sebelah kanan... makan pasembor orang penang... Bonde panggil rojak mee je... nampak menarik jugak nihhh jiran yang makan tu cakap sedap... Tapi Bonde cuba control nafsu x nak terlebih makan... hu hu hu...



Kuih teow ni Fatin yang makan... Fatin kata sedap... apa yang tak sedap dekat sini... kalau semua sedap!


Antara desert yang sempat disnap pic nyer...

Ini Fatin yang ambik...


Ini Bonde yang ambik sago santan kelapa.


Ok buah-buahan dan sedikit manisan... sudah cukup sudah... setakat ini sahaja!


 Samar-samar muka orang dah kenyang.... arhghhh malulah...


Fatin pun sama dah kekenyangan jangan nak control ayu sangat...





sumber : https://www.nilaisprings.com.my/promotions/hotel-promotion/

Address :
Nilai Springs Resort Hotel
PT 4770, Nilai Springs, 71800 Putra Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia

Tel : 06-8502041

~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

3 TEGURAN MEMBINA

  1. wahh banyak jugak makanan sedap2 kat sana yer bonde..

    ReplyDelete
  2. hai bonda lina singgah sini n follow
    http://mama3danish.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. alahai sedap2 nya makanan tu.. rasa mcm nak join aje buka posa hihi

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN