BondeZaidalifahDotCom: YAHOOO BULAN RAMADHAN BALIK AWAL 30 MINIT

YAHOOO BULAN RAMADHAN BALIK AWAL 30 MINIT

3:29 pm

Assalamualaikum Dan Selamat Petang....

Hai reader semua,

Sempena bulan Ramadhan tahun ini, Pejabat Bonde sekali lagi mengunapakai Pekeliling Perkhidmatan bilangan 1 tahun 2016 .  


TAMBAHAN WAKTU PERINGKAT (WP) DALAM JADUAL WAKTU BEKERJA BERPERINGKAT (WBB) DILAKSANAKAN KHAS PADA BULAN RAMADAN

Bagusnya Pekeliling ini digunapakai di pejabat anda kerana disini anda boleh datang awal dan balik awal, mengikut pilihan waktu yang anda pilih. 

PELAKSANAAN WAKTU BEKERJA BERPERINGKAT PADA BULAN RAMADAN

Para 4 - Para 9

4. Bagi pejabat di negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan,
Melaka, Pahang dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya) di mana hari Sabtu dan Ahad merupakan Hari Rehat Mingguan, Waktu Pejabat untuk WP4, WP5 dan WP6 ialah dari pukul 7.30 pagi hingga 5.00 petang. Waktu Rehat ditetapkan dari pukul 1.00 petang hingga 1.30 petang (Isnin hingga Khamis) dan 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang (Jumaat) seperti di Jadual 1 berikut:

5. Bagi pejabat di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Waktu Pejabat untuk WP4, WP5 dan WP6 ialah dari pukul 7.30 pagi hingga pukul 5.00 petang. Waktu Rehat ditetapkan dari pukul 1.00 petang hingga pukul 1.30 petang (Isnin hingga Khamis) dan 11.45 pagi hingga 1.45 petang (Jumaat) seperti di Jadual 2 berikut:
6. Bagi pejabat di negeri Sarawak, Waktu Pejabat untuk WP4, WP5 dan WP6 ialah dari pukul 7.30 pagi hingga pukul 5.00 petang. Waktu Rehat ditetapkan dari pukul 1.00 petang hingga pukul 1.30 petang (Isnin hingga Khamis) dan dari pukul 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang (Jumaat) seperti di Jadual 3 berikut:


7. Bagi pejabat di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, di mana hari
Jumaat dan Sabtu merupakan Hari Rehat Mingguan, Waktu Pejabat untuk WP4, WP5 dan WP6 ialah dari pukul 7.30 pagi hingga pukul 5.00 petang (Ahad - Rabu) dan 7.30 pagi hingga 3.30 petang (Khamis). Waktu Rehat ditetapkan dari pukul 1.00 petang hingga pukul 1.30 petang (Ahad-Khamis) seperti di Jadual 4 berikut:



8. Walau apapun WP di atas, bagi waktu bekerja selain daripada waktu bekerja pejabat, ia adalah tertakluk kepada peraturan semasa yang telah diperuntukkan kepada Ketua Jabatan bagi mengatur waktu bekerja pegawai terlibat.


9. Sekiranya pegawai hendak mengubah WP daripada WP1/WP2/WP3 kepada WP4/WP5/WP6 bagi bulan Ramadan

Alhamdulillah pejabat Bonde mengunapakai Pekeliling tersebut dan Bonde masih memilih untuk menguna masuk pejabat jam 8.30 pagi dan keluar pada jam 5.00 petang.  Mengikut jadual Negeri Selangor, apapun pilihan anda semua pun akan balik 30 minit awal.

~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

2 TEGURAN MEMBINA

  1. seronok la kan balik awal.tempat kami pun balik awal 30minit.
    JanjiKita

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN