BondeZaidalifahDotCom: REVIEW TANAH KE TANAH - TAJUL ZULKARNAIN

REVIEW TANAH KE TANAH - TAJUL ZULKARNAIN

5:10 pm

Assalamulaikum Dan Selamat Petang...


Hai reader semua,

Apa khabar? Anda pernah baca karya penulis bernama Tajul Zulkarnain, ini adalah kali pertama Bonde membaca novel karya penulis ini, Novel ini telah terbit semasa Pesta Buku Antarabangsa baru-baru ini.

Untuk makluman anda, Novel ini bukan novel cinta, tapi anda akan jatuh cinta dengan ayat-ayat yang digunakan dalam karya TZ ini memang hebat sekali. Novel yang tidak tebal hanya mempunyai 196 muka surat, apabila Bonde membacanya, Bonde sendiri akan rasai seperti berada dalam situasi cerita tersebut....


Foto Zaidalifah Aisheteru.

Selain dari itu Bonde turut sama mengoogle sejenis penyakit yang bernama Alzhemeir, anda tahu apkah penyakit ini?

[ APA ITU ALZHEMEIR ]


Hasil carian imej untuk alzheimer



Penyakit Alzheimer adalah yang tidak boleh diubah, gangguan otak progresif yang perlahan-lahan memusnahkan daya ingatan dan pemikiran kemahiran, dan akhirnya keupayaan untuk menjalankan tugas-tugas mudah. Dalam kebanyakan orang dengan Alzheimer, gejala pertama muncul pada pertengahan 60-an mereka. Anggaran berbeza-beza, tetapi pakar mencadangkan bahawa lebih daripada 5 juta rakyat Amerika mungkin mempunyai Alzheimer.

penyakit Alzheimer kini menduduki sebagai punca keenam utama kematian di Amerika Syarikat, tetapi anggaran baru-baru ini menunjukkan bahawa gangguan itu boleh menduduki tempat ketiga, di belakang penyakit jantung dan kanser, sebagai penyebab kematian bagi orang-orang yang lebih tua.

Tapi, zaman sekarang, penyakit ini juga boleh menyerang orang-orang muda juga.  hu hu hu bahayakan... semua berpunca dari faktor pemakanan seharian. 

[ SINOPSIS DARI TANAH KE TANAH ]


Tidak semua manusia bertuah dapat mengharungi hidup bersama ibu bapa tercinta. Ali beruntung kerana emak, Fatimah dan ayah, Abdul Muttalib mengasihinya sehinggalah suatu hari, Ali menerima ‘wang sedekah’ daripada Tok Zel. Fatimah dan Abdul Muttalib berpindah ke rumah lain, menyebabkan Ali yakin, emak dan ayah meninggalkannya kerana mereka terkilan dia menerima rasuah. Dia nekad memulangkan ‘wang sedekah’ itu kerana mahu emak dan ayah kembali ke pangkuannya.

Pada malam dia memulangkan ‘wang sedekah’ itu, Ali menyaksikan sesuatu yang pelik berlaku di rumah sahabatnya. Bermula dari malam itu juga semua rahsia terbongkar. Gadis pelik di restoran, rumah baru emak dan ayah, jiran di sebelah rumahnya, semuanya mula Ali fahami. 

[ SEDUTAN DARI CERITA ]

“Kau sibuk apa hal? Tu mak bapak aku. Suka hati akulah!”
“Yalah, memanglah mak bapak kau. Sebab tu lah kau kena jaga elok-elok. Dah takde nanti baru kau tahu. Baru kau rasa. Tengah ada ni jagalah. Bukannya susah pun. Yang kau pukul-pukul diorang, maki-maki diorang buat apa? Pernah ke diorang buat macam tu kat kau masa kau kecik dulu? Aku rasa takde. Tak pernah. Elok je aku tengok kau membesar jadi orang. Mak bapak kau pun bukannya aku tak kenal. Diorang tu jenis penyayang. Bukan jenis dera-dera anak ni!” Sebuah keluhan yang amat kuat terlepas dari mulut Ali.

“Eh, kau ni apa hal tiba-tiba je cakap merepek pasal mak bapak aku ni?”

“Takdelah! Sayangilah mak bapak kau tu. Kalau kau tak nak, kau bagi je mak bapak kau tu kat orang lain. Biar orang lain yang jaga. Ramai aku rasa yang nak ambik mak bapak kau tu jadi mak bapak diorang. Tak payah kau nak seksa-seksa diorang pulak. Nambah dosa je buat apa!” Ali terus-terusan mengeluh. Lehernya yang terasa lenguh dipusing.

“Aku tak faham satu benda pun yang kau cakap ni, Li! Tetiba je. Kau dah kenapa?”

“Takdelah. Aku bengang dengan kau. Tu jelah. Aku tanya pasal kerja, haram kau jawab. Aku babitkan mak bapak kau pun kau masih lagi nak tegakkan benang yang basah. Tak rasa bersalah ke kat mak bapak kau?”

“Haish, pening aku dengan kau ni. Entah apa-apa kau cakap. Come onlah, Li! Jangan bagi aku masalah!”



Foto Tajul Zulkarnain.


 [ REVIEW DARI BONDE TENTANG NOVEL DARI TANAH KE TANAH ]

Bonde rasa anda semua harus dapatkan novel ini sendiri... Anda baca anda akan faham... Bagi Bonde, bila Bonde baca novel ni, Bonde seperti berada dalam penceritaan novel.... Bahasa yang digunakan mudah difahami.  Ada lawak ringgan, kasih Sayang antara ahli keluarga... Dan pemasalah isu semasa... sakit mental... Bukan semua boleh hadap... Hanya insan-insan terpilih sahaja.

[ BAGAIMANA NAK DAPATKAN NOVEL INI ]



Harga:

RM16.00 Semenanjung Malaysia + RM7.00 poslaju (jumlah: RM23.00 sm)

RM19.00 Sabah/Sarawak + RM11.00 poslaju (jumlah: RM30 ss)

No. Akaun Maybank: 551061316560

~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

2 TEGURAN MEMBINA

  1. menarik jalan cerita dia bonde. boleh beli utk di jadikan koleksi. ana suka jalan cerita mcm ni. tak cliche dengan kisah cinta cintun.

    ReplyDelete
  2. om follow sini, kak zai. #1159

    Jemput singgah ke blog Om ye https://ombakbergigis.blogspot.my/

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN