BondeZaidalifahDotCom: SINOPSIS MUA MOST WANTED KARYA AIFA BATRISYA

SINOPSIS MUA MOST WANTED KARYA AIFA BATRISYA

1:06 pm

Assalamualaikum Dan Selamat Malam...

Hai reader semua...

Seperti yang dijanjikan.... disini... Bonde nak share Novel keluaran PBKL 2017, Novel Ketiga karya Penulis : AIFA BATRISYA, bertajuk :MUA MOST WANTED Terbitan KARYASENI.

MUA MOST WANTED


SINOPSIS MUA MOST WANTED KARYA AIFA BATRISYA

SINOPSIS MUA MOST WANTED

Pernah tak anda mengalami situasi begini?
1) Sudah makan di kedai tapi bila nak bayar baru sedar yang dompet tertinggal?
2) Cuba call rakan serumah untuk minta pertolongan tapi kredit telefon dah tamat tempoh?
3) Rakan serumah kebetulannya call tapi belum sempat minta tolong, bateri telefon habis? 
4) Ada orang tolong bayarkan tapi bagi resit untuk diclaim semula?

Perkenalan Lara Amani dengan Faheem, seorang MUA (Make-up artist) yang berkira dari segi wang ringgit dan masa, dimulai dengan sekeping resit bayaran serta tandatangan kecil Lara pada buku planner milik Faheem sebagai tanda yang dia berhutang.

Tidak habis di situ, biarpun Lara ‘cuba-cuba’ lari dari membayar hutangnya, mereka seakan sentiasa berjodoh bilamana hal kerja seringkali menyatukan mereka dan tanpa disangka, Faheem adalah MUA yang diupah khas untuk majlis pertunangan Lara.

“Faheem, saya rasa saya suka awak.” - LARA
Faheem komited pada kerja demi ibu dan adik-beradiknya. Customer is always customer dan jatuh hati pada customer sendiri adalah perkara paling dilarang dalam konsep kerjanya. Tapi kehendak seorang Lara Amani yang kuat kemahuan dan cekal hati tak dapat digoyahkan dengan tolakan demi tolakan yang Faheem cuba lakukan.

“Maaf. Saya masih berpegang pada kontrak saya. Saya cuma MUA yang akan mengandam awak pada hari nikah awak nanti. Saya bukan pengantinnya.” - FAHEEM
Yang Lara kejar, tak pernah sudi menerimanya. Tunang dan adik kepada tunangnya pula melayan Lara bagaikan sebiji bola, ‘ditendang’ sesuka hati mereka.

“Sejujurnya, saya tak berminat nak kahwin dengan awak. Please do something so that this plan will be cancel or else, you’ll suffer. Saya akan kahwin dengan awak dan dalam masa yang sama akan madukan awak, sebab saya dah ada pilihan sendiri.” - RAID

“Saya sukakan awak, Lara. Saya akan layan awak dan jaga awak sebaiknya. Saya bukan macam Raid dan awak tak perlu risau. Ummi pun restu hubungan kita.” - FAIQ 

Raid dengan Faiq buat Lara pening namun demi kejayaan papanya, Lara turutkan segalanya dalam terpaksa. Tambah bengang bila Faheem yang turut ada hati padanya hanya berdiam diri atas alasan komitmen kerja dan dasar kepercayaan persahabatannya dengan Faiq.

Berjayakah akhirnya Lara Amani menangkap hati Si MUA pujaan hati yang rahsia hatinya sukar untuk diteka? Antara niat untuk kekal dengan perniagaan demi keluarganya dan kepercayaan seorang sahabat, sanggupkah Faheem beralah dengan mengorbankan kehendak hati sendiri? πŸ’„ πŸ’…

.

Harga : RM 23.00 (SM) // RM 26.00 (SS)
Penulis : Aifa Batrisya
Keluaran : Mei, 2017
Terbitan : Penulisan2u



~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

1 TEGURAN MEMBINA

  1. aduhhhh mcm best je... bila la liez nak mula baca novel balik ni.... seronok tau klau baca tapi takut suami anak terabai pulak... wakakakaka

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN