BondeZaidalifahDotCom: CARA MEMASAK KACANG EDAMAME

CARA MEMASAK KACANG EDAMAME

4:31 pm

Assalamualaikum Dan Selamat Petang...

Hai reader semua,

Ada tak antara anda peminat makanan Jepun, selalu kalau makan makanan Jepun ada pergi ke restoran mana?  Bonde selalu pergi Restoran Shushi area Cyberjaya dan Klia ada banyak pilihan seperti : Shushi King, Kiraku, Volcano dan Steamboat Empire pon ada... Shushi.

Tapi yang paling Bonde suka makan dekat restoran shushi ini adalah kacang edamame.

Dulu selalu Bonde bila teringgin terus pi cari dengan restoran-restoran Jepun yangberdekatan.  Sekarang tidak lagi... maklum dah pandai masak sendiri.

Dekat mana nak beli kacang edamame nih? 

Kacang edamame adalah kacang import memang susah nak dapat stok.  Kalau di Cyberjaya memang senang nak dapat stok kacang edamame, sebab dekat sini ada dua pasaraya menjual kacang tersebut. 

Kacang edamame boleh didapati di Pasaraya Red tick, bangunan Shafbury Square dan Pasaraya Jaya Grocer bangunan D'pulze.



[Cara Nak Memasak Kacang Edamame]

Bahan-bahan :

Kacang Edamame 500 gram
Air
garam

Cara-carangnya :

Masukan air kedalam periuk pengukus, ambik kacang edamame masukan ke dalam pengukus, kukus selama 20 minit.

Selepas 20 minit keluarkan taburkan garam dan gaul rata.

Sedia untuk dimakan.



Kacang edamame yang telah dibuka yang masih beku.


Kacang yang telah dikukus dan ditabur dengan garam.



Tahu tak nikmat makan kacang ademame ni masa bila? kacang ademame sangat enak dimakan ketika masih panas-panas!

Kacang ni sangat sedap makan semasa menonton televisyen.

Info berkaitan Manfaat Memakan Kacang Edamame:

  • Manfaat edamame untuk meningkatkan daya tahan tubuh. Dengan kandungan antioksidan yang tinggi, edamame memiliki manfaat untuk meningkatkan daya tahan tubuh Anda. Rajin mengambil edamame bererti menghindarkan diri dari pengaruh cuaca tak menentu yang mempengaruhi kekebalan tubuh Anda. Memiliki sistem kekebalan tubuh yang baik membuat Anda terhindar dari berbagai macam penyakit termasuk penyakit seperti Kanser.
  • Manfaat edamame untuk mengurangi risiko kanser. Risiko kanser prostat dan kanser payudara bisa terhindari jika rutin mengambil edamame kerana kandungan isoflavin di dalamnya. Isoflavin adalah senyawa yang berperanan untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh sebagai pencegah sel kanser.
  • Manfaat edamame untuk meringankan gejala menopause. Manfaat edamame yang satu ini kerana kandungan vitamin A dan vitamin E yang boleh meningkatkan peremajaan kulit dan memperbaiki sel organ penting dalam tubuh. Kandungan vitamin E juga memiliki manfaat dalam menyuburkan rambut serta mengurangi penurunan pigmen rambut sehingga warnanya tidak mudah berubah putih.
  • Manfaat edamame untuk proses pembekuan darah. Kandungan vitamin K dalam kacang edamame memiliki fungsi untuk mempercepat proses pembekuan darah. Hal tersebut baik untuk Anda yang memiliki risiko sering jatuh melecet di kulit sehingga mampu meredakannya dengan cepat. Edamame juga bagus untuk mencegah osteoporosis dan penyakit Alzheimer.
  • Manfaat edamame untuk penyakit jantung dan hipertensi. Kacang edamame mempunyai manfaat untuk menghindarkan orang yang rutin mengambilnya dari penyakit darah tinggi atau hipertensi dan penyakit jantung. Hal tersebut disebabkan kandungan antioksidan yang aktif menghancurkan lemak terkumpul dalam tubuh yang menjadi penyebab timbulnya hipertensi dan penyakit jantung. Kacang edamame juga memiliki khasiat sebagai anti keradangan sehingga rasa nyeri, perih, dan pegal kerana peradangan bisa disembuhkan lebih cepat dengan mengambil kacang ini.
info dari sumber : aryanto.id/artikel

~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

0 TEGURAN MEMBINA

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN